Sunday, April 22, 2012

Karenah Hospital Kita

Kalau sebut je perkhidmatan hospital kerajaan,pasti ramai yang lebih kecewa dan tak puas hati.Kalau pun yang puas hati bolehlah dikatakan mereka memang bertuahlah mendapat perkhidmatan sewajarnya.

Tak perlu bandinglah dengan hospital swasta.Kalau ada duit pergi je situ.

Saya dah lama dengar karenah pekerja dari seorang atendan,seorang misi hingga ke doktor-doktor bertauliah,pasti akan kedengaran perkhidmatan yang mengecewakan sama ada kepada pesakit mahupun kepada keluarga pesakit.

Memanglah tak dinafikan,ada juga sesetengah hospital kerajaan memberikan perkhidmatan yang memuaskan,tetapi tak banyak.Lebih banyak perkhidmatan yang mengecewakan.Saya sendiri sudah biasa dengan perkhidmatan sebegini.

Saya ni yang sibuk bercerita tentang perkhidmatan hospital kerajaan ni bukan apa,baru je tadi jiran rumah saya ke hospital kerajaan di bahagian kecemasan kerana masalah sakit puan.

Dia tiba di hospital lebih kurang jam 6 petang.Apabila hampir setengah jam menunggu,diapun dipanggil.Apa yang dia kecewakan sangat,dia ingin berjumpa doktor perempuan kerana sakitnya ini melibatkan aurat yang perlu dilihat.

Pembantu di sana bagitahu,"ala kak apa bezanya nak jumpa MA(lelaki) dengan doktor (perempuan),sama je kak" begitulah antara ayatnya.

Jiran saya pun dengan tegas beritahu "Ini masalah sakit puan,kalau ada pilihan untuk berjumpa doktor perempuan,saya nak jumpa".Setelah menerangkan sakit yang dialami,barulah dia membawa kad pesakit ke doktor.

Sakitnya adalah terdapat ketulan di sebelah payudaranya dan apabila dipicit mengeluarkan nanah.Sakitnya juga sudah hampir 3 hari.

Yang sakit hati melihat adegan berikutnya ialah,doktor yang diajukan kad pesakit tadi seolah-olah membaling kad tersebut atas meja dari pembantu yang membawanya.Maksudnya doktor macam marah kenapa nak diajukan masalah pesakit ni kepadanya.Tak nak rawat pesakit lah tu.Doktor pula tidak perasan jiran saya ada di belakang pembantunya.Dengan tak semena-mena terus berubah mukanya kerana merasakan tindakannya dilihat pesakit.

Untuk menutup malu doktor,misi pula yang mem'cover' doktor tersebut dengan berkata,

"Akak baru datangkan?kejap lagi jumpa doktor,doktor ada patient,jap lagi lah". Sedangkan tiada pun pesakit di depannya.

Jiran saya pantas menjawab "saya datang pukul 6 lagi".

Semua mata tertumpu pada jam dinding yang menunjukkan jam 6.35 petang.

"Jap lagi kita panggil,biar MA amik rekod dulu."terus misi tu jawab.

Tibalah adegan berikutnya,doktor pun tanya soalan-soalan seperti ada darah tinggi ke,kencing manis ke,berapa hari sakit.Maka jawab lah jiran saya ni semua soalan.

Doktor pun menekan-nekan sambil lewa di payudara jiran saya itu,dan mengatakan takda keluar nanah pun.Sebelum doktor pergi,jiran saya pun memicit sendiri payudaranya,dan nah!keluar nanah dari puting payudaranya.Doktor pun sempat melihatnya.

Barulah doktor cakap,"Oh yelah,nanah lah tu.Jangkitan kuman tu.Takpelah kita bagi ubat antibotik dan ubat tahan sakit"

"Jangkitan kuman datang dari mana?" tanya jiran saya ni.

"Ala datang dari mana-mana lah,rongga-rongga kulit ni pun dia boleh masuk"jawab doktor tu lagi macam malas nak layan.Jawapan macam ni budak sekolah tadika pun tahu.

