Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Thursday, February 15, 2024

SELAMAT DATANG 2024 Datang nak bersihkan rumah je...

 Bersawang-sawang blog ni ye.Tiba-tiba tuan rumah balik tengok rumah yang lama ditinggalkan.

Tahun 2019 last jenguk dan bersihkan rumah..hehehe 5 tahun tinggal.Rumput pun dah panjang2.

Nanti ada masa kita mesinlah rumput tu ye..


Sekarang orang dah ada macam-macam platform yang menarik.Lagi santai..kan

Tik tok lah yang tengah glamer sekarang ni kan...

Biarlah.Datang sini pun nak bersihkan rumah sikit2 je.

hahaha....


Tuesday, December 24, 2013

Jumpa Blogger Mia Liana di Kuala Lumpur

Saya dah lama nak jumpa Mia,blogger hebat dan disegani ramai tu.Namun jarak perjalanan dan masa yang membuatkan kesukaran untuk berjumpa.


 Mia ke KL baru-baru ini,dan kami ber sms di FB.Kebetulan saya masih bercuti di rumah mak saya di KL.Akhirnya dapat juga bertemu dengan Mia.Walaupun singkat saya rasa amat bertuah dapat berjumpa Mia.Dia lah antara blogger yang banyak membantu saya berkaitan dengan dunia blog ni.

Walaupun terlalu sekejap berjumpa,saya tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan Mia.Memang cantik orangnya.Bersih wajahnya.Senyuman pula tak pernah lekang dari bibirnya.Sangat peramah.Jika saya pemalu akan terus jadi hilang malunya bila caranya berbual seprti sudah lama berkenalan.

Inilah antara sebab-sebab utama saya masih ingin berblog,dapat berjumpa ramai kenalan.Kenalan pula berbagai cabang bidang yang mereka ceburi.Syukur dipertemukan blogger sehebat Mia.

Terima kasih sudi juga berjumpa saya ye Mia,Semoga tidak terputus di sini sahaja hubungan kita,saya doakan agar ukhwah yang dijalinkan berkekalan.Amin!Mia pun dah publish pertemuan kami di sini www.mialiana.com/2013/12/jumpa-blogger-ummi-arissa.

Pesanan: Ramai lagi blogger yang ingin saya jumpa,semoga impian saya tercapai.

Saturday, August 24, 2013

Di Majlis Perkahwinan Blogger Dkna

Cuti raya bersambung cuti sekolah banyak undangan perkahwinan.Antaranya dari blogger Dkna.Kisahnya lambat saya upload sebab memory card handphone saya hilang.Banyak gambar raya dan gambar-gambar penting lain hilang.Silapnya membenarkan anak menukarkan memory card dia,lalu dia terlupa letak mana memory card yang kecil sangat tu.

Bila saya check semula laptop suami rupanya saya sempat copy sedikit gambar-gambar dalam memory card tersebut sebelum ianya hilang.

Pada raya ke 4,saya dan keluarga menghadiri jemputan di Melor Kelantan.Kebetulan saya pula ke giliran kedua pula beraya di kampung suami,jadi sempatlah saya ke sana.Namun demikian saya tidak berkesempatan berjumpa suami Dkna atau blogger yang lain,kerana saya sampai awal.Selepas itu saya harus ke tempat yang lain pula.


Sempatlah saya bergambar bersama pengantin perempuan dan 2 dari 6 anak saya.


Pelamin anganan Dkna.....


Pengantin sibuk ni,sempat hello-hello lagi...hehehe.Tahniah ye Dkna.Masih lagi berhoney moon ke?

Pesanan:Sedih sangat memory card handphone hilang,banyak lagi gambar tak sempat nak copy kat laptop.

Thursday, August 01, 2013

Dapat duit raya dan book mark raya dari Intan Berlian

Alhamdulillah,rezeki bulan Ramadan lagi.

Blogger Ina dari blog Intan Berlian,bermurah hati memberi duit raya untuk anak-anak dengan menyertai 'Mini Giveaway #16'.Saya beri 4 orang nama anak yang berumur bawah 12 tahun.Tak sangka 2 daripadanya terpilih untuk diberi duit raya berjumlah RM5 seorang.Jumlah banyak atau sikit tidak penting,yang pastinya anak-anak pasti gembira.Bersyukur atas rezeki ini.




