Tuesday, June 14, 2011

Udang Hidangan Wajib Atas Meja Pengantin

Masih lagi suasana kenduri kahwin,walaupun sekolah sudah dibuka.Sekadar untuk dikongsi bersama,saya seringkali kalau ke kenduri kahwin pasti menjenguk hiasan dan makanan di atas meja pengantin.Yang pastinya mesti hidangan istimewa lain dari hidangan tetamu.

Kerap kali saya lihat adalah hidangan udang pasti menjadi sesuatu yang mewah di atas meja pengantin.Selain dari ayam golek,buah-buahan atau koktel,udang antara hidangan yang paling dinantikan oleh....saya..he he he...Kalau kenal rapat dengan keluarga pengantin pasti tanpa segan dan malu saya akan minta seekor.Diulang ye,seekor je...Bukan apapun,saya alahan makan udang walaupun itulah yang paling saya suka.

Jom tengok sebahagian koleksi hidangan udang di meja pengantin....


Nenas sentiasa menjadi mangsa hidangan ini,ye lah hanya buah ni je nampak kukuh sikit.

Hidangan yang simple tetapi sedapppp.....


Kalau kreatif,tambah je dengan telur burung puyuh,kalau telur ayam tak comel ler....

Pesanan:Resdung memang sinonim dengan makanan laut seperti udang....tapi makan seekor je takpe kotttt.....

5 comments:

  1. Makan aje lah..kalau sakit nanti, makan ubat.

    ReplyDelete
  2. sya pun resdung gak,bila makan udang mesti gatal2 muka n bersin

    ReplyDelete
  3. @hani@debumelukut---ha'ah..setakat ni makan udang setakat gatal-gatal hidung je..tak samapi kena makan ubat lagi Alhamdulillah..

    @misya-samalah kita ye..

    ReplyDelete
  4. wah.. mesti sedap tu..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...