Monday, September 30, 2013

Program Gerak Tari 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Daerah Lipis 2013

Anak saya yang berada di prasekolah,bawa balik surat kebenaran,sama ada saya membenarkan dia turut serta dalam program ini.Lalu saya kata'pergi jelah'.Tapi anak saya pula tak mahu.Tak tahulah boleh ke kalau dia tidak turut serta.

Program ni khabarnya bertujuan mencipta rekod penyertaan gerak tari paling ramai murid prasekolah di dalam Malaysian Guiness Books of Records.Kalau kat Daerah Lipis ni sekolah yang terpilih dijadikan lokasi utama ialah Sekolah Kebangsaan Penjom.Jadi semua sekolah akan berkumpul di sana.Program tersebut bermula tepat jam 8.15 pagi dan akan disertai oleh 47 buah prasekolah KPM di daerah Lipis.

Macam-macam program dah sekarang ni Malaysia buat untuk dimasukkan dalam Malaysian Guiness Book of Records.Kalau dapat cipta record,masuklah gambar anak-anak kita dalam buku tu.Itupun kalau ada kan.

Program ini dikatakan akan dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 1 Oktober 2013.Jadi kita lihatlah nanti sama ada dapat mencipta record atau tidak.Ada juga sebilangan ibubapa khabarnya tidak membenarkan anak mereka turut serta.Pasti ada sebab-sebab tersendiri.

Bagi saya kalau beramai-ramai dan diiringi oleh guru sekolah mereka,tak mengapa.Kerana saya lebih mementingkan keselamatan anak daripada nak mencipta record tu.Jadi kita tunggu dan lihat je lah.

Pesanan:Saya lebih suka kalau program itu senamrobik dari program gerak tari.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK dan PMR!

Peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) akan berlangsung dari 2/10/2013 hingga 9/10/2013.Anak saya antara yang akan menduduki peperiksaan tersebut.Semoga dia dan kawan-kawannya dapat menjawab soalan dengan baik.Sebagai ibu dan bapa,kami doakan yang terbaik!

Masih sempat lagi saya berjumpa anak sulung saya Ajwad tu untuk memberi kata nasihat dan perangsang agar dia dapat menduduki peperiksaan dengan baik.Memang nampak mukanya macam ada letih sikit,mungkin sebab menghadiri kelas siang malam yang dianjurkan guru-gurunya.

Sementara itu anak saya ke 4 Ain darjah 5 juga akan menduduki peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) dari 30 September hingga 3 Oktober 2013.Semoga berjaya ye anakku.UPKK melibatkan ujian Ulum Syariah (Ibadah dan Aqidah),Sirah,jawi dan Khat,Adab 1 & 2 dan Lughatul Quran.

Dulu-dulu takde UPKK dan PMR.PMR sekarang ,dulu saya SRP ( Sijil Rendah Pelajaran).Banyak dah berubah.Semoga apa saja peperiksaan yang mereka hadapi,dapat dijawab dengan tenang.


Pesanan: Selamat Berjaya juga untuk anak kawan-kawan.

Monday, September 23, 2013

Menopaus bukan penyakit sebaliknya membabitkan perubahan hidup wanita

Apabila umur dah meningkat ni,lagi-lagi nak masuk usia 40an sebagai seorang wanita pasti saya tertanya-tanya bilakah menopaus terjadi.Pada usia berapakah biasanya ianya terjadi.

Terlebih dahulu kita perlu tahu apa itu menapous?

Menapous ialah seseorang wanita yang telah putus haid di mana keadaan seseorang wanita yang ketiadaan pendarahan haid secara kekal.Ianya adalah proses biasa yang terjadi kepada seseorang wanita apabila mencapai tempoh tertentu.Setiap wanita yang mempunyai sistem peranakan akan mengalami fenomena ini setelah sistem ovari didalam badan berkurangan.

Biasa kita dengar umur 45-50 tahun dah ada yang menopaus.Sebagai wanita tak gerun ke bila dengar.Ye lah apabila perkara ini terjadi,akan mengurangkan aktiviti seks bersama pasangan kerana tisu faraj semakin menipis,kering dan sakit menyebabkan terganggu sedikit hubungan bersama suami isteri.

Masa ni mulalah si suami nak mencari yang lain...hahaha..awas ye kaum wanita.Saya tak kata semua lelaki ye.Sebenarnya memang betul,banyak cara lain lagi nak mengekalkan kerukunan rumah tangga kita,namun demikian sebelum kita mulai risau dan runsing,eloklah kita suami isteri fahami makna menopaus terhadap wanita ni.