Book mark raya ni pun dapat dari Ina Intan Berlian juga..Cantik!Seperkara lagi yang saya baru perasan,sekarang ni setem untuk pos walaupun sekeping kad sebegini berharga 60 sen ye.Last sekali saya pos surat dulu -dulu harganya 30 sen.Lama sungguh saya tak berutus surat ni.Terlalu lama rasanya.


Terima kasih buat Ina,saya doakan semoga dimurahkan rezeki Ina sekeluarga.

Pesanan: Internet saya slow dah...lambat sikit BW rumah kawan-kawan..

Sunday, March 31, 2013

BE Nuffnang


Bolehlah setakat ni. Share dengan blog suami. Status on going ada 4 BE setakat ni.Credited ada satu.
Setakat tahun ni ada 8 BE.
Apa-apapun yang penting saya menghargai semua pembaca saya.Terima kasih semua!

Pesanan: Kadang-kadang je saya sempat check akaun earning kat Nuffnang ni.

Monday, March 04, 2013

Saya keliru atau tak faham.....ah...tanya dululah...

Campaign CPUV saya seperti gambar di bawah ni masih lagi berstatus 'on going' sejak dari tahun lepas seperti tarikh yang tertera di situ iaitu 8 Nov 2012.Saya ni bukan faham sangat tentang iklan-iklan dan kempen-kempen ni.Saya cuba bertanya dengan pihak Nuffnang untuk kepastian.

Apa masalahnya?Entahlah saya rasa macam keliru sikit,betul ke masih status 'on going',dari tahun lepas lagi.Biasa ke terjadi dengan blog orang lain?Lagipun tak gerak-gerak lagi pun amount di situ.hehehe...Manalah tau ada kesilapan teknikal ke kan.Jadi malu bertanya sesat jalan.Elok bertanya kalau nak tahu kan...

Iklan Tourism Australia seperti yang ditunjukkan anak panah hitam tu.Dia bukan selalu berkelip-kelip kat bawah tu,kadang-kadang ada,kadang-kadang tak nampak.Ni pun nampak jam 9 pagi baru nampak.


Jawapan dari pihak Nuffnang?....Ini dia....


Hehehe...saya ni masih lagi banyak tak faham tentang ni,namun demikian bila pihak Nuffnang dah memberi jawapan balas,saya rasa lega.Ini bukan salah teknikal.

Terima kasih ye Nuffnang.

Pesanan:Setiap keraguan eloklah bertanya untuk kepastian...lebih baik bertanya kan...

Saturday, February 23, 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Jom join ramai-ramai!


Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Pesanan:Sepanjang saya kenal Mia,dia memang suka membantu,jadi saya support dia.

Tuesday, February 12, 2013

Hadiah Breeze dari GA Redmummy

Saya terpilih sebagai pemenang dalam peraduan Breeze di blog RedMummy.com .Alhamdulillah rezezki saya.Dengan cogankata yang menarik ini....



“Saya memilih produk Breeze Liquid & Comfort Ultra untuk cucian saya kerana ia memudahkan kerja2 mencuci pakaian saya di mana pakaian saya menjadi bersih dengan pencuci pakaian Breeze, ditambah pula dengan bau yang harum bila menggunakan pelembut pakaian confort ultra tersebut. Ia menjadikan tugas2 harian saya untuk membasuh serta mengosok baju menjadi mudah dan senang kerana adanya 2 combinasi yang lengkap menjadikan kerja harian saya mudah dan senang.



Minta tolong adik ambilkan hadiah di pejabat Nuffnang setelah dapat email.Dan ini hadiahnya:


Bersama dengan voucher Tesco berjumlah RM30.Sudah habis pun saya belanjakan.

Pesanan;Rezeki awal tahun ni...

Blogger saudara Jejai-Semoga rohmu dletakkan dikalangan orang-orang beriman...


Adik saya memberitahu melalui telefon yang saudara Jejai (Teratakarmo) sudah meninggal dunia jam 3 petang tadi.Menurut adik saya dia sakit kanser.Salam takziah untuk keluarganya.Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.Semoga roh arwah diletakkan bersama golongan orang-orang yang beriman.









Hanya kenangan entry ini menjadi tatapan.Terima kasih sudi menjadi sahabat alam maya saya.

Pesanan:DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Monday, February 04, 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Tuah ada dimana-mana.Jika tidak cuba tidak tahu.Jom meriahkan awal tahun 2013 dengan menyertai IntaNBerlian Mega Giveaway 2013.





Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

Pesanan:Saya sibuk tak sempat update entry....sori ye..tapi sempat masuk give away sebagai sokongan...

Thursday, January 31, 2013

Maaf sibuk sangat ni!


