Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts

Wednesday, October 02, 2013

Berhati-hati mengendalikan makanan di kenduri kahwin,dah ada yang mati makan di kenduri kahwin.

Berhati-hatilah dalam mengendalikan makanan untuk sesebuah kenduri.Benda macam ni lah kita paling takutkan terjadi.Kejadian yang berlaku di Sungai Petani (Tanjung Dawai) perlu diambil perhatian.Kita rasa dah berhati-hati tetapi malang tidak berbau.

Boleh baca berita selanjutnya di SINI,SINI dan SINI Takziah kepada keluarga mangsa.

Bila melihat kepada punca kejadian,dikatakan ayam yang telah digoreng semalam,disimpan pada suhu bilik untuk dimasak masak merah esoknya,saya teringat dengan jiran saya yang tertinggal semalaman 2 ekor ayam dalam bonet keretanya.

Gambar makanan sekadar hiasan je ni,takde kene mengena dengan cerita...

Habis berbau seluruh kereta.Saya lihat ayam tu memang masih elok,tak lebam pun,takde warna biru pun tapi baunya nak termuntah.Mula-mula rasa sayang,jadi saya suruh dia rebus balik.Jadi dia blender serai,sapukan di seluruh ayam dan kukuskan.Memang baunya tak hilang.Bila saya sendiri baupun dah nak muntah,saya buangkan je.Nasib baik saya tak makan.(ada hati nak masak ayam tu..hehehe)

Bahayakan.Sayang makanan pun tengok-tengoklah ye,kalau sampai membuatkan orang lain sakit kita juga yang susah.Hati-hatilah ye.

Pesanan:Tapi tu lah bila melibatkan bilangan yang banyak,kalau buang rasa rugikan,apa-apapun semoga cerita ni menjadi pengajaran kepada kita.


Thursday, May 09, 2013

Hiasan bilik pengantin yang ringkas.

Cuti baru ni ramai juga yang mengadakan majlis perkahwinan.Saya sempat mengambil gambar bilik pengantin.Saya suka dengan hiasan yang ringkas dan warna yang lembut.

 Ini yang sempat saya ambil





Diharap dapat memberi sedikit inspirasi buat bakal-bakal pengantin.Cuti sekolah tak lama lagi,dah ada pun jemputan kahwin yang perlu dihadiri.Mudah-mudahan dapatlah dipenuhi jika tiada aral melintang.

Pesanan:Mesti bakal-bakal pengantin berdebar-debar menanti saat-saat indah dalam hidup....Tahniahlah!

Monday, May 06, 2013

Apam polkadot dari Anna Delights



Saya kenal pemiliknya pun bukan rapat.Kami kenal sekadar melalui blog dan pernah berjumpa sekali sahaja.Ceritanya ada di SINI.Anak buah suami saya di Kelantan bakal berkahwin hujung bulan Mei ini.Maka saya terus menghubunginya bila dapat tahu dia mengusahakan bisnes apam ni.

Kebetulan dia juga tinggal di Kelantan,lagi mudah untuk saya menempahnya dan terus dihantar ke rumah  pengantin kelak.Saya balik mengundi baru-baru ni,saya tempah 100 biji.Untuk percubaan merasa sebelum saya nak beri buah tangan kepada bakal tetamu nanti.

Alhamdulillah tidak mengecewakan.Sebenarnya saya juga berkemahiran membuat apam ni,(boleh lihat SINI)tetapi kerana kesuntukan masa dan tiada kakitangan yang akan menolong,lebih baik saya tempah sahaja.

Kalau anda juga berminat untuk menempah boleh ke FB Anna Delights.Boleh juga ke blog beliau di SINI

Selamat Menempah..

Pesanan:Keputusan PRU 13 memihak kepada BN,semoga semua pihak dapat menerima dengan hati terbuka.

Wednesday, November 21, 2012

Keluarga asal jangan dilupakan

Bergambar bersama keluarga paksu

Ini cerita sambungan untuk paksu saya.Kali ni undangan perkahwinan nank perempuannya pula.Kali ni lagi best ceritanya.

Ini menurut cerita mak saya.Mak paksu dulu selepas bercerai dengan suaminya berkahwin dengan orang Melayu.Jadi dalam keluarga paksu hanya tiga orang yang masuk Islam iaitu maknya,kakak dan dirinya sendiri.Jadi adik beradik paksu masih kekal dengan agama asalnya.Namun demikian mak paksu dah meninggal awal tahun ni(kalau tak silap),ada juga anak-anaknya yang lain datang menziarahi jenazah.

Kemudian baru-baru ni,kahwin anak perempuannya,datang salah seorang adik beradik paksu berbangsa Cina ke majlis tersebut,saya pun ambil kesempatan snap gambar mereka.Bukan mudah nak berkumpul sebegini.Walaupun kini mereka berlainan agama,namun demikian mereka masih ada ikatan darah sedaging dan masih adik beradik.Kakak paksu datang bersama anak perempuan dan 2 orang cucu.


Saya bergambar bersama pengantin dan adik beradik saya...

