Saya masak ni untuk makan malam tadi.Cuti sekolah,anak-anak abang ada duduk dengan saya.Maklumlah anak-anak saya yang ramai boleh buat group untuk main apa sahaja permainan.Jadi saya masak makanan yang mereka suka makan.
Bahan-bahannya:
Semangkuk daging (dihiris nipis dan direbus bersama air yang telah dititik pewarna merah)
4 batang sosej (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (separuh di tumbuk,separuh di potong bulat)
3ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
1 sdb cili kering (yang dah dikisar)
3 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
1 sdk sos tiram
daun limau purut(jika ada)
Cara-cara memasaknya:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang tumbuk dan bawang hiris.Serai sekali.
2.Masukkan cili kering.Masakkan sekejap.
3.Masukkan sosej.Goreng lagi.
4.Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram bersama limau purut.
5.Masukkan daging bersama airnya(bergantung pada banyaknya kuah yang dikehendaki).
6.Gaul sebati dan boleh tutup api.
Masakan yang senang dan sedap.Anak-anak pasti menggemarinya.
Pesanan:Cuti sekolah masak sampai 3-4 kali sehari.Letih juga.Ni yang berat badan makin naik ni.
hi umi..ciku dtg sini..follow ur blog.
ReplyDelete@CIKU..tq...saya dah follow blog awak juga.....
ReplyDeletebudak2 memang suka sosej kan, masak apa pun sure dema suka makan. salam kenal :)
ReplyDeleteumii..tq visit me!!eh cm sedapp je menu ni..nk try gk laaa yerr..
ReplyDeleteanak zai klu buat nasik goreng mesti tanya ade sosej tak.....memang bebudak suka sosej
ReplyDeletesedap makan dgn spaghetti ni
ReplyDeleteramai2 ni masak apa pun licin..he3
ReplyDelete@Dinas-betul tu,tolak kayu ngan batu jer...
ReplyDelete@izee- boleh cuba ,senang bangat dong!
ReplyDelete@ Zaidah-sekarang ni saya pun rajin gak buh sosej dalam nasi goreng,baru habisss...
ReplyDelete@Liza@Adzriel AB-oh ye ke..jadi jugak ke dengan daging hiris,biasakan daging cincang....
@Sofya-betul tu...masak je lah apa pun pasti habis,berebut-rebut lagi...