Cuba tengok kerja saya berlambak-lambak tak siap lagi,fail-fail kat belakang tu masih perlu diteliti.Ada banyak lagi dokumen yang belum di tandatangani.Masih banyak lagi temujanji yang perlu diselesaikan.

Hahaha...Itu semua hanyalah khayalan semata-mata.Tumpang bergambar sebentar di meja suami.Saya lebih sibuk dari orang yang bekerja di pejabat.Tuntutan kerja saya tidak mengira masa.Kerana saya hanyalah surirumah sepenuh masa.

Pesanan:Memang saya sibuk sangat kebelakangan ni.Maaf ye jika lama tak jenguk anda.

Tuesday, December 04, 2012

Jumpa Blogger lagi-MJ in the house!!!

Bila saya dengar je kata ada  blogger ni nak datang Kelantan,terus saya berangan-angan nak jumpa.Kebetulan pula saya masih berada di Kelantan.

Mereka ialah Dkna dan MJ.Ada lagi seorang yang saya nak jumpa juga iaitu Noraim.Namun demikian bukan senang nak berjumpa,kerana masing-masing ada komitmen dan urusan masing-masing.

Saya bercadang nak jumpa semunya serentak dalam satu masa.Pagi yang hening saya pun menghantar mesej ke semua mereka untuk mengajak mereka bersarapan,

Dkna tak dapat join,nak bawa mak checkup di HUSM,manakala Noraim yang memang tinggal di Kelantan ada di Kajang,mungkin baru habis konvo.MJ?hmmmm....MJ tiada jawapan lagi.Saya cuba call,tidak dijawab.Saya pun hantar mesej sebab rasanya mungkin dia sibuk dengan keluarganya.Mj ke Kelantan kerana kenduri kahwin adik iparnya.Berserah atas rezeki.

Saya pun ke Pasir Mas untuk mengambil ubat suami.Akhirnya mesej saya dijawab oleh MJ.Katanya nak balik Penang dah,tapi nak singgah ke Rantau Panjang.Bila mendengar je begitu,saya pun kata kita jumpa sana jelah.Dari Pasir Mas ke Rantau Panjang dah dekat pun.

Akhirnya kami pun bertemu di suasana hujan-hujan yang menitik.Saya pun sempat berbual sekejap je.Kami bergambar bersama.Lalu kami berpisah mengikut haluan masing-masing.Memang best!Cuma hasrat nak belanja sarapan tak tertunai.Mungkin lain kali ye.Terima kasih ye MJ.Sudi juga nak jumpa saya.


 Dan di bawah ni jurukamera kami...hehehe..anak sulung saya dan adik MJ


Saya berharap dapat berjumpa blogger lain pula selepas ini.

Pesanan:Sampai lewat malam tadi di Lipis.Keletihan menaiki kereta hampir 6 jam membuatkan saya rasa tak naik naik kereta.

Tuesday, November 06, 2012

KB Burger Bakar...anda boleh cuba dulu...


Ada FB di sini.Saya tergoda bila Shaz HotFm Kelate pomote di FB nya....Lokasinya di sebelah bangunan KWSP Kota Bharu,berhadapan dengan Pizza Hut.Gerai kecil,tempahan banyak.Saya order melalui SMS je.

Saya anta mesej cam ni je: Kak Ida Pengkalan Chepa nak order burger ayam ada cheese 2 bungkus ye.Nanti dalam pukul 6pm akak amik.nanti sedap akak promote dalam blog.tq....

Kemudian dalam 6.30 saya pun bergerak pergi amik burger sayaSaya sebut nama saya dan order saya.Harganya RM7.90 sebiji burger..Berbungkus-bungkus atas meja tu,tu belum yang order kat gerai on the spot.




 Waktu ni memang terliur sangat tengok burger bakar ni....dah tak sabar nak menelannya....makan dengan suami semangat sikit....makan sama-sama...berdua-duaan...di dapur tau!Bersama air jus tembikai...he he he.


Lepas beberapa gigitan,sehingga setakat ni je saya dapat habiskan.Tak terdaya dah perut kecik ni nak melantak lagi.Nak paksa masuk,nak paksa telan....tak terlayan lagi.Akhirnya roti je habis,daging dibiarkan untuk dimakan...mungkin tengah malam karang.