"Nanti lepas 4 hari datanglah semula.Kalau kita check esok pun tak leh nak detect juga" kata doktor lagi.

Apa maksud doktor ni?Tanpa ambil sample darah atau nanah tersebut dah suruh pesakit balik?Inilah yang menjadi persoalan di kepala jiran saya tu.Atau nak tunggu hingga nanah bercampur darah baru nak ambil tindakan segera?

Temujanji pun dibuat.Dan lihat bukan 4 hari sebaliknya temujanji dibuat 7 hari.Oklah,jiran saya dalam keadaan tak puas hati,pulanglah bersama ubat yang dibekalkan.Katanya,takpelah esok dia nak cuba ke klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Susah ke nak terangkan apa yang sebenarnya berlaku?

Pesanan:Kalau rasa tak suka jadi doktor,lain kali tak susah-susah belajar jadi doktor...gaji nak tinggi,kerja malas!Menyusahkan orang je.Bukan semua doktor tau saya maksudkan.

66 comments:

  1. Sebab tu c'jai suke ke klinik atau hospital swasta...walau kena keluar duit lebih sedikit tapi perkhidmatannya cukup'menyejukkan' hati org2 yg sedang sakit..bukan kerana banyak duit sangat yg pilih swasta tu... Tapi tak semua doktor2 dn misi2 di hosp kerajaan tu yang tak bagus..mereka pun manusia biasa...Selalu jg jumpa yg baik dn bertimbang rasa... Cuma kadang2 hati kita ni tak kuat mana nk menadah kata2 yang tak indah di dengar, kalau tersalah hari...Apa pun terima kasih pd doktor dan misi se MALAYSIA..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah..susah nak cakap..kalau jumpa yang baik memang baik sangat,jumpa yang teruk,memang teruk sangat

      Delete
  2. akak pun pernah alami situasi yg sama...kalau diingatkan hampir menitis airmata...semua tu jadikan pngajaran utk akak....

    ReplyDelete
  3. Dah orang tu sakit makin sakit la jadiknya jumpa doctor macam tu..kejamnya dia..betul tu k.ida buat susah jer belajar 5,6 tahun untuk jadi doctor tapi itu gitu jer khidmat dia..huhu

    k.ida jadi ke balik hjg minggu ni?yna belah pg kena g kelas mandu..hehe..petang la bleh jumpa eyh..nt k.ida cal eyh ganer2 pung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah hanya kerana nila setiti,rosak susu sebelanga...

      ha'ah..nanti akk call yna ye..

      Delete
  4. Salam.. Eii, sakitnya hati baca entry ni. Doktor ni sambil lewa je dengan sakit org. Lain la kalo orang tu pura-pura demam ke, pura-pura sakit perut yang takde tanda-tanda langsung. Ni dah ada nanah pun masih tanak amik serius. Pastu dalam TV dok kempen-kempen, pink ribbon la, pastu kanser adalah pembunuh no 1 la. Tapi bila orang datang check buat mcm tu. Doktor tu mesti belum kawen kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kita nak khidmat sampai first class pun,hanya periksa seperti biasa,kemudian terangkan jenis penyakit yang dialami,dia doktor,tahu penyakit,kalau kita doktor,tak yah g jumpa dia..

      Delete
  5. Assalamualaikum..
    mmg tak dinafikan gitulah keadaannya..tapi sbb tak ada pilihan lain ..terpaksalah ..mmg sakit hati baca kisah diatas tu...kita kalau tak sakit mmg tak teringin nak pergi hospital kan...mg jiran yang sakit tu..dapat rawatan yg sewajarnya..dan cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap kali nak g hospital kalau sakit,macam2 dah kat dalam kepala ni,takut dilayan teruklah,takut dimarahlah...seram pulak jadinya

      Delete
  6. patut perli je sikit doktor tu, eii, saya baca pun geram. Sebenarnya saya pun pernah alami masalah hampir serupa, jumpa doc kerajaan juga, tp tidaklah kena layanan yg begitu. Dia mmg periksa seluruh payudara nak pastikan ada ketulan atau apa, dan kemudian dia kata jangkitan kuman juga. Beri ubat yg hampir serupa, tp ada tambahan air garam ke apa tak ingat. Lepas tu ok, saya tak puashati, dua tiga hari kemudian ke klinik swasata, dan hasil pemeriksaan pun jawapannya sama juga. So, kira puashatilah lepas tu.

