Saya teringin untuk mengimbas semula kenangan sewaktu saya mengandungkan dan melahirkan anak pertama. Pengalaman tersebut sangat indah dan istimewa.
Kali kedua disahkan hamil, saya dan suami amat teruja. Maklumlah di awal perkahwinan saya pernah keguguran kandungan berusia 5 minggu, maka kehamilan kali ini sangat kami nantikan. Saya mulai menghadapi alahan selama 3 bulan pertama. Kebetulan saya masih belum bekerja lagi, jadi saya lebih banyak duduk di rumah.
Alahan yang saya alami amat teruk. Setiap makanan yang masuk ke dalam mulut saya walaupun pada mulanya saya makan dengan seleranya akan termuntah juga akhirnya. Bayangkan kepahitan mulut yang saya rasai hingga ke tekak membuatkan saya rasa lebih mual. Seringkali juga saya hanya muntah lendir berwarna hijau yang amat pahit rasanya jika saya tidak makan sesuatupun.
Jadi berat badan saya turut menurun mendadak dalam jangka masa 3 bulan tersebut (mungkin dalam 2kg). Saya hanya banyak terbaring dan kadang-kadang hilang selera makan. Apa yang saya lakukan untuk menghilangkan mual dan muntah hanyalah makan asam dan minum air bergas. Tapi itu hanya bertahan untuk sementara sahaja. Saya tetap muntah seperti biasa.
Setelah genap 3 bulan, segala alahan tersebut hilang terus. Dan selera makan saya bertambah-tambah. Kali ini saya mengidam bermacam-macam makanan. Oleh kerana suami sayangkan saya (maklumlah mengandung anak sulung) suami tetap mencari apa yang saya inginkan. Tapi saya tidaklah mengidam yang bukan-bukan. Cuma saya amat suka makan makanan segera seperti burger.
Pernah sekali saya mengidam hendak makan pizza.Kebetulan hujan lebat, suami pula pada waktu itu hanya memiliki motor. Kami berdua tetap meredah hujan pergi ke bandar dalam keadaan basah kuyup. (susahkan)Maka dapat jugalah saya makan pizza. Bukan makan banyakpun.Balik ke rumah saya muntah semuanya.
Satu lagi yang amat saya gemar ialah minum air bergas. Suami tak pernah lupa membeli untuk saya jika kehabisan stok di rumah.(mungkin ini sebabnya anak saya dilahirkan besar, kata oranglah). Berat badan pun mulai bertambah.
Sehinggalah kandungan saya cukup 9 bulan. Saya dijangka melahirkan anak pada 7 April 1998 (tarikh ni adalah hari lahir saya), tetapi pada hari itu saya hanya turun tanda iaitu turun darah sedikit demi sedikit. Saya ke hospital dan diperiksa oleh doktor, tetapi hanya disuruh masuk ke wad sahaja. Mungkin belum masanya.(saya tidak berani bertanya lanjut,faham-fahamlah perangai jururawat waktu tu, mulut mereka berbisa daripada ular). Jangan marah ye jururawat yang lain. Tidak semua begitu,segelintir sahaja. Saya juga ada cerita tentang jururawat yang baik(lain masa lah saya cerita ye).
Sepanjang di dalam wad,saya tidak boleh ditemani sesiapa,jadi suami terpaksa pulang ke rumah dahulu. Keesokan harinya, darah yang keluar semakin banyak setiap kali saya ke tandas. Sakit? Mestilah saya merasa sakit setiap kali darah keluar. Tetapi saya tidak berani memberitahu jururawat.Saya takut dimarahinya. (waktu tu saya muda lagi,tak tahu apa-apa).
Sehinggalah ada seorang kakak ni(dia juga tunggu masa untuk melahirkan,terima kasih ya kak!) yang prihatin melihat keadaan saya menahan sakit,dia yang memanggil jururawat supaya melihat keadaan saya. Saya pun diperiksa dan doktor memecahkan air ketuban saya dan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Saya tidak dapat menghubungi suami kerana waktu itu saya tidak ada 'handphone'(susah lagi kan). Jadi saya berserah sahaja pada Yang Esa.
Tetapi kalau tidak silap saya waktu itu hospital kerajaan tersebut tidak membenarkan suami menemani isteri di dalam bilik bersalin. Jadi saya bersendirian melahirkan anak disamping doktor dan jururawat.
