Wednesday, April 21, 2010

Kalau dia tak buat kerja.....

Setiap kali balik dari sekolah, ada sahaja cerita yang keluar dari mulut anak-anak tentang rakan-rakan disekolahlah,tentang guru di sekolahlah atau pun tentang aktiviti sekolah mereka. Anak-anak saya yang sedang bersekolah 4 orang,tetapi yang sulung duduk di asrama di sekolah yayasan pahang berada di darjah enam, manakala yang tiga lagi tu satu sekolah berdekatan dengan rumah.Tak sampai 2 minit berjalan dah sampai sekolahnya.

Yang sulung tu jaranglah nak dengar ceritanya,sebab balik pun sekali sekala. Yang tiga orang tu yang kerap bercerita. Suatu hari anak saya yang ketiga baru berumur 9 tahun, pulang ke rumah dan mula bercerita. Katanya cikgu Sazali (mungkin guru kelasnya) menyuruh mereka membuat kerja sekolah di kelas, bila ada yang tidak mahu membuatnya atau tertinggal buku di rumah, cikgunya suruh berdiri. Tapi tiba masa giliran anak saya ini cikgunya langsung tak marah. Biarpun dia tidak membuat kerja tersebut.

Dia sering menyebut cikgu tak pernah memarahinya jika dia membuat bising di dalam kelas, tetapi sebaik sahaja rakannya yang lain membuat bising, seringkali di marahi guru. Jadi mungkin menjadi cerita menarik maka diceritakan pula kepada saya. Berkerut-kerut mukanya bercerita. Seperti perkara itu terlalu ajaib padanya. He he he.Kadang-kadang lucu saya mendengarnya.

Anak saya ni buat masa sekarang masih mendapat nombor satu dalam peperiksaannya dari darjah satu hingga darjah tiga. Saya pun akui kecerdikannya berbanding dengan adik beradiknya yang lain. Mungkin sebab itu cikgunya tidak berapa kisah dengan perangainya asalkan dia masih boleh menguasai pelajarannya. Itu pendapat sayalah. Mungkin cikgu tersebut mempunyai pandangan yang lain.

Macam-macam lah anak saya ni. Bayangkan enam orang enam ragam. Fuh! Letih juga hendak melayannya.

Pesanan: Anak saya yang inilah dilahirkan songsang. Dia pun lawa juga. Sebenarnya kita tidak patut membeza-bezakan anak. Nanti dengar dek anak yang lain kecil hati pula. Layan sama rata pada semua anak-anak kita. Bersikap adil.

1 comment:

  1. Alhamdulillah anak nak juga bercerita... anak saya takkan bercerita melainkan saya tanya... Itupun kadang2 dia jwb "entahla, fahmi pun tak tahu..." kerja sekolah disiapkan kat sekolah, jadi saya tak tahu pe yang dia blajar kat sekolah(ABIM). Jarang bawa balik buku. :(

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...