    Kalau rasa jiran tu tak puashati, tak salah, minta pendapat doktor lain kan, pergi je daripada hati rasa tak tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi cara doktor tu check macam main-main je,macam letak-letak tangan macam tu je...kita sebagai pesakit jadi macam tak confident pulak tengok caranya...tak pelah kalau betul pun...cuma minta terangkan sepenuhnya

      Delete
  7. Kesian puan tu. Dah lah sakit, dilayan sebegitu rupa pula. :(

    ReplyDelete
  8. Nasiblah orang kelas bawahan ni....dihina sebegitu rupa..

    ReplyDelete
  9. some time.. hospital ini tak ikut.. polisi mereka.. kadang kala tunggu sampai 3jam.. baru leh jumpa doktor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang jangan terkejut pula ye...bila datang diorang boleh kata doktor takde...rupanya doktor sedang tidur kat bilik lain-kisah benar...

      Delete
  10. mmg x patut doktor ni bersikap mcm tu..tp..ye lah dia pun manusia biasa..mungkin sdg stress kot..atau dah mmg sikap dia yg x baik..x kira lh hospital mana..kdg kat hspital swasta pun ada yg agk biadab..mcm akak kata mgkin dh mmg sikap dia..cuma bila di klonik swasta mereka ni kena lh menjaga sikit..al maklum org bayar mahal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak kata apa kak...jarang benar saya tengok doktor swasta layan teruk macam ni...diorang jaga status klinik diorang tu...letih sekalipun...kawal2 lah sikit attitude tu..kita ni orang Islam..

      Delete
  11. kalau nak check buah dada kat hospital kerajaan mmg susah nak dapat doc perempuan...asyik2 kena doc lelaki....
    zabedahkptm@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah...kita tiada pilihan...kerajaan bertanggungjawab...

      Delete
  12. Malu memang teramat malu kalau terpaksa membuat tayangan percuma di depan lelaki selain suami.

    pengalaman bersalin di HKL tahun 1994 masih segar dalam ingatan, masuk je Labor Room terperanjat bila nurse suruh bertelanjang....

    dalam tu ada dalam 10-11 orang ibu2 yang hendak bersalin...sebelah katil saya ustazah sekolah rendah, sepanjang masa mengucap je ustazah tu, malu kata dia, tak sangka dorang suruh buat mcm nih..bertelanjang yer samalah dengan saya jugak bertelanjang bulat...

    doktor pulak muda2 belaka, majoriti doktor lelaki india dan singh...first time terpaksa bertelanjang bogey depan lelaki lain selain suami.....
    lepas tu serik tak pergi dah bersalin di hospital kerajaan, sanggup keluar duit ke swasta, sekurang-kurangnya bahagian yg perlu sahaja dibuka....

    pn faridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh pn...terkejut saya mendengarnya.Sepanjang saya bersalin tidak pula disuruh bertelanjang bogel begitu.Eh,macam pertama kali je saya dengar ni.Teruknya kalau begitukan..

      Setahu saya kita diberi pakaian khas untuk ke labor room kemudian hanya bukaan di bawah sahaja,itupun jika sudah hampir bersalin.Kalau saya dah lama buat repot tu.Macam ada yang tak kena je.

      Takpelah semua dah berlaku,harap-harap orang lain yang masih terkena sebegitu pada zaman sekarang,eloklah buat aduan...

      Terima kasih kerana berkongsi pengalaman puan..

