Tuesday, August 23, 2011

Raya mana tahun ni?


perbualan di atas sekadar suka-suka sahaja...
Okay...Mungkin dah ada yang ambil cuti awal raya tahun ni.Walaubagaimanapun,cuti-cuti juga jangan lupa pintu rumah,suis-suis elektrik dah diperiksa,sama ada dah tutup belum,gas kat dapur tu macam mana?Dah periksa ke belum?Lama bercutikan?Dah lapor pada polis berdekatan,kata nak balik kampung?Bolehlah mereka buat rondaan sepanjang percutian anda.

Giliran rumah siapa tahun ni?Gaduh ye?Jangan gaduh-gaduh,kesian kat anak-anak.Tahun ni saya beraya rumah mak ayah saya,tapi bukan kampunglah ianya dipanggil bandar.Tak kisah.Kuala Lumpur destinasi hari raya pertama saya dan keluarga.Tahun lepas hari pertama beraya di rumah mak ayah suami di Kelantan,mereka betullah duduk di kampung.Barulah boleh panggil balik kampung.

Kalau balik Kuala Lumpur tak lah jalan sesak seperti balik kampung suami di Kelantan.(Ini untuk hari pertama cuti)

Sudah lama kami membuat penggiliran sebegini.Kami rasa ini lebih adil.Tetapi walaubagaimanapun masih ada tolak ansur jika tiba-tiba ada sesuatu keadaan yang tidak mengizinkan kami membuat penggiliran tersebut.Tetapi setakat ini masih bergilir setiap tahun.Adik beradik lain pun begitu juga,kebetulan sama pula masa penggiliran tersebut jadi setiap tahun bergilir tu dapatlah kami berkumpul bersama.Takdelah abang kat sana,adik kat sinunnnn....

Seperti biasa sempatlah kami berbuka puasa di rumah mak ayah di Kuala Lumpur.Pertengahan bulan puasa baru-baru ni,kami sudah pun pulang ke kampung suami untuk berbuka bersama keluarga di sana.Adil kan?

Okaylah,bila suami cikgu sekolah tiada masalah tentang cuti.Kalau cuti sekolah panjang,saya pun bercuti panjang.Horey!!!!

SELAMAT BERCUTI!

Pesanan:Hidup berumahtangga jika ingin kekal lama haruslah hormat-menghormati dan bertolak ansur.

8 comments:

  1. Rumah cik wife dulu...pas tu baru balik perak...tapi senang sikit sebab family dia dah pindah penang, dulu kelantan, letih sikit tapi best kalu balik kelantan...Tak pernah bergaduh pasal nak balik raya, masing2 dah faham( buat masa ni la selama 8 tahun kawen)hehehe

    ReplyDelete
  2. @Fadzli Amir-okaylah tu...tak baik gaduh-gaduh...tapi apa-apa pun disisi suami sentiasa...

    ReplyDelete
  3. tahun ne umah mak ila.. ila& hubby dua2 org kl. tapi time raya mak balik n.9 tgok akak sulung mak. mil pulak selalu akan balik melaka umah family aruah fil.

    ReplyDelete
  4. BABY(MAMA AMANA&ARIEF)-semoga bergembira di hari raya ni...okay jugak raya keluar dari KL kan..

    ReplyDelete
  5. tak pernah gaduh pun pasal balik kampung ni.. sempoi je masing2 ikut jadual.

    ReplyDelete
  6. @Kak Liza--ikut jadual tu yang penting...jangan terlupa lak nanti...he he he

    ReplyDelete
  7. abis nnti nopa dah akwen, nk ikut giliran yang sama cam adik badik lain ker? kecian mak ngn ayah raya berdua jek..huhuhu

    ReplyDelete
  8. eh kenalah Cik Nopa...kalau tak raya berempat je lah pulak..mana nak,raya beramai atau raya bersikit.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...