CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 05, 2012

Genap 2 tahun,terima kasih semua!

Bulan ini genap 2 tahun saya berblog semenjak ianya dibuka pada Bulan Mac 2010.Saya tidak pernah terfikir bahawa suatu masa nanti masa saya terisi dengan menyediakan entry-entry menarik buat tatapan semua.

Setiap hari di fikiran saya ligat memikirkan apa yang perlu di isi di dalam blog saya agar semuanya boleh membaca tidak kira tua atau muda.Walaupun niat asal dahulu berblog untuk menghasilkan wang yang cepat akibat dipengaruhi oleh orang sekeliling,kini saya lebih suka berblog untuk menambahkan kenalan dan berkongsi sesuatu yang boleh dimanafaatkan bersama.

Pada mulanya iklan Nuffnang telah memeningkan kepala saya kerana memaparkan iklan yang bersandarkan wanita berpakaian tidak sopan,kini setelah membuat permintaan kepada  Nuffnang melalui e-mel dan berbincang agar hanya iklan yang sesuai sahaja disiarkan.Maka Nuffnang menyambut baik permintaan saya.

Antara jawapan e-mail yang saya terima di atas persoalan saya tentang iklan yang disiarkan..

Regarding the matter you mentioned, we will need you to provide us a clearer information as which advertisement exactly so we can assist you further. :)

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd



Thank you for your email. :) Just allow me to explain further on the advertisement mentioned on MilkADeal. Term "Pork Free" is actually referring to the idea that the food is actually free from pork, as in there is no ingredient in that particular food. Simply put, this ad is also suitable for Muslims as well.

Hope this explanation clears your doubt. :)

Also, can I confirm with you again on your decision on wanting to remove Marie France CPC campaign from your blog? It will be ending on the 4th of July 2011 for your kind information. :)

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Nuffnang kerana memahami kehendak saya sebagai wanita muslim.Dan kini setelah 2 tahun bertahan,pendapatan saya bersama Nuffnang walaupun tidak banyak seperti blog lain,saya tetap bersyukur.

Saya juga tidak lupa kepada semua followers saya sama ada yang ikuti blog saya secara langsung atau tidak langsung,blogger-blogger yang di hormati semua yang sering meninggalkan komen di setiap entry saya atau tidak meninggalkan komen tetapi tetap membaca isi kandungannya,kamu semua telah membakar semangat saya untuk terus berblog dan memeriahkan dunia blog yang baru saya ceburi ini.

Komen pertama yang saya terima adalah dari dua orang adik saya iaitu sumijelly dan sekilass.Biasa lah tuAnak beranak sendiri.Kemudian diikuti dengan entry ini oleh pengomen Yatie Fahmi dan La Dolce Azarina.Terima Kasih.Dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan dan tahun ke tahun,kenalan saya pun bertambah.

Akhir kata,saya sangat gembira berkenalan dengan kamu semua.Semoga kita dapat berblog dengan cara berhemah dan berkongsi ilmu yang ada dengan niat yang baik.Kepada mereka yang mungkin terasa hati dengan isi entry-entry yang lepas atau akan datang,saya pohon maaf.Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas membuat kesalahan.Saya sekadar ingin berkongsi ilmu dan rasa.

Selamat Ulangtahun ke 2 BLOG UMMIARISSA!

Kebetulan hari ini 5/3/2012 Arissa anak bongsu saya genap 2 tahun,blog pun dah 2 tahun..he he he

Bersama ini saya ingin kongsikan satu entry yang pada saya sangat banyak dibaca orang sebagai panduan iaitu entry ini.Selamat membaca.

Pesanan:Sentiasa berfikiran positif...

Saturday, March 03, 2012

Apam Beras Warna Warni


Ni close up yang terbaik punya!!!

Yang ni warna suka hati nak letak,ada juga yang terkena air menitik tu..Janji sedap.

Cuba sekali memang terus jadi!Itulah ungkapan yang mampu saya ucapkan..Setelah berkali-kali mencuba pelbagai resepi apam ni,ni lah resepi yang bila saya buat terus menjadi,Gebu lagi.

Dua kali bancuhan saya buat.Bukan apa nak tengok betul ke menjadi yang mula-mula buat tu,takut kebetulan je nak menjadi.Bila buat kali kedua,menjadi lagi,barulah saya puas hati.

Sumber resepi:SINI

Tapi saya google banyak juga resepi dia lebih kurang sama,tapi yang ni resepi apam yang saya dah buat.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis (11gm)
1 1/2 cawan gula

2 cawan nasi diblender dengan 3 cawan air.(blend hancur)

Cara-cara membuatnya:

1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Nasi blender masukkan dalam bahan kering tadi,kacau rata.Perap 1 jam.Tutup dengan tuala bersih.
3.Masukkan dalam bekas apam kecil-kecil,kukus 15-20 minit,api sederhana.

