Monday, July 30, 2012

Petua untuk baby yang sedu

Petua orang dulu-dulu...kalau budak kecik sedu tampal kapas basah kat dahi dia.Hilanglah sedu dia.Takpun beri dia minum air.Tapi kalau baby tu suapkanlah setitik dua air masak.



Itulah orang-dulu-dulu,penuh dengan petua-petua menakjubkan.

Saya balik berpuasa dan berbuka rumah mak sabtu baru ni,saya tak lupa peluk cium habis-habisan anak buah terbaru saya.Tu diaaa...geram betul dengan budak kecik tu.waktu petang saya tiba tu,punyalah payah nak kejutkan di biar dia buka mata.Adik saya cakap budak ni jaga jam 3 pagi.Esoknya waktu nak bersahur jam 4 pagi tu,saya tengok dia dah jaga.Eeee..geram betul saya.


 Tengok tu pejam mata lak budak ni..


 Ni baru lepas mandi ni...berjagalah sekejap sebab segar lepas mandi.


Anis pun tak lepas peluang pegang Naufal sepupu terbarunya.Anis 5 tahun Naufal 10 hari.


Macam-macam cara saya buat nak bagi mata di buka.he he he

Pesanan:bila tengok budak kecik,macam nak je lagi baby baru...he he he

Sunday, July 29, 2012

Bazar Ramadan Popular di Pandan Indah/Ampang

Pada hari sabtu (semalam),saya dan adik beradik yang lain dah merancang untuk berbuka puasa ramai-ramai di rumah mak ayah di KL.Jadi saya tak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di bazar Ramadan popular di rumah saya di Pandan Indah,Kuala Lumpur.

Bazar Ramadan yang terletak bersebelahan dengan padang bola dan taman rekreasi MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) dan juga ianya berdekatan dengan Balai Bomba Pandan Indah,Kuala Lumpur.








Saya mesti beli ini




 Setiap tahun saya pasti beli putu bambu ni.Putu bambu kegemaran saya dan anak-anak.Harganya Rm2.50 5  biji.Setakat ni saya memang pilih buatan MD Ptu Bambu world ni.Sangat sedap tau!



 Kemudian saya mesti cari popiah basah.Mahallah sekarang ni.Dulu rasanya harga popiah basah ni RM0.50 satu.Sekarang ni harganya naik sepuluh sen,menjadikan ianya berharga RM0.60 satu.

Saya beli 5 biji RM3.00.Nasib baik sedap.Kalau tak,memang tak beli lagi kedai tu.he he he

Pesanan:Saya beli yang nak makan je untuk berbuka.Tapi tak habis pun Rm10.Ramai betullah orang yang membeli.


Friday, July 27, 2012

Dahlah salah anta mesej,nak mengorat pulak...

Hari ni hari Jumaat.Kita dah berpuasa 7 hari.Saya ada perkara nak kongsi sikit.Ini mesej yang saya dapat jam 7 pagi tadi.

Mesej: Salam...

Saya balas: Siapakah ini yg memberi salam shj?


Mesej:Aik xkn xknl...nie cp0e...


Saya balas: Sah salah nombor


Mesej:Nie buke lisya eh...


Saya balas:Bukan...ok Selamat berpuasa bye.


Mesej:Nx tny0 dulu nie...awk nie cp0e bena..ser0w nie d0h n0 saem sy...


Saya tak balas.Beberapa minit kemudian....


Mesej:Xp0lah..s0e gnggu..k slamat brpuase..assalammualaikum...


Saya tak balas..sekadar menjawab salamnya dalam hati...


Kesimpulan dari semua ini....saya sekadar nak beritahu yang dia telah hantar salah mesej....sebab itu saya balas dan beritahu.Saya takut ada mesej penting nak disampaikan jika tersalah hantar mesej lagi ke saya.Tetapi sebaliknya berlaku.Ini yang saya tak berkenan sangat ni.Selalu niat yang baik disalah ertikan.

Saya selalu juga tersalah hantar mesej.kadang-kadang mesej itu penting perlukan jawapan segera.Jika tersilap hantar ke nombor orang lain,saya memang mengharapkan orang tersebut memberitahu sepatah kata yang saya telah hantar mesej ke nombor yang salah.Jadi bolehlah saya check semula nombor yang saya send agar saya tidak tersilap hantar mesej lagi.

