Tuesday, August 23, 2011

Raya mana tahun ni?


perbualan di atas sekadar suka-suka sahaja...
Okay...Mungkin dah ada yang ambil cuti awal raya tahun ni.Walaubagaimanapun,cuti-cuti juga jangan lupa pintu rumah,suis-suis elektrik dah diperiksa,sama ada dah tutup belum,gas kat dapur tu macam mana?Dah periksa ke belum?Lama bercutikan?Dah lapor pada polis berdekatan,kata nak balik kampung?Bolehlah mereka buat rondaan sepanjang percutian anda.

Giliran rumah siapa tahun ni?Gaduh ye?Jangan gaduh-gaduh,kesian kat anak-anak.Tahun ni saya beraya rumah mak ayah saya,tapi bukan kampunglah ianya dipanggil bandar.Tak kisah.Kuala Lumpur destinasi hari raya pertama saya dan keluarga.Tahun lepas hari pertama beraya di rumah mak ayah suami di Kelantan,mereka betullah duduk di kampung.Barulah boleh panggil balik kampung.

Kalau balik Kuala Lumpur tak lah jalan sesak seperti balik kampung suami di Kelantan.(Ini untuk hari pertama cuti)

Sudah lama kami membuat penggiliran sebegini.Kami rasa ini lebih adil.Tetapi walaubagaimanapun masih ada tolak ansur jika tiba-tiba ada sesuatu keadaan yang tidak mengizinkan kami membuat penggiliran tersebut.Tetapi setakat ini masih bergilir setiap tahun.Adik beradik lain pun begitu juga,kebetulan sama pula masa penggiliran tersebut jadi setiap tahun bergilir tu dapatlah kami berkumpul bersama.Takdelah abang kat sana,adik kat sinunnnn....

Seperti biasa sempatlah kami berbuka puasa di rumah mak ayah di Kuala Lumpur.Pertengahan bulan puasa baru-baru ni,kami sudah pun pulang ke kampung suami untuk berbuka bersama keluarga di sana.Adil kan?

Okaylah,bila suami cikgu sekolah tiada masalah tentang cuti.Kalau cuti sekolah panjang,saya pun bercuti panjang.Horey!!!!

SELAMAT BERCUTI!

Pesanan:Hidup berumahtangga jika ingin kekal lama haruslah hormat-menghormati dan bertolak ansur.

Monday, August 22, 2011

Inilah antara sebab tak dapat buat kuih raya.....

Biasa 2-3 tahun lepas sempatlah buat kuih raya dalam 2-3 jenis.Tahun ni tak dapatlah buat.Kenapa?Meh saya cerita.


Kelihatan gambar ini hanya menunjukkan tilam-tilam anak-anak kecil.Seawal 6 pagi sudah siap saya bentang tilam-tilam diorang.



Kelihatan gambar ini menunjukkan tuan punya tilam sedang menikmati pembaringan yang selesa.Ini berlaku setelah 7.30 pagi.Ye lah,mak-mak diorang pergi kerja waktu tu.Tilam ni memang dibawa sendiri oleh mak masing-masing.

Dari kiri Aliesya(anak Cikgu Niena),Aidil (anak Ustazah Zuraini) dan Arissa (anakku).

Saya menjaga anak-anak cikgu,umur masing-masing 2 tahun,11 bulan termasuk anak saya 1 tahun setengah.Macam mana nak buat kuih,takut diorang juga menggentel kuih sekali.Ini baru sebelah pagi,lepas jam 12.30 tengah hari 2 orang lagi adik beradik (kakak dan abang Aliesya) pula pulang dari sekolah Tabika.
Ha!Tak ke ramai tu.Belum kira lagi anak sendiri yang lagi sorang tu si anis 4 tahun tu.Nanti pukul 2 anak-anak sekolah pula balik.Uih!Meriah!

Takpelah tahun ni tak buat pun.Takut mendatangkan masalah pula nanti,tak pasal-pasal kena kat anak orang.Siapa nak jawab?

Pesanan:Beringat dahulu sebelum terkena.

Macam mana persiapan raya?

   
Antara tempat yang sesak menjelang sambutan raya

Wah!Dah tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri.Mesti kaum-kaum ibu sibuk membuat persiapan raya seperti menghias rumah dan membuat kuih raya.

Saya pun sama seperti ibu-ibu yang lain.ingin membuat persiapan sambutan hari raya.Cuma tahun ni berbeza sedikit Contohnya tahun lepas saya awal-awal, sudah membuat kuih raya sendiri.Kalau beli pun hanya kerepek-kerepek.Tahun ni tak dapat berbuat begitu,kerana anak-anak kecil dan juga anak-anak yang saya jaga sudah bertambah.Maka peluang untuk membuat kuih terbantut.

