Thursday, April 01, 2010

Belajar Memasak Dengan Mudah

Pada awal perkahwinan dan di susuli dengan umur yang masih muda, ramai lagi yang tidak mahir memasak. Saya juga salah seorang antaranya. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, anak dara tidak suka sangat ke dapur untuk belajar memasak. Mereka memang rajin ke dapur tetapi untuk menjenguk dan menjamah lauk yang sudah pun dimasak atau lebih tepat lagi dibeli diluar.

Saya juga tidak pandai memasak. Asas memasak pun tak ada. Setakat memasak nasi, menjerang air dan menggoreng telur saya pelajari setelah naik sekolah menengah. Bukan tak menolong mak memasak di rumah. Tapi tugasan saya ringan sangat waktu tu. Hanya disuruh kupas bawang, potong sayur dan yang bestnya mengacau gulai atas dapur. Itu aje lah. Selain itu tugas wajib membasuh pinggan. Maklumlah saya anak perempuan sulung. Abang yang dua orang tu agaknya tak ada dirumah,tinggal di asrama. Setahu saya saya ada dua orang adik perempuan. Tapi tak tahu ke mana diorang waktu itu. Sama ada kecil lagi atau belum wujud lagi. He he he...

Jadi saya belajar memasak sedikit-demi sedikit setelah saya berkahwin. Maklumlah kahwin pada usia yang muda. Akhirnya setelah 14 tahun berlalu saya semakin mahir memasak. Tapi tak bolehlah lawan masakan mak saya yang memang sedap. Saya kerap membeli buku masakan dan mencubanya. Tapi saya tak tiru sepenuhnya, sekadar agak-agak aja ramuannya.

Disini saya ada resepi mudah untuk dikongsi. Memang ramai yang tahu. Saya nak bagitahu pada yang tak tahu je.

Mee Goreng Udang



Bahan-bahannya:

1 bungkus mee kuning (basuhlah dan tos)

1 biji bawang besar merah (tumbuk/blender)

3 ulas bawang putih (tumbuk/blender)

2 sudu besar cili kering blender

2 sudu besar cili sos

2 sudu besar cili tomato

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis (nak hitam buh lebih lagi)

10-15 ekor udang sederhana besar

sayur sawi sikit (potong ikut sukalah)

1/2 sudu kecil garam halus


Cara-cara memasaknya:



Panas minyak dalam 6 sudu besar minyak dalam kuali. Masuk bawang merah,bawang putih dan cili kering. Goreng dalam seminit dua. Bubuh sos cili, sos tomato,sos tiram, kicap,garam dan udang. Kacau je sampai masak udang tu. Masuk mee kuning, sayur sawi. Goreng sampai sawi layu. Agak-agak dalam 2-3 minit. Masak dahlah. Cuba rasa-rasa sikit.Tak masin bubuh je kicap manis tu sikit lagi.


Ala gerenti sedap punya. Cubalah.

3 comments:

  1. "Setahu saya saya ada dua orang adik perempuan. Tapi tak tahu ke mana diorang waktu itu."

    tengok tu...adik sendiri pun tak tahu ke mana??

    ReplyDelete
  2. kan dah cakap sama ada kecik lagi atau belum wujud lagi...maknanya bukan lah adik saya itu 'pemalas' ha ha ha

    ReplyDelete
  3. aalll....susah nye kt sini xde shoutbox...

    from : anonyzone.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...