*Bekas disapu sedkit minyak.
Sudah siap.Mudah bukan.

Pesanan:Kalau google resepi ni,macam-macam bahan mereka tambah.Tapi saya pilih yang senang je.

Thursday, March 01, 2012

Susulan berita tentang sahabat suami yang rentung

Susulan berita tentang kemalangan tragis melibatkan sahabat suami dan juga bekas jiran kami yang saya paparkan semalam di sini.Kali ini berita memuatkan gambar mereka sekeluarga.


Dua beranak rentung nahas


Oleh Norliza Wasilan

2012/03/01

ARMINUDIN (kiri) dan Marzuany Shuhaida (kanan) bersama anak sulung mereka, Marissa Alma.
ARMINUDIN (kiri) dan Marzuany Shuhaida (kanan) bersama anak sulung mereka, Marissa Alma.

KOTA BHARU: Seorang guru dan anak perempuannya berusia empat tahun rentung apabila kenderaan dinaiki meletup selepas bertembung pacuan empat roda malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 malam di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih, di sini, Arminudin Abdullah, 42, yang bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Marissa Alma dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Selepas kemalangan, Arminudin dikatakan keluar dari kenderaan untuk mengeluarkan Marissa Alma dari pintu tempat duduk belakang namun gagal akibat letupan yang akhirnya mengorbankan mereka berdua di tempat kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas, turut terbakar.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka terselamat dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala dua mangsa yang rentung turut dibawa ke hospital yang sama,” katanya di sini, semalam.

Isteri Arminudin, Marzuany Shuhaida Mohd Sukri, 39, yang bertugas di sekolah sama dengan suaminya berkata, arwah keluar dari rumah di Kampung Seri Kulim, Melor, bersama anak sulung jam 7 petang untuk menghantar saudara ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan kemudian mahu bertemu rakannya.

Bagaimanapun, beliau berasa bimbang apabila suaminya dan anak tidak pulang rumah sehingga jam 11 malam.
“Saya cuba telefon arwah banyak kali tetapi tidak dijawab. Saya menghubungi adik ipar dan meminta dia menghubungi hospital namun tidak ada sesiapa maklumkan ada kemalangan.

“Selepas menunggu lama, akhirnya saya dimaklumkan adik ipar jam 5 pagi tadi (semalam) mereka terbabit kemalangan,” katanya yang sebak kehilangan suami dan anaknya.

Jenazah dua beranak itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.

Seorang saksi kejadian warga Myanmar, Razak Abdullah, 30, berkata dia baru selesai menunaikan solat Isyak di madrasah tidak jauh dari lokasi kemalangan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Berikutan itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar.

“Saya hanya sempat menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Rangers berikutan api marak dengan cepat,” katanya.

Sumber:SINI

Pesanan:Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t.Al-Fatihah untuk arwah dan anaknya.

Wednesday, February 29, 2012

Mangsa Rentung Sahabat Suami Saya

Dua rentung dalam nahas di Pasir Putih


2012/02/29

KOTA BHARU: Seorang dewasa dan kanak-kanak dipercayai mempunyai pertalian darah rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang dan masuk ke lorong sebelah sebelum berlanggar dengan kenderaan lain dan terbakar.

Identiti mangsa nahas 9.15 malam tadi di depan sebuah kilang kitar semula di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih itu tidak dapat dikenalpasti kerana keadaan mayat mereka yang rentung.
Mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mayat mangsa yang terperangkap dalam Toyota Rush itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Katanya, sebuah lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas.


sumber:SINI

Gambar dari berita ntv9

Pagi-pagi saya dikejutkan dengan berita kemalangan ini.Suami saya yang memaklumkan kepada saya tentang hal ini.Memang sangat tragis kemalangan ini.Beliau yang terlibat dalam kemalangan ini adalah sahabat suami saya dan kami juga pernah berjiran seketika dulu.Namun dahulu dia tinggal bersama orang-orang bujang.

Arwah memang baik,sepanjang yang saya kenal sebagai jiran depan rumah saya.Saya jarang berbual dengannya,lagipun dia lelaki.Apabila dia berpindah dari Kuala Lipis ke Kelantan,saya tidak lagi berjumpa dengannya lagi.namun demikian,suami masih bertanya khabar jika dia ke Kelantan.


Nama penuhnya Che Arminudin Bin Abdullah yang telah pergi meninggalkan dunia bersama seorang anaknya.
Takziah kepada keluarga beliau.Al Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pesanan:Ajal Maut di tangan Allah...marilah kita bersama melipatgandakan amalan kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...