Takpelah,saya sudahpun menunjuk kuih untuk dibeli.Ala kuih tunjuk-tunjuk.Baju raya?Hmmm...pasti tak percaya,saya masih belum membeli lagi walau sehelaipun baju raya.Kebiasaannya,awal-awal puasa saya sudah menghantar tempahan.

Masih adakah ruang masa untuk membeli baju raya.Harap-harap ada lagi saki baki baju yang cantik-cantik untuk dibeli nanti.Khabarnya jalan penuh sesak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Kerana disitulah destinasi saya akan tuju.

Anak-anak pula tidak pula meminta-minta untuk dibelikan baju raya.adakah kerana mereka duduk di Lipis ni belum merasa suasana hari raya.Ye lah,kawasan sini kecil sahaja.Takdelah 'banner-banner' jualan murah seperti di Kuala Lumpur.

Tapi yang pasti hari yang dinantikan akan tiba jua.

Pesanan:Kalau tak sempat jugak beli,pakai je lah baju tahun lepas.Bukan orang perasan pun.

Saturday, August 20, 2011

Penuhkan surau-surau dan masjid-masjid seperti malam pertama tarawih

Sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam yang bertakwa.Bukan untuk menyiapkan persiapan raya seperti menghias rumah,bukan juga untuk membuat kuih raya sehingga larut malam,bukan juga untuk membeli-belah, tetapi peluang untuk merebut malam Lailatul Qadar.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.Semua mengetahuinya.Amatlah rugi jika kita tidak merebutnya.

Bila terjadi malam Lailatul Qadar?

Seperti yang kita ketahui,malam Lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil,(21,23,25,27 atau 29) pada 10 malam terakhir.Tetapi apa yang penting pada kita adalah menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat-solat sunat dan memenuhi masjid dan surau pada setiap malam Ramadan.

Aisyah r.a berkata,"Rasulullah ber'iktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan beliau bersabda, "Carilah malam qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadan."(Hadith Riwayat Bukhari dan Hadith Riwayat Muslim)

Bertuahlah kepada mereka yang dapat mengerjakan ibadah-ibadah seperti solat wajib dan sunat,membaca Al-Quran,berzikir dan berdoa dan sebagainya dalam mengisi malam-malam terakhir.

Mampukah masjid dan surau dipenuhi umat Islam yang ingin merebut peluang malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir ini?Lihat sendiri di kawasan anda.Tepuk dada tanya iman.

Pesanan:Teringat kawan bercerita,suaminya sudah tidak bagi dia membuat kuih raya pada waktu malam,jadi dia buat waktu siang.Yelah,kuih boleh buat solat sunat tarawih tak nak buat.Macam-macam...

Peringatan untuk diri sendiri juga.


Monday, August 08, 2011

Galakkan anak-anak kecil ikut solat terawih.


Anak-anak saya yang berumur 9 dan 10 tahun begitu seronok mengerjakan solat terawih sejak malam pertama lagi.Masih belum ponteng lagi.Padahal kalau lepas berbuka boleh aje kalau diorang terus melepak tidur.Ye lah kekenyangan makan berbuka.Yang dah baligh tu memang tak tinggal jugalah mungkin segan dengan adik-adik yang bawah umur ni.

Saya sangat bersetuju jika kita latih anak-anak mengikut kita berjemaah di surau atau masjid bersolat terawih sejak dari kecil lagi.Biar mereka terbiasa dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini.Lagipun mereka perlu tahu perbezaan solat wajib 5 waktu dengan solat sunat terawih yang dilakukan sepanjang bulan puasa ini.Nampaknya mereka semakin seronok.

Cuma yang perlu kita awasi anak-anak yang lebih kecil yang berumur 4 tahun ke bawah ni.Mengikut pengalaman saya berterawih di surau kediaman saya,anak-anak ini lebih suka berlari-lari dan membuat bising.Mungkin yang sudah biasa dengan keadaan ini tidak risau,tetapi bagi yang tidak biasa mungkin dianggap sebagai gangguan kecil.Kadang-kadang terlupa rakaat,tidak kusyuk dan sebagainya.Jadi berhati-hatilah bagi mereka yang membawa anak-anak kecil ini.Tidak salah melatih anak-anak kecil ke surau atau masjid untuk bersolat.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat Terawih ini .
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.


Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Semoga iman kita semakin kukuh dan kecintaan kita pada Allah semakin kuat.

Pesanan:Boleh bawa anak kecil yang tak meragam,Saya bawa juga si kecil yang berumur setahun lebih,setakat ni tidak menganggu solat,dia duduk di bahagian belakang bersama kakaknya yang berumur 4 tahun.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...