      Delete
  13. saya rasa zaman tahun 2000 ke atas dah tak da dah bogel2 ni....tapi zaman 90an dan 80an mmg ada...

    kalau ada sesiapa yang ada pengalaman serupa boleh lah kita bertukar2 cerita di sini...

    pn faridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kot..elok pihak kerajaan terutamanya kementerian kesihatan ambil tahu hal ni melalui pengalaman pembaca...sekarang dah mudah mengetahui karenah staff dan hospital2 mereka melalui pembacaan seperti ini...

      Delete
  14. emm...pengalaman puan faridah sama seperti saya masa bersalin di sarawak tahun 1995...masa tu tengah posting mengajar kat sana....

    memang lah terkejut bila masuk labor room nurse tanggalkan kain yang tutup bahagian atas..terdedah habis buah dada...membulat tanpa seurat benang....malunya terpaksa buat free show kat doktor2 pelatih lelaki....

    tapi dalam labor room tu ada 8 orang lagi selain saya...semuanya tengah bertelanjang bulat...suami2 tak boleh masuk tunggu di luar sajalah...

    ReplyDelete
  15. lepas balik semenanjung, bersalin hospital kerajaan jugak, tapi cuma bahagian pinggang ke bawah terdedah...

    cuma pada tahun 2010 lepas saya check ketulan kecil di buah dada, terkena doktor lelaki jugak kat hospital kerajaan, doktor tu pakar bedah gred 54...ingatkan pergi klinik payudara dapat doktor wanita, tapi doktor lelaki tu sorang je ada...

    terpaksalah jugak membenarkan doktor tu menekan2 buah dada dan memicit puting semasa pemeriksaan.....

    lepas tu buat appointment utk mammogram..doktor lelaki jugak...terpaksa berdiri dengan hanya berseluar tanpa berbaju (topless)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish...gerun juga dengar cerita ni...rasa nak menangis je jika kena kat saya macam tu...kerajaan tak rasa sebegini,sebab mereka tak rasa...tak rasa kan...

      Delete
  16. samalah saya selalu terkena doktor lelaki setiap kali check payudara...

    ReplyDelete
  17. Ummiarissa MahdiApril 29, 2013 at 2:09 PM

    ye lah...kita tiada pilihan...kerajaan bertanggungjawab...
    Reply

    so apakah kerajaan kita sekarang ni menunaikan tanggungjawabnya? sementara nak tunggu kerajaan jalankan tanggungjawab, berapa lama lagi kita kena relakan aurat2 besar kita terdedah dah dilihat doktor2 lelaki?

    bukan setakat dilihat tapi disentuh dan dipegang... kalau periksa payudara siap ditekan2 seluruh payudara tanpa ada berlapik kulit...puting tetek turut dipicit....

    kita bukan bercakap soal aurat kecil spt perut atau tangan, tapi aurat besar wanita....faraj dan kedua-dua teteknya...

    pengalaman saya sendiri memeriksa ketulan payudara dan pengalaman semasa bersalin disambut doktor2 lelaki termasuk pelatih yang hanya tahu melihat dan menonton.....

    puan eyma

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sedih betul,begitu ramai yang terkena sebegini...eloklah kerajaan baca cerita sedih rakyat ni...ambil tindakan penyelesaian...

      Delete
  18. memang di malaysia ni bab aurat dalam pemeriksaan kesihatan tidak dipedulikan

    saya sendiri ada pengalaman memalukan semasa pemeriksaan kesihatan semasa masuk rekrut tentera

    kami semua rekrut wanita diperiksa doktor lelaki singh

    berbaris ramai-ramai menunggu giliran diperiksa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa...sedih lagi saya dengar....tolonglah kami kaum wanita ni wahai pihak yang berkenaan...tak sanggup lagi nak dengar cerita sebegini...harap kita diberi hak bersuara...