Komen saya:Rasanya lebih kepada lada hitam,dagingnya tebal tetapi masak,cuma ada kesan hangus sedikit yang menjejaskan rasa daging ayam tu,sos cilinya kurang mungkin kerana sos lada hitam yang banyak,untuk anak kecil memang tak sesuai,pedas sikit...kalau mayonis dan cheesenya banyak lagi sedap rasanya.Bawangnya pun kurang,saya suka bawang yang banyak.Namun demikian saya masih boleh menikmatinya.Saya bagi 3 1/2 bintang daripada 5 bintang.

Oh ya Selamat Berjaya kepada calon-calon SPM dan STPM 2012....

Pesanan:Saya masih mencari lagi burger yang umpppphhh....masih dalam pencarian....

Saturday, October 06, 2012

Sepupu Kahwin,Blogger Kahwin,saya cuba penuhi jemputan

Hari ini (sabtu) saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya yang tinggal di Cheras Perdana.Saya bertolak jam 6.30 pagi dari Benta-Kuala Lipis,berhenti minum di Bentong dan sampai Cheras Perdana jam 9.10 pagi. 

Sepupu saya ni kini terpaksa meraikan majlis perkahwinannya tanpa mak tersayang disisi.Sedih rasanya mak su(adik bongsu mak) saya sudah lama meninggal dunia sewaktu anak sulungnya masih belajar di sekolah menengah lagi.Paling terharunya,ayahnya iaitu seorang mualaf Cina terpaksa berseorangan membesarkan 6 orang anak-anaknya.Syukur kerana paksu masih kekal dalam agama Islam.

Apa-apapun saya merasa gembira dapat meraikan pengantin baru,walaupun sekejap cuma kerana perlu bergegas pulang semula ke Kuala Lipis kerana membuat persediaan kain baju suami yang akan out station ke Taiping Perak selama 10 hari bermula esok hari (ahad).

Biasanya anak-anak dara yang pegang barang-barang hantaran ni,tapi terselit juga mak orang kat hujung sekali tu,sape lagi kalau bukan ummiarissa.Jangan salah faham ye,saya ni pegang sebab dah habis anak dara besar yang boleh disuruh pegang,kang suruh anak kecik jatuh lak barang hantaran tu.


Selesai makan je,terus saya pulang.Tapi masih ada sebuah rumah yang perlu saya cari sebagai memenuhi jemputan walimatul urus dari seorang blogger.Oleh kerana kenduri kahwinnya esok,tapi sebab tak dapat hadir,saya datang melawatnya sehari sebelum kenduri sebenarnya.

Ini dia blogger Afzalsukasuki.Saya terjah rumahnya tanpa pengetahuannya.Saya call pun setelah saya sudah sampai rumahnya.Pada mulanya dia tak berapa cam nama glamer saya di alam maya ni,namun demikian setelah berfikir dan congak mencongak..he he he..akhirnya dia cam saya.Akan merahlah muka saya yang gelap ni jika benar dia tak kenal saya...he he he..

Untuk mengelakkan orang mengata saya, untuk saya berjumpa dengannya,saya diiringi suami dan anak-anak pergi berjumpanya untuk mengucapkan tahniah untuk perkahwinannya dan seterusnya memberi sesuatu dalam bungkusan sebagai hadiah perkahwinannya....sungguh tak sangka dapat juga berbual lama sedikit.Kalau kenduri esok,mungkin tak dapat berbual mesra macam tu kan...Terima kasih ye Afzal sudi layan akak dan family.

Inilah pasangan pengantin yang berpakaian simple dan santai tanpa pakaian pengantin,sebab pakaian pengantin tu nak pakai esok(ahad).Kelihatan Afzal memeluk erat hadiah saya seperti tidak sabar-sabar mengetahui apakah kandungan di dalamnya...Isterinya yang cantik manis memunculkan diri sambil memberi goodies kepada saya sekeluarga.Terima kasih ye.

Nota:Jumpa 10 hari lagi...jangan lupa tinggal jejak..nanti saya lawat kembali...

Pesanan:Selagi dapat memenuhi jemputan jika tiada aral melintang,saya akan pergi walaupun bukan pada harinya.Mereka gembira bila diraikan.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday # 12-Baru tahu dalam comment ada spam..




Selama berblog ni tak pernah buka comment bahagian spam...ini pertama kali buka...kenapa coment masuk sini...tak publish...semalam baru publishkan komen kawan-kawan tu...waaaaaa.......minta maaf pada semua pengomen tuuuu.....

Pesanan:Patutlah biasa dengar orang kata apsal komen kita tak keluar rupanya masuk situ...waaaa sekali lagi...