Tapi berlainan yang berlaku kepada budak lelaki Kelantan ini(berdasarkan ayat yang ditaip).Dia inginkan yang lebih dari itu.Tahukah dia saya ini isteri orang...ha ha ha..memanglah dia tak tahu.Tapi apa kes saya nak layan lebih-lebihkan.Ha...kang saya dituduh curang..waaa.....he he he he....Minta maaf banyak-banyak dik ye...entah2 awak ni sebaya anak sulung makcik...he he he

Pesanan:Ish...hati-hatilah ye orang muda kalau nak ngorat kat salah nombor ni ye...



Thursday, July 26, 2012

Sup Ayam Berempah

Percayalah waktu berbuka semalam saya buat lauk sup ayam berempah dengan telur dadar goreng je.Sangat mudah,sedap dan paling penting jimat perbelanjaan.

Resepi pun banyak dah kat internet...google je jumpalah versi sama je.



Bahan-bahannya:
 Ayam

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Jintan Manis
Jintan Putih
Ketumbar
Lada Hitam

Bahan tambahan:carot,ubi kentang dan fishball.

Semua bahan ni kisarkan.Anggaranlah dalam sudu kecik jintan2 tu.Saya main campak2 je ni.

Cara memasaknya:

1.Panas periuk.Letak minyak untuk menumis bahan kisar.Dah agak2 masak sikit,masuklah ayam carot dan kentang.Buh air.Biarkan mendidih hingga semua bahan empuk.Akhirnya masukkan fishball.

2.Garam dan aji

3.Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Nak sedap lagi buat kicap pedas:

kicap manis
cili api
limau nipis

Dah siap.Makan sup nanti,buhlah kicap pedas sikit,baru terangkatttt!!!!

Pesanan:Makan sup panas-panas sedap.

Wednesday, July 25, 2012

Bulan Puasa Buat Dosa

Geram betul bila mendengar berita dari sepupu kereta ayahnya dicuri sewaktu di parking di tempat letak kereta Hospital Serdang.Sempat lagi diorang buat kerja bodoh ni bulan puasa ni.Memanglah syaitan dirantai bulan puasa ni,tapi kalau dah ikut perangai syaitan susahlah.

Ceritanya,mak saudara saya dimasukkan ke Hospital Serdang akibat penyakit dalam perut.Jadi suaminya perlu menunggu di wad berhari-hari.Tiba-tiba hari ni nak guna kereta,bila tengok kat tempat parking,dah tak ada.Tak ke haru tu.Sedih rasanya.Dahlah banyak barang penting dalam kereta tu.

Memanglah kita kena terima ujian yang Allah nak beri,tapi manusia ni bila jadi syaitan bertopengkan manusia ni,bukan kira nak buat kerja jahat ni.Bulan puasa ke,bulan Raya ke,ada dia kisah.Asalkan hajat tercapai.Bukan nak insaf atau pun nak perbaiki diri di bulan Ramadan ni,lain pulak yang ligat kat kepala otak dia .Orang yang dalam kesusahan,dia pula ambil kesempatan.



Sekarang tidak perlu mencari kesalahan sesiapa,tetapi bantu mana yang boleh.
Jika ada sesiapa ternampak kereta PROTON WAJA warna HITAM KEHIJAUAN plat no WNN 4147,tolong beritahu balai polis berhampiran.

Nota: Sepupu saya yang perempuan tu,yang lelaki tu membantu share maklumat.

Pesanan:Mohonlah sesiapa ada ternampak sila report di balai polis berhampiran.

Kelahiran di Bulan Ramadan

Walaupun di kejauhan,jauh dari keluarga,FB (facebook) menjadi satu ikatan yang boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Anak saudara suami yang kini masih belajar di Cairo,Egypt..sudah pun selamat melahirkan anak sulung lelakinya pagi semalam.Akibat anak yang terlalu besar 4kg,maka pembedahan terpaksa dilakukan.Alhamdulillah dapat juga kami melihat anaknya walaupun dia melahirkan anak di hospital Mesir sana.Ada saya cerita di sini tentang kehamilannya.

Bertuah anak ini sangat disayangi semua walaupun masih di dalam perut ibu.Semua sama-sama mendoakan keselamatan anak ini.Sehinggalah lahir,tidak putus-putus,keluaraga,sahabat handai menghantar ucapan tahniah.Nu'man ni lah cucu saudara terbaru kami.Rasanya tahun depan baru boleh balik Malaysia.Katanya ibubapanya ada peperiksaan yang perlu dihabiskan.