Berdasarkan kajian umur wanita yang menopaus ialah lazimnya 50 tahun.Namun demikian ada juga yang menopaus awal seawal umur 35 tahun dipanggil pramatang.Ada sebabnya tu berkaitan dengan kesihatn.

Antara ciri-ciri kita nak menopaus ialah:


  • Sakit sendi
  • susah nak fokus atas sesuatu perkara
  • sakit kepala
  • tidak boleh tidur
  • moody/perubahan mood
  • peluh waktu malam
  • kekeringan bahagian vagina
  • peluh yang teruk
  • kencing malam
Ini hanya secara umum je,sebab ada juga sebab-sebab yang lain.Semua itu termasuk dalam emosi kehidupan kita.Maknanya ada juga kaitan dengan kehidupan kita.

Peratusan umur putus haid:

UMUR PUTUS HAID  %WANITA
35 - 40 tahun
  11.87
40 - 45   25.97
45 - 50   41.03
50 - 55   14.58
sebelum 35 atau selepas 55 6.54

Jadi janganlah kita bimbang dengan menopause,elok bersedia dari awal dengan menambahkan pembacaan kita berkaitan dengan wanita dan kesihatan.Ini bukan penyakit ye,jadi kita kena fahaminya.

Sumber: rujukan pelbagai pembacaan

Pesanan:Hidup ini sekejap cuma,umur berputar dengan laju,apakah persediaan kita?

Saturday, September 21, 2013

Tips memasak jika gas habis

Alamak!Gas dah habis!Macam mana ni dah malam,kedai dah tutup?.....

Surirumah sekalian,jangan bimbang,jika gas habis sila gunakan periuk multicooker.Masalah anda akan selsesai!hahahaha...macam iklan je bunyinyakannnn...

Inilah dia masalah saya.Duduk kat kawasan kampung,bila malam-malam gas habis,perut lapar,kedai pulak dah tutup.Mujur ada periuk mlticooker ni.Guna elektrik je.

Mula-mula goreng ikan dulu.

Lepas tu tumis bahan-bahan tumbuk.


Kemudian masukkan segala jenis sos...


Tu dia...angkat letakkan atas ikan tadi...
Tadaaaa....ikan siakap masak masam manis...
Hasil anak saya darjah 6 masak.


Tengok,kalau budak-budak pun boleh guna,kita lagilah bolehkan.Jadi pastikan rumah anda ada periuk multicooker.hehehehe

Pesanan: Saya ada 2 tong gas,satu lagi tu tak topup,stu yang bila habis gas,habis terus,ebab saya rasa semua rumah sekurang-kurangnya ada 2 tong gas kan.

Teknik menyusu anak selain menggunakan botol.

Mungkin ada sesetengah budak,dia taknak menyusu menggunakan botol.Tukarlah puting botol,jenama susu pun,tetap juga tidak mahu menyusu.Itu adalah antara pengalaman saya menjaga budak.

Jadi saya ada alternatif lain selain botol.Apa saya lakukan adalah menggunakan sudu atau syringe.Memanglah lambat habis,jadi di sini kesabaran itu penting.Kalau kita tak mahu anak tu lapar susu,sebab nak menyusu susu badan je,elok juga praktikkan begini.

Ada satu-satu masa,mungkin terlalu banyak beri,anak akan muntah balik susu tu.Jadi cara terbaik,beri susu tersebut sedikit demi sedikit dan selang untuk jangka masa lama sedikit,mungkin dalam 1/2 jam ke.Saya ada 2 orang anak mengasuh yang tidak mahu menyusu botol.Jadi saya praktikkan cara begini.




Tidak semestinya dia tidak mahu menyusu botol kerana dia tidak dilatih sebelum dihantar ke pengasuh,ada kalanya memang budak tu sendiri tak nak menyusu botol.nak buat macam mana,dah nama budak...hehehehe

Tapi ikut pengalaman saya,ada ketika bila dah lama sangat tak menyusu,bila dia lapar sangat,dia menyusu juga dengan botol.Walaupun sedikit,tapi dia tetap menghisap juga.Cuma mungkin bila dia dah rasa lain,dia akan menolak balik puting tu.Jadi guna alternatiflah...

Ini yang diajar oleh misi klinik:

Syringe tu perlulah diletakkan ditepi mulut anak,dan ditekan sedikit demi sedikit.Manakala sudu menggunakan sudu plastik disudukan sedikit demi sedikit.Begitulah......