      Delete
  19. oic hangin pulak sy baca, takkan sampai 4 hari baru nak kene dtg blk .. kalau 2 hari pun dah melarat kot tau ... tak ptt btl layananan mcm tu ... tp kan sy perhatikan selalu pesakit dr pd org biasa mmg di layan mcm tu .. tp kalau org tu kerja kerajaan jugak .. elok jer dilayan .. lg² yg berjawatan ... sbb tkt kot iyerlah sama² kerja kerajaan kan ... kalau buat aduan mau kene buang sbb hospital kerajaan dia bwh kemeenterian kesihatan jer .. tak boleh nak tukar² jabatan lain.. kalau tukar pun mesti kat hospital jugak .. dah kalau melayan org tak elok baik di buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...bila asyik dengar kisah orang je...bila dengar kisah orang dekat kita baru tahu kan...

      Delete
  20. Topik ni act dh lama hangat kak..mmg ada permintaan drp rakyat supya hosp kerajaan hnya bg dr perempuan je utk smbut bersalin..tp byk DR lelaki yg jadi pakar sakit puan ni..ssh jgk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...mesti ada jalan penyelesaian...hmmm...

      Delete
  21. hmmm.....pasal tak pakai apa2 ni, sejak sekolah dulu sy dengar cerita ni...kakak sendiri kena...ramai2 dalam tu, semua begitu, kangkang, nanti doktor datang cek satu2....dah la doktor semuanya lelaki...itu zaman 90an jugak...rasanya skrg dah ok sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihkan bila kaum wanita dibuat sebegitu,seperti tiada maruah dibuatnya..

      Delete
  22. ya, mmg kakak saya cakap malu gila dia kena berbogel begitu...saya pula nasib baik bila bersalin diberi baju dan kain tutup, cuma bila masuk labor room kain dibukak, bahagian pinggang ke bawah terdedah jugak dan kena doktor lelaki jugak yang sambut baby.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat saya dengan bidan perempuan yang tolong saya waktu bersalin anak ke 6,bidan tu selagi saya belum nak bersalin dia suruh tutup bahagian bawah dengan kain,bila masa nak periksa atau dah ada tanda-tanda baru di suruh buka...

      Delete
  23. saya sangat simpati dengan ustazah di sebelah katil saya ketika itu, orangnya alim bertudung labuh, sentiasa menutup aurat, dengan satu peristiwa sahaja habis terdedah 100% auratnya...takde tutup langsung....

    saya masa itu belum lagi bertudung...tapi tetap lah malu sebab tak pernah tubuh saya dilihat lelaki lain selain suami.....

    pn faridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah Pn Faridah...kita tiada pilihan...walaupun sebenarnya kerajaan boleh beri pilihan tetapi hanya orang-orang tertentu sahaja...ke swasta kita tidak mampu,berserah sahajalah...

      Delete
  24. yang paling menyakitkan hati ialah mulut becok nurse dan matron nurse...

    kalau puan nak tahu, semasa tgh bertelanjang tu, saya ada minta dekat nurse sehelai kain untuk tutup sekurang-kurangnya bahagian tetek, lagipun bahagian itu tak terlibat dalam proses bersalin...saya cakap malulah nurse...

    tahu apa nurse tu jawap? "tak payah malu2, bukan awak sorang, masa buat tak malu pun!"

    tidak lama selepas itu, masuklah sekumpulan 6-7 doktor dan doktor pelatih (sy dah lupa jumlah sebenar), semuanya lelaki, majoriti India, ada sorang Melayu dan sorang Cina...

    mereka memeriksa setiap seorang ibu-ibu dalam labor room...tidak dapat digambarkan perasaan saya ketika itu, rasa bersalah pun ada kepada suami, kerana membenarkan tubuh saya ditonton lelaki2 lain...

    pn faridah

    ReplyDelete
  25. ustazah sekolah rendah tu di katil sebelah kiri saya, katil sebelah kanan saya ada seorang wanita melayu, dia suruh saya panggil dia Kak Hasnah....

    masa kumpulan doktor2 lelaki tu mula2 masuk ke labor room dan memeriksa ibu yang pertama, Kak Hasnah yg terperanjat kata kepada saya "Ya Allah! Doktor-doktor jantan belaka nk belek kita! Astargfirullahal azim!"

    pn faridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa sedihnya kan...saya kalau kat situ,boleh menangis rasanya...sampai hati mereka nurse-nurse buat macam tu...doktor pun tak komplen pun kan..