Wah...orang lain dapat cucu,saya dan suami pun terpalit juga dengan pangkat atok dan nenek.Tua dah saya hu hu hu...Tok ayah pun bertambah cicitnya...Seronok benar saya lihat reaksi keluarganya di Kelantan tu.Dengar kata tersengih-sengih Tokku  dan Tok ayah melihat gambar cucunya.Tapi sayang sekali jauh untuk didakap,dipeluk dan dicium.Takpe,cuti sekolah ni khabarnya mereka nak terbang ke sana.

Tahniah!Beruntungnya dapat mak dan ayah awak Nu'man,sanggup berkorban apa saja demi anak tercinta.Terpaksa berjauhan dengan mak ayah,terpaksa belajar dengan mengusung awak ke hulu hilir dalam perut....tapi sangat berbaloi!

Pesanan:Seronok,mengandung di Mesir,bersalin di Mesir pada bulan Ramadan,membesar seketika di Mesir ,suasana yang diidam semua.

Tuesday, July 24, 2012

Hari-hari digoda makanan

Kena banyak bersabar nak melatih anak usia 5 tahun berpuasa.Bangun sahur kena pujuk rayu dulu.Cakap kena lembut sikit.Lauk kena selera dia,baru boleh makan.

Waktu ke sekolah dari pagi hingga tengah hari boleh tahan lagi.Mungkin sebab semangat kuat sebab kawan-kawan lain pun puasa juga.

Masuk je tengah hari nak ke petang mulalah buat perangai.Pujuk dulu suruh main game kat komputer,hmmm... bolehlah tahan sikit.Waktu saya mula buat kuih,dah merengek pulak.Saya janji simpan sikit kuih untuknya.Tapi kalau lama-lama tengok macam-macam kuih saya buat untuk jualan,dah mula tergoda.Waktu ni babanya dah balik.Nak menangis kuat-kuat depan saya dia takut.Pergi mengadu kat baba pulak.Baba pulak cair hatinya,minta kuih nak beri pada anak.hmmmm...jam 3.45petang dah berbuka,tak sabar nak tunggu beberapa jam lagi.

Tengoklah kuih ni,mana tak tergodanya.Saya yang tukang buat pun tiba-tiba rasa nak makan,biarpun bila waktu berbuka saya simpan sikit,tak juga habis makannya.Apa lagilah anak-anak kecil ni.

Tengok muka merajuknya.Padahal nak makan sikit je kuihnya.tu nak start meraunglah tu.ish...mudah sangat tergodanya.Semalam puasa sampai 3 petang,hari ni 3.45 petang,esok-esok tak tahu lagi.Harap kat sekolah je lah tak makan sebab cikgu dia tak masak.

Lauk kat rumah pun dah habis.Jadi saya ke kedai beli tin sardin.Sayur pula kebetulan semalam jiran (ustaz Azan)yang berkebun tu bagi.Periksa lagi peti ais ada lah ikan bilis mentah,itupun jiran bawah rumah(Cikgu Niena) bagi.Jadi saya pun masaklah untuk juadah berbuka.Alhamdulillah rezeki Allah beri pada bulan puasa ni.Dapatlah 3 lauk sambal sardin,sayur kailan goreng dan ikan bilis goreng bawang dan cili.

Selamat Berbuka!

Pesanan:Memang rezeki saya lah ni,jiran-jiran baik hati.

Kemalangan di hari ke 2 puasa

Sewaktu pulang dari Kelantan ke Kuala Lipis pada pagi puasa ke 2,kami terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan lori ayam terbalik.Pada mulanya jalan jem menyebabkan kami tertanya-tanya,kerana takkan lah awal pagi jalan jem.Lagipun hari tu hari ahad.Semua dah ke sekolah dan ke tempat kerja bagi negeri Kelantan.Rupanya ada kemalangan.


Ini gambar yang sempat saya ambil.Kelihatan ayam-ayam di dalam bekas tu berjaya diselamatkan.Maklumlah bulan puasa ni permintaan ayam meningkat.Pada ketika ini,sebelum saya lalu betul2 di tempat kejadian,berlaku adegan menyembelih ayam ditepi jalan.Mungkin ayam tu dah nyawa-nyawa ikan,jadi penyembelihan harus disegerakan.

Kelihatan juga ayam-ayam yang mati bergelimpangan.Sedih pula saya tengok ayam-ayam tu mati macam tu je.Kesian tau.Kalau lihat lori tu jadi sampai terbalik,saya memikirkan nasib pemandunya.Kalau baca berita di suratkhabar,pemandunya terselamat.