Pesanan:Harap membantu mereka-mereka yang berkenaan.

Friday, September 20, 2013

Asiah & Imannya Yang Kental

Beli buku Asuh untuk galak anak membaca dan menimba ilmu agama.Orang dewasa pun boleh menimba ilmu juga.Mari kita berkongsi cerita tentang Asiah.Siapa Asiah?

Dalam sejarah Islam,nama Asiah menjadi sebutan sehingga kini.Bukan kerana kecantikan atau kedudukannya sebagai isteri Raja Firaun,tetapi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Asiah memeluk Islam tatkala pembantunya Mashitah dan anaknya dihukum bunuh oleh Firaun.Asiah terdengar anak Mashitah memujuk ibunya agar bersabar kepada Allah sebelum mereka menjalani hukuman.Justeru,hati Asiah yakin akan kebenaran tauhid lalu beriman.Sejak itu,Asiah menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan mengingkari suaminya yang mengaku sebagai Tuhan.

Di istana,hanya Asiah yang beriman kepada Allah.Suatu ketika,dia melafazkan kalimah Allah lalu didengari oleh pengikut Firaun.Berita itu kemudian tersebar kepada suaminya.Asiah dihadapkan kepada Firaun. "Siapakah Allah?" tanya suaminya yang zalim itu. "Allah Tuhanku juga Tuhan seluruh alam semesta," kata Asiah penuh yakin.

Firaun amat murka lalu memberi pilihan kepada Asiah. "Jika kau mahu hidup bersamaku dan kekayaanku,kau hendaklah mengatakan bahawa aku adalah Tuhan.Tetapi jika kau memilih Allah sebagai Tuhanmu,aku akan membunuhmu!" ugut Firaun.

Tanpa berfikir lama,Asiah tetap dengan keputusannya sebagai hamba Allah.Tidak sesekali dia melafazkan kalimah syirik terhadap Allah walaupun di depannya menanti hukuman yang menyakitkan.

Dengan keputusan itu,Firaun mengarahkan tenteranya mengikat kaki dan tangan Asiah.Lalu,mereka meletakkan batu besar di atas badannya.Dalam kesakitan itu,Asiah terus berdoa kepada Allah SWT.Doa tersebut dirakamkan dalam surah at-Tahrim ayat 11 yang bermaksud:

"Wahai Tuhan,bangunkan untukku disisi-Mu sebuah rumah di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah daripada kaum yang zalim."

Allah SWT mendengar doa Asiah lalu dinampakkan syurga kepada wanita solehah itu rumahnya di dalam syurga.Saat itu Asiah senyum menerima hukuman.Melihatkan kegembiraan wajah Asiah,Firaun berkata kepada pengikutnya, "Lihatlah isteriku yang aneh." Hakikatnya,roh Asiah ditarik oleh malaikat dan berbahagialah Asiah menghuni syurga Allah SWT yang kekal.

Asiah telah mengajar kita untuk lebih mencintai Allah daripada kesenangan dunia.Ini kerana,cinta Allah akan membawa kebahagiaan yang kekal di dunia dan akhirat.

Sumber: Asuh Mei 2012

Pesanan: Buat pembaca yang sering mengeluh kerana kesusahan didunia ingatlah kesenangan menanti kita di akhirat jika kita orang yang beriman.

Tuesday, September 17, 2013

Gulai Lemak Ikan Merah yang sangat simple

Ada seketul ikan merah yang tersimpan dalam peti.Habis idea nak masak,masak kari dah sudah,goreng gitu je pun sudah.Jadi hari ni kita masak lemak cili api pula.Mesti sedap.





Bahan-bahan:
1 keping ikan merah (isi tebal ni)
1 labu bawang besar
9 biji cili api (nak pedas tambahlah lagi)
Sedikit kunyit hidup
2 batang serai (kalau besar 1 batang cukup)titikkan je
Santan (1/2 biji kelapa)
1 keping asam
garam dan aji secukup rasa.

Cara memasaknya:
1.Blender bawang,cili api ,kunyit,asam keping dan serai masukkan dalam periuk sederhana besar.
2.Masukkan santan.Panaskan periuk dan kacau-kacau selalu santan tu,nanti pecah minyak pula.
3.Agak-agak dah mendidih,masukkan ikan merah tu,curah2kan santan atas ikan sambil kacau santan.Api kecilkan.
4.Rasa ikan dah masak dalam 10 minit tu,bolehlah masuk garam dan aji,rasalah sesedap rasa.

