Mari saya kongsi sedikit cara-cara untuk membuat tembikai ros untuk dijadikan antara menu makanan di atas meja pengantin.Terima kasih kepada anak murid kakak ipar saya yang namanya tidak diketahui atau dengan kata lain dia tidak mahu dikenali.Jom tengok secara ringkasnya seperti dibawah:
1.Mula-mula potong kulitnya dan biarkan separuh di bawah untuk dijadikan tapak,dan bahagian tengah untuk dijadikan pemegang.(lihat gambar di atas)
2.Corakkan bunganya dengan pisau khas(kecil melengkung),hingga menjadi bunga ros yang besar.(perlu sedikit kemahiran)
3.Setelah selesai,tunjukkan pada kamera untuk disnap hasilnya.(seperti gambar di atas)
4.Lorekkan bahagian isi disebelah bunga tersebut iaitu di bahagian belakangnya.(lihat lagi gambar di atas).Jangan dimakan pula,sebab nanti nak masuk balik dalam tu.
5.Akhirnya,bentukkan daun dari serpihan kulit tembikai.Harus diingat sewaktu membuang kulit tembikai tadi,potong besar-besar sedikit.Jadi mudah nak bentuk daunnya(ini pun kena ada kemahiran sikit ni).Suka hati nak berapa banyak daunnya.
6.Kemudian cucukkan sahaja dimana anda suka.Asalkan jadi seperti di atas.
6.Kemudian cucukkan sahaja dimana anda suka.Asalkan jadi seperti di atas.
7.Isikan didalam tembikai yang sudah dilorekkan keluar isinya tu dengan buah-buahan campuran.Isi tembikai tadi yang dipotong dadu juga boleh dimasukkan.Oh ye,jangan masukkan air buah-buahan tu,nanti banjir pula kat bawah tapak tembikai yang tidak berapa kukuh tu.Juga tempat pemegangnya tu buat zig zag,cantiklah sikit.
8.Tadaaa....sudah siap untuk dihidangkan setelah dicantikkan lagi hiasannya di atas pinggan cantik!
Pesanan:Jangan bimbang,tuan yang buat ni sudah beri keizinan untuk saya paparkan didalam blog saya,cuma tidak mahu dikenali.Yang pasti dia tinggal di Kelantan.Terima kasih dik!Saya entah boleh buat ke tidak.
cantiknye kulinari tembikai ni...
ReplyDelete@Bapak-tu lah bapak,saya nak sharelah jugak,walaupun bukan saya yang buat..mana tahu satu hari nak buat pulak..
ReplyDeletememang pandaii n ade seni kulinari sebab klu tak takkan dia pandai mengukir tembikai..
ReplyDelete@zaidah..betul tu...seni kemahiran tu penting juga...
ReplyDeletecantik....
ReplyDeleteSallam ummiarissa,
ReplyDeleteNi lah yang saya nak cuba buat tak pernah jadi2..
Ummiarissa, memang tinggal di Quarters Guru Benta ke, atau batu 13, nanti datang lipis call saya, bolehlah jumpa, ni no saya 019-9242529.
CANTIKNYA ..KLU MUNNA MMG TAK MENJADI..TANGAN KU KERAS KLU BAB2 MENGUBAH NI
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@munna-betul tu..cantikkan..adik yang buat ni baru usia 20 tahun
ReplyDelete@LIPISLADY-ok kak tq ye...
@munna-akak pun keras gak tangan ni,kot2 buat nanti jadi bunga lain lak...
seni sungguh tangannya. hari2 hubby beli tembikai. tak sempat jadi ros, kena blend teROS. he..he..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekalau dah berbakat tu buat apa
pun mesti menjadi...
orang kuala lipis ke?
kita FLW u back
^____________~
@Liza@Adzriel AB-kena blend teros lah lagi sedap...he he he
ReplyDelete@Ati Masrif-takpe ok je...saya orang KL tapi Kuala Lumpur,cuma dah 10 tahun duduk Kuala Lipis....ikut suami bekerja disini..KL jugak kan...
Saya bce entry sesak blik lipis tu. Mmg sesak dari lipis lak sampai tol gombak. Masuk kl ok skit. Kreta je bnyk. Biasa 3 jam dah jadi dkt 6 jam pjlnan..
ReplyDelete@izahdaut-betul tu kak,makan masa lama kan perjalanan yang sepatutnya singkat...
ReplyDeleteApa bahan bahan nk buat ukiran buah tembikai?
ReplyDeleteAğrı
ReplyDeleteDiyarbakır
Bolu
Elazığ
Siirt
K5MN
UYGYUHFGYT
ReplyDeleteتسليك مجاري