Cuba bayangkan tayar lori sampai tercabut dek kerana kemalangan yang dasyat itu.Milik siapakah tayar itu?Masih kelihatan lagi ayam-ayam yang mati tidak dapat diselamatkan.

Beritanya sudah keluar di sinar harian

Antara beritanya saya copy sikit:

MACHANG - Seorang wanita mautselepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan ayam di Kilometer 39.5, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, di sini, semalam.

Kemalangan jam 6.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Roos Amizan Ab Rahim, 35, yang memandu kereta Mercedes-Benz maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd Asri Husain,43 dan seorang anak mereka, Nurafifi Fariza, 6, cedera parah.



Yang peliknya,saya tak nampak langsung kereta terbabit.Mungkinkah kereta itu tercampak jatuh ke sebelah sana.Memang kejadian berlaku awal pagi,sedangkan saya sampai sana dalam pukul 8 pagi.Lagipun kami pun nak cepat sampai ke rumah,jadi kami tak berhenti lama melihat tempat kejadian.Inilah yang menyebabkan jalan jem,masing-masing berhentikan kenderaan untuk melihat kemalangan ini.Mangsa pun dah di bawa ke hospital.

Pesanan:Berhati-hatilah bila memandu awal-awal pagi tu.Sebabnya kita dah bangun sahur awal pagi,mungkin mengantuk.

Sunday, July 22, 2012

Bersama mak ayah,Ramadhan Pertama

Gembira apabila Ramadhan pertama mak ayah sanggup bersama saya dan keluarga menyambut Ramadhan di Kelantan.Itupun setelah mak ayah menziarahi cucu terbarunya.

Kami bertolak sebaik sahaja anak-anak pulang dari sekolah.Manakala mak ayah sudah sampai ke Kuala Lipis awal hari khamis malam.Jadi hari Jumaat jam 1 petang kami bertolak dan sampai ke Kelantan hingga jam 6 petang.

Sempat juga mak bertarawih di Masjid Tuan Guru Nik Aziz.Dah alang-alang mak sampai sana,mak nak merasa bertarawih di Kelantan.



Okay.Sebelum tu omak ado bawokan lauk gulai pisang.Jarang bonar saya makan gulai pisang ni.Kalau mak tak masak,tak merasolah saya.Sobab kalau saya masak tak sosodap masakan omak.Alahai,dah anak ramai pun tak gak ghoti2 masak.he he he...

Omak kato sonang yo masak eh,ayah saya suko sangat lah,masakan orang nogori gak ni.Tanyo gak kek omak,apo rosopi eh...omak kato alah sonang yo,macam masak cili api jo.

nilah yang mak bagitau.

Pisang Kapas-Rebus dan potong.
Santan,cili api,kunyit
Ikan masin Talang

Dah masak santan,cili api dan kunyit dan ikan masin talang,baru masukkan pisang rebus tadi,rasa masinnya dan tutup api.

Aik senang sangat,takde bawang-bawang ke?Tak payah bawang mak kata....he he he

Saya pun dah pulang semula ke Kuala Lipis,mak ayah sudah selamat sampai ke Kuala Lumpur petang tadi.Ada planning pula ni nak berbuka di Kuala Lumpur pula.

Pesanan:Walau macam mana pun masakan mak memang sedap tiada tandingan.

Friday, July 20, 2012

Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadan

1. Ketibaan Ramadan,umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

2. Dengan diwajibkan berpuasa,semua golongan Islam,kaya dan miskin,berada dan tidak berada,terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih -mengasihi sesama umat Islam.

3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah,justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah,selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.

7. Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain,khususnya mereka yang daif.

8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:

Maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu."

9. Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

10. Malam Nuzul al-Quran (17 ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.

11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Pesanan: Semoga kita dapat menghayati Ramadan dengan penuh keinsafan. Di petik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab. hamid

SELAMAT BERPUASA!


p/s:mungkin slow sikit update blog bulan ni...tapi kawan2 jangan lupa terjah menerjah ye..saya pasti singgah..

Akhirnya Selamat Melahirkan....

Entry saya yang berdebar-debar kini sudah lega....lihat sini dulu.

Akhirnya anak yang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga berjaya juga menjengah muka bumi Allah ini dengan selamat.Alhamdulillah.Syukur kepada Allah swt.Gembira tak terkata.Adik saya berjaya juga mengharungi detik-detik terindah kelahiran  itu.