Siap,makan dengan nasi panas.Lauk tu je hari ni.Tak sempat nak masuk dalam pinggan.amik dalam periuk je...

Pesanan: Masak simple,cepat boleh makan.

Monday, September 16, 2013

Cara menangani kutu di kepala anak

 Sikat kutu

Ubat kutu jenama Delice @ syampu kutu

Info tentang kutu:

Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.
Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.

Inilah yang terjadi kepada anak-anak perempuan saya yang dijangkiti kutu dari orang lain kepada orang lain pula.Bertahun kutu ni macam on dan off di atas kepala mereka.Bila dah hampir hapus kutu dan telur kutu ni,anak balik asrama pula berjangkit dari kawan-kawan seasrama.Berjangkit balik.Susah betul nak hilangkan.Rambut masing-masing tebal dan panjang.Fuh..sedap betul kutu tu beranak-pinak atas kepala diorang.

Dah bermacam-macam jenis sikat kutu digunakan dari jenis kayu,plastik sampai ke besi,apalagi ubat kutu yang berbotol-botol beli di farmasi dan ambil di klinik kesihatan.Hampir putus asa jadinya.Bila kita ingat dah tinggal hampas je,rupanya masih ada lagi saki baki yang hidup.Hari-hari mencari telur yang tersembunyi.

Yang bestnya kalau ada tin,ha..letupkan je atas tin tu,berdetup-detup bunyinya.Kadang ralit juga mencari kutu dan telurnya ni.Kadang-kadang sampai tertidur anak saya.

Kini saya cuba cari lagi ubat yang tak pernah guna lagi yang disertakan dengan sikat kutu besi.Rapat sangat,jadi potensi luruh dan melekat tu besarlah sikit.Guna ubat dia dalam keadaan rambut basah,macam syampu.Biarkan 10 minit baru bilas.Ni jenama Delice,harga RM15 kakak ipar tolong belikan di KL.

Nampak macam berkesan sikit.Tapi kena teruskan menyisir rambut guna sikit kutu ni.Kalau anda ada petua lain silalah kongsikan.

Pesanan:Biasanya bau ubat kutu ni busuk kan,tapi syampu kutu delice ni wangi.

Tuesday, September 10, 2013

Rendang Ayam selepas Syawal


Nama resepi ni ialah rendang ayam selepas Syawal sebab dimasak selepas Syawal.Tiba-tiba teringin nak makan rendang ayam,saya pun masaklah.

Bahan utama yang sentiasa ada di dalam peti beku saya ialah kelapa parut dan kerisik.Yang lain tu seperti daun limau purut dan daun kunyit ambil je kat kebun jiran saya.

Bahan-bahan asas yang perlu ada untuk masak rendang ialah:

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Serai

Semuanya saya blender.Masaknya sangat senang,Masukkan santan dalam kuali,bahan blender dan juga ayam.Masak dan kacau sekali sekala hingga hampir kering.Dan keluar minyak sikit  juga penting.Setelah agak-agak hampir kering,barulah taburkan garam,daun kunyit,daun limau purut dan masukkan kerisik.

Tapi tak boleh lawan rondang omak den .Cara masak pun dah lain tau.Masak santan dulu.

Sebenarnya saya tak reti nak sukat-sukat,lalu saya agak-agak je bahan-bahan tersebut.Ikut citarasa sendiri,nak banyak bawang boleh.Cuma petua rendang yang sedap adalah santan yang banyak.Jadi agak-agaklah santan tu ye bergantung kepada bilangan ayam tersebut.

Mungkin bagi yang baru belajar kena semak juga sukatan resepi,selepas dah pandai,boleh agak-agak je.

Pesanan: Selepas masak rendang ayam,saya teringin nak rendang daging pula,lalu saya masak ikut method yang sama.

Monday, September 09, 2013

Hujan pembawa rahmat

Saya sedar sesuatu.Di tempat saya dalam minggu lepas dan minggu ni hujan je.Macam mana kawasan anda?Kerap hujan tak?

Kat Benta,Pahang,kawasan kediaman saya hujan kerap turun sebelah petang.Hujan turun pun lebat juga.Semoga hujan ni membawa seribu rahmat buat penduduk muka bumi Allah ini.

Cuma saya peliklah,kenapa bila hujan turun je,Astro mesti tiada siaran.Dulu Astro biasa je,sekarang dah tukar Astro Beyond pun masih masalah yang sama.ish..teruk betullah service mereka ni,bayar lewat dah potong siaran.