      Delete
    2. ohh...doktor2 muda tu semua takkan lah nak komplen pulak, dah dapat tengok free show! mata asyik tengok kat tetek je....dah lah terpampang tetek dan apam kita....

      pn faridah

      Delete
    3. hmmm....susah nak cakap,kalau orang bukan Islam mungkin kita kata iman memang tak de,tapi kalau doktor Islam takkan tak tahu batas-batasnya..

      Delete
  26. pengalaman kakak saya dan pn faridah lebih kurang sama...mcm pn faridah cakap, free show....kakak saya cakap doktor2 lelaki selalu mundar-mandir kat labor room, agaknya nak tgk free show tu lah!

    ReplyDelete
  27. isteri sy bersalin caesarian 2 thn lepas...dia cakap kena bogel jugak...cuma lepas bius tu ditutup dgn sehelai kain hijau, sehelai je....

    ada sesiapa bersalin caesar dan alami pengalaman yg sama?

    mat kedah

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. sebenarnya pengalaman check buah dada lebih memalukan dari pengalaman bersalin, sebab masa bersalin tgh sakit, tak kisah telanjang ke ape ke...

    tp masa check buah dada bukan tgh sakit atau kecemasan....check ketulan dgn doktor lelaki india, pakar bedah gred 54,doktor ni dah berumur....jadi bila nurse suruh tanggalkan baju saya ikut saja arahan nurse...

    pastu buat mammogram di bilik sebelahnya dgn doktor lelaki singh, muda sungguh doktor ni dan hensem pulak tu, doktor houseman....

    masa doktor ni masuk ke bilik mammo tu hanya sy dan nurse berada dekat mesin mammo tu....terkejut sy bila doktor yg muda dan hensem tu masuk dgn keadaan sy yg tidak berbaju, terdedah bahagian pinggang ke atas....

    kemudian doktor tu pegang buah dada sebelah kanan dan letak atas plat mesin mammo, lepas ambil gambar tu belah kiri pulak....semua dia yg buat....nurse hanya temankan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak. Saya nak share sikitlah. Saya sedar ramai yang tak puas hati bahagian aurat seperti payudara dan vagina dicek doktor lelaki. Cuma saya sebagai lelaki lagi takut nak pergi hospital berbanding perempuan. Kenapa agaknya??? Ini kerana aurat lelaki lagi teruk terdedah berbanding perempuan kerana ramai petugas hospital/klinik PEREMPUAN. Bayangkan yang tolong basuh berak dan cuci ko@# lelaki nurse perempuan yang buat. Lagi malang yang terlantar kat ICU. Puan ingat petugas lelaki ke yang tolong uruskan pesakit??? Tak ramai. Kesian kak kat kami lelaki ni... Bayangkan berapa ramai pesakit lelaki terbaring di ICU dan ditonton seluruh tubuh dan 'diraba' oleh nurse perempuan.

      Bukan nak kata tapi Itulah 'kelebihan' perempuan di bidang perubatan. Buat apa pun orang tak bising.Kalau diorang nak buat jahat siapa tahu. Kena pula lelaki kacak, nurse pun boleh terangsang. Takut ini dijadikan peluang mereka ambil kesempatan. Nampak kat luar melakukan tanggungjawab, tapi dalam hati mungkin rasa bertuah berpeluang 'menguruskan' tubuh lelaki kacak. Dapat pegang sana-sini.

      Saya tak ada niat untuk memburukkan nurse. Saya sangat menghormati nurse. Cuma lakukanlah sesuatu supaya pesakit lelaki dapat menjaga kehormatan diri. Saya ada terfikir nurse wanita ni manusia, dan benda yang menaikkan syahwat ni cubalah dielakkan. Perbanyakkan nurse lelaki, Semua tubuh pesakit lelaki perempuan nak pegang... Tak elok rasanya.