Bertambah dah cucu mak dan ayah.Ada 15 orang semuanya termasuk baby adik yang baru ini.Beraya dengan orang barulah kali ni.Berikut sedikit sedutan saya ambil dari FBnya.


Lahirnya jam 1.44pm hari Khamis 19/7/2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 H,di Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA,Shah Alam,Selangor.

Tahniah buat pasangan ini,kami doakan agar mereka dapat mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh.Amin!

Lega sudah!Selamat Berpantang!Pantang wei...jangan tak pantang...dan selamat menggantikan puasa selama sebulan..he he he

"Sakit tak?", tanya saya...".Sakitlah!", jawab adik..hmmm tersenyum saya.

Pesanan:Saya masih belum sempat melawat,maklumlah duduk jauh.Tunggu Maklang ye nak..he he he
saat ini saya dalam perjalanan ke Kelantan untuk bertarawih di sana.

Sejuk Mata Memandang-Selamat Hari Lahir

Sejak sedari kecil,ditatang,diasuh,dibelai penuh kasih sayang....


Kehadiranmu dinanti..menjadi anak ke 2.

Dihantar ke sekolah seawal 5 tahun,untuk melihat kemajuan anak,agar dapat mengenal huruf.

Kemudian ke sekolah rendah dari tahun 1 hinggan tahun 6,berjaya di peringkat permulaan.

Kini kau melangkah lagi,naik ke peringkat menengah dengan harapan kenal dunia yang lebih mencabar, kau akan lebih mengenali Penciptanya....Allah swt....Jangan kau lupa dan lalai anakku.

SELAMAT HARI LAHIR...ke 13 tahun  Aisyah (20 Julai 2012)


Pesanan: Kalau tak pecahkan ruyung,manakan dapat sagunya...berusaha akan berjaya akhirnya...Amin!

Thursday, July 19, 2012

Sekitar Majlis Harijadi Prasekolah Anis

Saya sebenarnya bukan boleh sangat hadir ke majlis ni.Bayangkan saya menjaga anak-anak cikgu,jadi takkan saya nak angkut semua ke majlis tu.Ramai yang kecik dari yang besar.Jadi saya pun plan baik punya.

Saya suruh suami balik kejap,tolong tengokkan anak jagaan saya,maka saya pun senang lenanglah ke majlis tersebut.Mujur sekolah anak dekat je ,jalan kaki pun boleh.ha ha ha

Kasihan pula kat Anis kalau saya tak hadir.Dia mesti terasa hati kalau lihat ibu atau bapa kawan-kawan lain ada,tapi dia takde.Mesti dia sedihkan.Jadi saya pun menghadirkan diri bersama sibongsu Arissa.


Tengok Anis dan rakan-rakannya.seronok je tengok budak-budak ni.Anis tersilap info,sepatutnya pakai baju sekolah je.tapi mentangkan nak sambut harijadi dia sekali,siap pakai baju kurung cantik lagi.Mujur ada Anieq kawannya pun pakai baju lain.Orang lain semua pakai pakain seragam sekolah.



Ini kek yang ditempah cikgu pra,okay lah rasanya.Gambar mesti tak larilah dari watak-watak kartun kan.Sebagai pembuat kek,harus ambik gambar kek ni.


Antara makanan yang dihidangkan untuk ibubapa.Laksa Penang,laksam Kelantan,ayam goreng,nugget dan kentang goreng.Itu je lah kan.


Anis sedang menerima hadiah harijadi daripada gurubesar.Sambil diperhatikan oleh cikgu Pra nya.Tak sempat nak betulkan tudungnya.Selebehnya.


Acara memotong kek.nampak tangan cikgu yang lebihnya pegang pisau nak potong kek ni...he he he


Antara ibu-ibu yang hadir...ada juga 3 orang bapa yang hadir.Nampak berpakaian lengkap pejabat,mungkin ambil masa sikit ke majlis ni.Kaum ibu ramai yang surirumah termasuk saya.Tu dia saya bertudung coklat bersama Arissa di atas pangkuan.

Acara selesai sejam kemudian.Kami balik dulu sementara anak-anak tinggal dulu di dalam kelas.banyak lagi hadiah cikgu nak bagi.

Pesanan:Ini rezeki,maknanya dah kenyang tak masak tengah harilah...he he heOh ye..adik saya dah selamat bersalin..Alhamdulillah semuanya selamat....

