Monday, June 20, 2011

4 Sahabat Maut Dalam Kemalangan

KUANTAN – Kegembiraan lima sahabat untuk menikmati minuman bertukar tragedi apabila empat daripada mereka terbunuh setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM23 Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian pukul 11.45 malam itu kereta mangsa terbabas ke laluan bertentangan di satu selekoh di jalan itu lalu bertembung dengan bas dua tingkat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu.
Katanya mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta jenis Toyota Vios itu, Ho Wai Kin, 20, Wong Kok Heng, 17, Wong Chin Xion dan Yap Chung Hung, kedua-dua berusia 15 tahun.
Katanya seorang lagi penumpang kereta itu, Chan Kwan Yong, 30, mengalami kecederaan parah dan pemandu bas berusia 48 tahun hanya mengalami kecederaan ringan sementara 42 penumpangnya tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata pemandu kereta itu merupakan seorang pemandu jentolak dari Benta Jaya, Kuala Lipis manakala Kok Heng dan Chin Xion dari Kampung Penjom, Kuala Lipis merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua, Sungai Kerpan, Kuala Lipis.
Manakala Yap dari kampung yang sama adalah pelajar SMK Setiawangsa, Kuala Lipis, katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Razak berkata keadaan jalan di tempat kejadian berselekoh dan tidak mempunyai lampu jalan.
Katanya, kesemua mangsa adalah sahabat dan mereka dipercayai dalam perjalanan untuk pergi minum di kawasan Rawat dan Rehat Benta.
Menurutnya kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
ulasan saya:
Sebenarnya,kawasan kemalangan tersebut sangat dekat dengan kawasan perumahan saya.Dah banyak kali kemalangan maut berlaku di kawasan tersebut.Antara banyak kemalangan tersebut,saya pernah saksikan satu kemalangan yang meragut seorang penunggang motor.Jadi berhati-hatilah jika mengikut laluan selekoh tersebut terutamanya pada waktu hujan.
Sumber disini.


Pesanan:Sentiasa berhati-hati jika membawa kereta sewaktu hujan.



4 comments:

  1. @miss lolly-mungkin kepada yang tak biasa dengan selekoh situ ada 'sesuatu' tak?...tapi bagi kami yang dah biasa ok je...he he he seramnyaaa...

    ReplyDelete
  2. uish..bahaya gak, ermm,ni yg tkut nk blajar memandu..*kantoi xreti bawak kete ag =.='

    ReplyDelete
  3. @emieysandra-hu hu hu...kena belajar juga...macam manapun...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...