      So sekiranya aurat terdedah kerana darurat, jgnlah bersedih sangat. Kami lelaki lagi malang. Ini semua ujian ALLAH. Maruah diri tercalar dan dimalukan itu ujian dunia. Akan ada balasan baik, Insyallah. Kat akhirat cuba minta kat ALLAH buat balik macamana puan diperlakukan di dunia oleh orang atau doktor tersebut. Allah kan Maha Adil.

      Kepada lelaki yang pernah 'terkena' dengan nurse wanita samada dijadikan 'tontonan atau dipegang' atas sebab darurat,di akhirat nanti minta kat Allah jadikan nurse itu bidadari syurga yang menjadi peneman anda. NIkmatilah dia seperti mana ada diperlakukan.

      Salam

      Delete
    2. Jgn samakn lelaki Dan perempuan. Perempuan once dah Kahwin, hanya lelaki itula sahaja do hatinya. Tetapi kalau lelaki, Allah ciptakan boleh suka ramai wanita dalam satu masa.

      Delete
    3. Ayat awak minta nurse tu jd bidadari syurga sbg peneman awak pn mnunjukkn awak suka @tidak dirawat oleh nurse perempuan

      Delete
    4. Untuk pengetahuan awak, perempuan xakan terangsang tengok bhg sulit lelaki sebagaimana lelaki terangsang tgok bhg sulit perempuan. Perempuan diciptakan dgn indah. Tetapi lelaki kalau dia tunjukkan alat sulit dia pada mana2 perempuan ,boleh trauma menangis perempuan tu.

      Delete
  30. @hazratie,
    rasa saya doktor tak perlulah buat,apa guna misi yang ada,setakat nak letak buah dada atas plat mesin,misi boleh buat,doktor amik kesempatan ni...

    ReplyDelete
  31. akak, mengikut kata nurse hanya doktor yang boleh analisa gambar masa mammogram tu diambil dan doktor yg tahu operate mesin tu, nurse tak tahu....

    lagipun sy baru diperiksa oleh doc india dgn menekan2 dan memicit2...jadi alang2 dah terdedah tu biar je la....teruskan je pemeriksaan lanjut...

    nak kata doc singh muda tu ambik kesempatan saya rasa mungkin jugak, sebab masa dia pegang buah dada tu, jari dia mencuit sikit pada puting tetek...

    ReplyDelete
  32. pn hazratie, akak rasa mmg doc tu ambik kesempatan la....

    masa pn hazratie bersalin tu kat hospital mana di sarawak tu?

    pn faridah

    ReplyDelete
  33. hospital kapit, sarawak...kawasan kapit tu agak pedalaman sikit....

    soal mammogram tu, mungkin doc tu ambik kesempatan, tapi mammogram tu telah berjaya mengesan ketulan kecil dan doktor mendapati ketulan itu 'benign' dan bukan kanser....

    malu memang malu tapi apakah pilihan yang ada? sama macam waktu bersalin, apakah pilihan yang ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa doktor memang amik kesempatan,sebab saya baru je balik dari mendengar sesi penerangan tentang mamogram dari sebuah hospital swasta,hanya letak buah dada di atas mesin,selebihnya mesin yang beroperasi,misi pun boleh lakukan...wallahualam...

      Delete
  34. @pn hazratie,betullah tu sambil2 doktor amik kesempatan,saya baru je mendengar penerangan dari sebuah hospital swasta berkenaan mamogram ni,misi pun boleh buat keje tu,sebab hanya meletakkan buah dada di atas mesin tersebut,dan selebihnya mesin yang bekerja...wallahualam...

    ReplyDelete
  35. bagaimana pula dgn doktor india yang check ketulan pakai tangan tu? ditekan2 seluruh buah dada dan dipicit puting tetek? adakah dikira mengambil kesempatan?

    setahu saya itulah prosedurnya...cuma masalahnya tidak ada doktor wanita yang bertugas....tapi saya tak pasti sama ada doktor lelaki india tu patut pakai sarung tangan getah atau tidak....

    masa dia check tu dia tak pakai....