Apa-apapun cuaca pun sejuk dan nyaman je waktu pagi.Suka sangat saya dengan keadaan tersebut.Jadi aktiviti sebelah petang dan malam memang tiada pun.Saya lebih suka duduk di rumah je.

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Bersyukurlah bila hujan turun!


Pesanan:hmmm...baru bulan September,tapi hujan kerap turun ye...belum masuk November dan Disember ni.

Sunday, September 08, 2013

Segmen Ayu UPSR oh UPSR

Cikgu Ayu sedang buat segmen tentang UPSR oh UPSR.Sedang eloklah kena dengan entry saya hari ni.


Anak saya yang no 3 bakal menduduki UPSR minggu depan yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu 10,11 dan 12 September 2013.Selama 3 hari ni Jumaat, Sabtu dan Ahad saya berulang-alik melawat anak saya untuk memberikan tip-tip terakhir,kata-kata nasihat dan perangsang agar dia dan kawan-kawannya akan dapat mengharungi peperiksaan UPSR dengan baik dan lancar.

Saya dan suami telah banyak berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk melihat anak berjaya dalam semua mata pelajarannya.Sekarang ni saya dan suami hanya dapat berserah kepada daya usahanya sendiri dan selebihnya saya bertawakal kepada Allah.

Namun demikian saya tidaklah terlalu mengharap sangat,sebab apa-apa pun boleh jadi atas kehendak Allah jua.Lebih baik saya berikan semangat kepada anak saya disamping sebagai ibubapa,kami banyak berdoa kepada Allah.

Anak-anak saya sangat beruntung sebab saya dan suami banyak memenuhi segala kehendaknya yang berkaitan dengan pelajaran.Sekarang ni pun dia banyak juga belajar melalui internet dan satu lagi siaran Astro juga banyak membantu dengan rancangan khas untuk pelajar UPSR.Cikgu-cikgu pun siang malam buat kelas tambahan.Itulah kelebihan mereka zaman sekarang.

Tidak seperti zaman saya dahulu saya menduduki UPSR tahun 1998,dan mendapat keputusan 3A 1B dan 1D.Sebenarnya D itu adalah penulisan karangan,saya telah tersilap baca soalan,di mana saya dikehendaki membuat 2 karangan,tapi saya buat satu je karangan.Patutlah saya perasan waktu tu,saya siap lebih awal dari rakan-rakan lain.hehehe..Saya belajar sendiri,tiada tuisyen pun waktu tu.Mak ayah pun sibuk bekerja.
Mata pelajaran saya suka ialah Bahasa Malaysia bahagian karangan.Sebab saya suka menulis.

Itulah kenangan saya ada.Sampai sekarang rasa sesal juga dengan bahagian penulisan tu.Tapi nasi dah jadi bubur,saya teruskan dengan keputusan yang baik untuk SRP dan SPM saya.Jadi semak soalan dan jawapan dengan betul ye.

Pesanan:Buat semua pelajar dan anak-anak,buatlah yang terbaik untuk UPSR awak ye!Selamat Berjaya!

Wednesday, September 04, 2013

Mencari Barang Hilang

Kalau barang yang hilang tu orang lain yang salah letak,memang membebellah mulut ni mencari.Tapi kalau sendiri yang salah letak,mengomel juga,'manalah aku letak?,pelupa betullah aku'.Pernah macam tu kan.

Hari ni saya baru jumpa barang yang hilang setelah mencari semalaman.Surat beranak anak saya hilang!Hilang kat rumah je pun.Kalau kat rumah memang ada lah,cuma tak ingat letak mana.Last sekali memang saya yang pegang.

Cikgu sekolah dia minta untuk pengesahan masuk darjah satu sekolah tahun 2014.Masa tu baru teringat nak cari.Memang dah siap asingkan.Seingatnya dalam fail.Cari-punya cari tak jumpa.Dahlah tak ingat.

Rupanya dibalik frame gambar atas meja solek.Frame gambar besar,terlindung surat tu kat belakangnya.Semalam dah cari tempat tu,tapi terlepas pandang agaknya.Lagipun macam tak munasabah letak situ,sebab itulah tak cari betul-betul tempat tu.Dah habis idea,nak cari lagi,baru bersungguh-sungguh kelebek belakang frame tersandar tu.Hishhh...Cantik terlindung belakang frame besar tu.

Jadi moral of story:Cari betul-betul.Jangan rasa tempat tak munasabah tu bukan tempat kita simpan.Kena rasa munasabah jugak.hehehe..

Pesanan:Sambil mencari tu,jangan membebel banyak sangat,nanti tak jumpa langsung...hehehehe

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...