Sakit perut saya semakin kuat. Memulas-mulas.Setiap kali saya rasa nak berak (teruk betul ayat saya), saya memanggil jururawat. Apa yang jururawat lakukan hanyalah membawa bekas untuk menadah berak saya. Tapi tak juga keluar.Dua tiga kali jugalah saya memberitahu jururawat saya tak tahan ,ingin meneran. Dan pada kali ketiga itulah baru saya nampak betapa kelam kelabutnya jururawat memakai sarung tangan dan memanggil doktor.
Apa yang saya dengar waktu di dalam kesakitan yang amat sangat adalah suara jururawat berkata
"ha teranlah,tadi kata nak teran sangat" (Lihat betul tak saya kata tadi,bisanya mulut!)
Tanpa mengendahkan suara itu (kerana saya juga pejam mata)saya terus meneran sekuat hati.
"jangan angkat punggung" ada lagi yang bersuara.
(mungkin saya tidak sedar angkat punggung waktu tu).Ingat tu jangan angkat punggung,nanti koyak.
Yang menggelikan hati adalah tanpa saya sedari saya telah memegang tali pinggang seorang doktor dengan kuatnya.( yang berdiri di sisi kiri saya).Siapa suruh dia ada di situ. Tepat jam 12.01 tengah hari, 8 April 1998, saya selamat melahirkan anak seberat 3.5kg,anak tersebut ditunjukkan pada saya.Dan dia adalah lelaki. Jadi saya menahan sakit tadi lebih kurang selama 4 jam. Mungkin masa itu biasa bagi kelahiran pertama. Saya pun tak pasti. Lain orang lain pulak masa sakitnya.
Jadi saya rasa itulah pengalaman menarik! (menarik ke menyeramkan?he he he) yang dapat dikongsi buat panduan bersama. Satu lagi tabiat yang biasa saya lakukan sewaktu di bilik bersalin untuk menahan sakit,saya luruskan kaki dan menggoyangkan kaki kanan saya sambil membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya hafal. Alhamdulillah kurang rasa sakitnya.
Sekali lagi saya tak jamin jika anda mencubanya (menggoyangkan kaki tu).Tetapi dengan mengingati Allah dan membaca ayat- ayat Al Quran adalah antara caranya yang perlu dipraktikkan oleh kita umat Islam. Amin!
BABY LOOKS LIKE CONTEST HAS BEGIN! GREAT PRIZE TO BE WIN! HURRY UP! GREAT PRICE & CHEAPEST BRANDED QUALITY KIDS APPAREL HERE! U'LL NO REGRET IT!
ReplyDeleteSalam kak...
ReplyDeleteSeronok je baca pengalaman orang bersalin...tahun 1998 saya baru masuk ting 1..Macam pelik pengalaman mengandung akak..Boleh ye minum air bergas?..saya sedang mengandung anak pertama, baru nak masuk 3 bulan,.saya teringin sangat nak minum air bergas tapi bukan ke air bergas tu tak elok utk kandungan?
salam Siti...hmmm...lain orang lain caranya mengendalikan situasi 'muntah' tu...jadi pada akak waktu tu hanya air bergas sahaja yang boleh meredakan mual...memang tak baik utuk kandungan...takpe sekali sekala je..he he he...
ReplyDeleteoktober 1998 saya bersalin anak kedua. rasa nak cili je jururawat mcm tu kan. tapi ramai juga yg penyayang. patutnya bersalin biarlah suami di sisi agar tau susahnya nak melahirkan anak.. bertarung nyawa. nak tambah lagi ke? he..he..
ReplyDeletesy tgh mengandung..dh nk msuk 5 bln..mcm2 rs bdn ni..tp xrs lg tendangan bby ni..jus xslese je ngn keadaan prot yg smakin membesar..tdo ssh nk lena..hrap lahir nnt bby ni smpurna n baik budaknyer...hehe..amin...
ReplyDeletejaga-jagalah..jangan buat kerja berat,,,semoga selamat bersalin ye..
Deletekandungan sya baru nk mncecah 3bln...ini kndungan yg pertama...masalah utama sya ialah lgsg xbleh minum air 0..air2 lain pun sama...kdg2 1 hari cuma sgelas air jer bleh minum..mcmana yer..?
ReplyDeletedah cuba minum air limau nipis...saya rasa mungkin boleh selesaikan masalah awak...sebab air tu masam manis rasanya
Delete