    ReplyDelete
  36. Doctor kerajaan ni gaji dia jauh lbih rendah dari doctor swasta...
    Dah kira baik doctor2 kerja kerajaan sbb sanggup korban kesenangan untuk rakyat Secara umum... stress plak tu sbb slalu kerja overtime sbb pesakit lbih rmy..

    ad doctor yg pilih kerja swasta sbb gaji n mereka kena jaga reputasi hosp Swasta.. jadi mereka dipandang lbh professional

    Setiap perkara kena dinilai dari setiap inci..... jgn stereotype kat doctor kerajaan...

    Klu doctor yg baik/ normal x pn diperkatakan tp klu yg jht tu yg sering diperkatakan..... sbb manusia sering nak bela diri.....

    Bukn slh doctor lelaki utk check perempuan.....
    Klu nk slhkan pun slahkan siapa yg membenarkan sistem ni..... doakn someday sistem akan ditukar..... doc lelaki pn lama2 dah lali tgk 'benda2' ni... tp sbgai perempuan sy pn mmg x leh elak rasa maluuuu... klu ad yg ambil kesempatan tu serhkan pd Allah yg Adil. ..


    Tp yg penting hospital kerajaan kena cuba tingkatkan budaya kerja yg lebih professional. .. walau dpt gaji rendah.. cuba ikhlas.. rqkyat x payah la expect lebih.... bersyukur kerajaan dah cuba sedaya upaya....... lets imagine yourslf in their shoes..

    Hanya pendapat sy melalui pemerhatian...

    ReplyDelete
  37. saya pun rasa macam doktor ambik kesempatan masa check breasts, macam lama je ditekan2 isi breasts dan dipicit2 puting tu.....

    pn hazratie, agaknya kenapa doktor yg buat mammogram tu 'cuit' puting tetek ye?

    puan eyma

    ReplyDelete
  38. assalam...pada pendapat saya, kalau hendak check breast tidak susah hendak mendapatkan doktor perempuan...semasa datang ke klinik or hospital kerajaan, tanya dulu doktor lelaki or perempuan yang bertugas...jika doktor perempuan ada jadi boleh buat appointment dengan doktor perempuan...mungkin ambil masa beberapa hari bergantung berapa banyak appointment yg dah menunggu...jika merasakan masa menunggu adalah lama, boleh pergi sahaja ke klinik swasta yg dimiliki doktor perempuan...bayarannya tidaklah mahal sbb hanya sekadar check sahaja...bagi org islam, wajib kita menjaga maruah dan kehormatan diri kita...kita ade byk pilihan kat malaysia ni sbb doktor perempuan memg ramai dan semua bergantung kepada diri sendiri untuk bersungguh mempertahankan maruah dan kehormatan diri dan suami bagi mereka yg dah berkeluarga...tiada istilah darurat atau tiada pilihan kerana pemeriksaan payudara hanyalah pemeriksaan semata-mata...HARAM dan BERDOSA BESAR jika kita tidak bersungguh menjaga aurat dengan melakukan pemeriksaan dgn doktor lelaki...Allahualaam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betol tu...pengalaman saya dulu ketika hendak check payudara hanya terdapat doktor lelaki sbb doktor perempuan ade kes lain...saya terus cancel dan buat appointment hari lain dengan doktor perempuan...insyaAllah kerani yang jaga buku oppointment kat kaunter tu akan catatkan appointment kita dengan doktor perempuan...mungkin ada kalangan kita yang tidak tahu bahawa kita boleh buat appointment dgn doktor perempuan...mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu tp itu bukan masalah sbb kita hanya nk buat pemeriksaan semata-mata..bukan kes kecemasan atau darurat..saya harap kaum wanita seperti saya perlu bertegas dalam hal ini kerana ini soal maruah dan kehormatan diri kite menjaga aurat terutamanya payudara dan kemaluan kita yang merupakan "aurat besar"...jika sekali sahaja maruah kita tercemar, maka seumur hidup kita akan menyesal...nasihatkan juga suami jika suami kurang ambil perhatian tentang perkara ni...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...