Ada Jemputan Pagi ni



Anis sedang menunggu ni...ok bye...

Pesanan:Cikgu buat sambutan 2 kali setahun,6 bulan pertama dan 6 bulan terakhir....

Bordobar koncang dado den ha..

Adik yang masuk ward apolak...den yang golabah tak tontu arah...ni yang den goramkan ha...torkoluar lak bahaso nogori ayah den ni  ha..ado den cito pasal dio kek sini



Inilah situasi yang sedang saya hadapi.Adik saya telefon pagi tadi katanya dia dah masuk hospital air ketuban pecah.Saat ni dia sedang menunggu sakit nak bersalinlah tu.Jadi apa masalah dengan saya?he he he...entah saya pulak rasa berdebar,saat ini mulalah saya berbual dengan rakan-rakan bertanyakan pengalaman mereka.Sedangkan saya juga ada pengalaman tetapi tidak semua sama pengalamannya.

Ha...hari ni kucar-kacir pagi saya,dengan lambatnya masak sarapan,dengan lambatnya pakaikan anak baju sekolah serba serbi tak kena.Macamlah tak pernah menghadapi situasi itu.Lalu saya tertanya-tanya,adakah kerana titlenya sebagai adik bongsu saya maka saya menjadi segelabah ini...he he he...lebih-lebih lak kakak kau ni...

Apa pun semoga Allah permudahkan segala uruusan adik saya dan suaminya,semoga selamat bersalin.

Pesanan:Banyakkan berdoa,hanya amalan membaca ayat-ayat suci al-Quran memudahkan segalanya.Amin!


Wednesday, July 18, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 7-Keluarga Angkat Jepun

Sambungan Bahagian 6

Kalau kita ke mana-mana tempat yang asing dari kita,atau jauh dari keluarga,mesti kita akan ada sebuah keluarga angkat.Begitulah saya ketika berada di sana.Keluarga angkat ni pun termasuk dalam program pembelajaran kami.

Tak boleh pilih-pilih,tapi kita diberikan sehelai kertas untuk memberitahu hajat atau aktiviti yang ingin kita lakukan ketika di rumah keluarga angkat itu nanti.Ada 2 permintaan yang saya minta bila berada di rumah keluarga angkat.Nanti ye saya cerita.


Inilah okasan saya.Okasan-mak"Hajimemashite okasan.Ogenki desu ka?",Saya bertanya khabar dalam bahasa Jepun."ee..genki desu.Isshoni shashin o shimasu ii desu ka?", jawabnya sihat dan mempelawa saya bergambar bersama.Saya tak ingat kat mana ?Tetapi memang jauh dari bandar Tokyo.


Ini ada saya bawakan sedikit omiyage (hadiah) untuk mak angkat saya.Beg dompet wanita yang disalut kain tenun dan sedikit key chain dari Malaysia.Gambar dihadapan okasan tu gambar keluarga saya...saya cuma tunjukkan sahaja ahli keluarga saya.



"Okasan kyo wa nani o shimasu ka?", saya cuba bertanya apa yang nak dibuat hari ni. "Oh kyo wa tempura o  ryori shimasu ne". jawab mak angkat saya kita nak masak tempura.Sebab itulah permintaan pertama saya."Suki desu ka?, tanyanya samaada saya suka atau tak? "Watashiwa tempura ga totemo suki desu".saya jawab sangat suka.


Tadaaa....dah siap pun tempura udang dan sayuran dari okasan.Ada sos kicap Jepun.Ada tauhu goreng.
 いただきます-Itadakimasu! . Jemput makan! Tabemasu to nomimasu -makan dan minum

Inilah 2 orang anaknya.Di Jepun kebiasaan mereka hanya mempunyai anak yang sikit bilangannya.Jadi sempat saya berjumpa dengan anak-anaknya.Oh ya,permintaan kedua saya ialah saya meminta mereka pakaikan kimono untuk saya.Dapatlah saya pakai kimono itu.Tapi tak de gambarlah ye.


Masanya untuk pulang .Masa untuk mengucapkan sayonara さようなら-Selamat tinggal untuk mak angkat saya yang sangat baik hati.どうもありがとうございました Domo arigato gozaimashita- terima kasih banyak-banyak.

Ja mata-jumpa lagi

Pesanan:Maaf kalau ada tersilap dalam bahasa Jepun,maklumlah dah lama,tak ingat sangat dah...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...