Tuesday, July 10, 2012

Pemenang 1st Give Away Ummiarissa


 Ini jawapannya untuk soalan 1st Give Away Ummiarissa...apakah nama pokok ini?


Jawapannya: Pokok Buah Naga.




 Saya suruh Arissa cabutkan...walaupun hanya 4 orang sahaja,kita harus bersikap adilkan...




Pemenangnya ialah Mama Ema.Tahniah!Nanti emailkan alamat ke ummiarissa10@gmail.com ye untuk penghantaran hadiah..

Pesanan: Dah 3 minggu suami saya out station...sunyi dan rindu...

Monday, July 09, 2012

1st Give away Ummiarissa

Untuk 1st Give Away Ummiarissa- 4 jam sahaja tiada pemenang.Jadi ada peluang kedua kini......

 Ini soalan saya:Apakah nama pokok ini?

Oleh kerana hadiah tiket sudah berpindah tangan,jadi saya sediakan hadiah yang lain pula untuk sesiapa yang berjaya meneka nama pokok ini.

Sila beri jawapan di komen di bawah ini beserta alamat e-mail untuk dihubungi.Saya akan menggunakan nama pengomen, kemudian akan dicabut oleh Arissa,keesokan harinya..Kali ini dilanjutkan hingga 12 tengah malam ini (9/7/2012).Hanya seorang pemenang diperlukan.


Untuk itu,pemenangnya akan mendapat ini:


Barang perhiasan rumah

Selamat Mencuba ye!

Pesanan:Berat juga barang ni tau!

1st Give Away Ummiarissa-4 jam sahaja

Pengumuman!

Siapa nak tiket percuma ke Bukit Gambang Water Park,Kuantan Pahang?Saya nak beri 5 keping tiket ni untuk seorang blogger bertuah.

Tiket percuma ini adalah sumbangan dari adik saya sumijelly.Dia telah bermurah hati untuk memberi tiket ini secara percuma.Ini kira Give Away saya yang pertama lah ni.

Jika sesiapa berminat bolehlah tinggalkan komen di bawah beserta alamat e-mail.Itupun jika bercadang ke sana hujung minggu ni.Tarih akhir tiket ini adalah 31 JULY 2012.

Untuk yang benar-benar inginkan tiket ni sahaja.

Syaratnya mudah sahaja.Sila jawab soalan ini.

Pokok apakah ini?


Pemenang berdasarkan siapa yang menjawab tepat dan cepat.Terus saya akan e-mailkan kepada pemenang untuk minta alamat.

Hadiahnya ialah tiket ini:


Give Away ini berlangsung sehingga jam 12 tengah hari ini (9/7/2012) sahaja.Jadi selepas jam 12 tengah hari saya akan terus minta alamat dan terus poskan tiket tersebut.Namun demikian jika sudah ada pemenang sebelum jam 12 tengah hari,saya akan terus beritahu di entry berikutnya.

Mudah je kan.

Ok dah jam 12 tengah hari...tiket sudah berpindah tangan.Maaf banyak-banyak terpaksa menamatkan segera hadiah ini...

Pesanan:Sila semak semula pemenang yang diumumkan selepas jam 12 tengah hari.

Friday, July 06, 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize~~


Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize




Wah macam-macam contset sekarang ni.Hadiah pula macam-macam.Jom join GA Cik Buaya ni.

senarai hadiah:
1. Kamera Lomo with film worth RM50++ 
2. Miss Rose Make Up Pallete worth RM50++
3. Topup bernilai RM50
4. Wang Tunai berjumlah RM50


Saya pilih hadiah no 4.Wang Tunai berjumlah RM50 jika terpilih sebagai pemenang.

Tag 3 orang:
1.Cik Rose Cute
2.iizza
3.MJ

Ada lagi hadiah tambahan:

5 orang yang bertuah akan dimasukkan dalam bloglist cik buaya dan menerima hadiah saguhati iaitu topup RM5 sorang

tarikh tutup: 12 Ogos 2012 


Wednesday, July 04, 2012

Wordless Wednesday # 11-Memang Salah Sumijelly

Dah lama menanti hadiah dari  contest CikLilyPutih....baru dapat hari sabtu baru-baru ni dari Sumijelly...Hampeh!!!

Nota:Sumijelly tu adik saya...orang dah bagi lama kat dia..dia boleh peram dulu..

Pesanan:Entry contest tu pun dah lupa...ada nak dekat sebulan lebih rasanya...teka nama makanan...dodol

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...