Apa yang saya tersentuh,mereka masih berhubung lagi,dengar kata mak,kalau sambutan Tahun Baru Cina,paksu pergi juga menziarahi kakaknya.Dan dia tahu apa yang perlu dihidangkan kepada adiknya yang sudah beragama Islam.Seronok saya mendengarnya.Semoga suatu hari dibukakan hati mereka dengan Islam.

Moral of Story:Kita sebagai orang Islam harus menghormati semua kaum.agama dan menunjukkan sikap yang baik seperti yang dituntut oleh Islam.Dari sinilah kita dapat menakluk hati mereka agar sayang pada Islam.

Pesanan:Indahnya Islam jika mereka benar-benar menghayatinya.


Saturday, October 06, 2012

Sepupu Kahwin,Blogger Kahwin,saya cuba penuhi jemputan

Hari ini (sabtu) saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya yang tinggal di Cheras Perdana.Saya bertolak jam 6.30 pagi dari Benta-Kuala Lipis,berhenti minum di Bentong dan sampai Cheras Perdana jam 9.10 pagi. 

Sepupu saya ni kini terpaksa meraikan majlis perkahwinannya tanpa mak tersayang disisi.Sedih rasanya mak su(adik bongsu mak) saya sudah lama meninggal dunia sewaktu anak sulungnya masih belajar di sekolah menengah lagi.Paling terharunya,ayahnya iaitu seorang mualaf Cina terpaksa berseorangan membesarkan 6 orang anak-anaknya.Syukur kerana paksu masih kekal dalam agama Islam.

Apa-apapun saya merasa gembira dapat meraikan pengantin baru,walaupun sekejap cuma kerana perlu bergegas pulang semula ke Kuala Lipis kerana membuat persediaan kain baju suami yang akan out station ke Taiping Perak selama 10 hari bermula esok hari (ahad).

Biasanya anak-anak dara yang pegang barang-barang hantaran ni,tapi terselit juga mak orang kat hujung sekali tu,sape lagi kalau bukan ummiarissa.Jangan salah faham ye,saya ni pegang sebab dah habis anak dara besar yang boleh disuruh pegang,kang suruh anak kecik jatuh lak barang hantaran tu.


Selesai makan je,terus saya pulang.Tapi masih ada sebuah rumah yang perlu saya cari sebagai memenuhi jemputan walimatul urus dari seorang blogger.Oleh kerana kenduri kahwinnya esok,tapi sebab tak dapat hadir,saya datang melawatnya sehari sebelum kenduri sebenarnya.

Ini dia blogger Afzalsukasuki.Saya terjah rumahnya tanpa pengetahuannya.Saya call pun setelah saya sudah sampai rumahnya.Pada mulanya dia tak berapa cam nama glamer saya di alam maya ni,namun demikian setelah berfikir dan congak mencongak..he he he..akhirnya dia cam saya.Akan merahlah muka saya yang gelap ni jika benar dia tak kenal saya...he he he..

Untuk mengelakkan orang mengata saya, untuk saya berjumpa dengannya,saya diiringi suami dan anak-anak pergi berjumpanya untuk mengucapkan tahniah untuk perkahwinannya dan seterusnya memberi sesuatu dalam bungkusan sebagai hadiah perkahwinannya....sungguh tak sangka dapat juga berbual lama sedikit.Kalau kenduri esok,mungkin tak dapat berbual mesra macam tu kan...Terima kasih ye Afzal sudi layan akak dan family.

Inilah pasangan pengantin yang berpakaian simple dan santai tanpa pakaian pengantin,sebab pakaian pengantin tu nak pakai esok(ahad).Kelihatan Afzal memeluk erat hadiah saya seperti tidak sabar-sabar mengetahui apakah kandungan di dalamnya...Isterinya yang cantik manis memunculkan diri sambil memberi goodies kepada saya sekeluarga.Terima kasih ye.

Nota:Jumpa 10 hari lagi...jangan lupa tinggal jejak..nanti saya lawat kembali...

Pesanan:Selagi dapat memenuhi jemputan jika tiada aral melintang,saya akan pergi walaupun bukan pada harinya.Mereka gembira bila diraikan.

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday # 9 Cenderahati dari Pengantin Baru


Satu untuk lelaki,satu untuk perempuan,
Isi gula-gula,anak tukang makan,
Terima kasih atas jemputan,
Semoga berkekalan.

Pesanan:Tak dapat hadir atas sebab tertentu,tetapi tidak lupa ucapkan tahniah dan beri hadiah.

Monday, November 28, 2011

Kenduri Kahwin di Kuantan

Saya memang sangat sibuk dalam minggu ni.Selepas selesai satu urusan di Kelantan,saya pulang ke Kuala Lipis kemudian menghadiri kenduri kahwin di Chegar Perah pula sabtu 26/11.Esoknya saya ke Kuantan pula menghadiri perkahwinan sepupu di Jalan Bukit Setongkol.Selesai disitu,saya bergegas ke Temerloh pula menghadiri satu lagi majlis perkahwinan adik kepada jiran saya.Fuh!Memang perjalanan yang letih.

Saya ingin bercerita tentang perkahwinan sepupu saya iaitu anak kepada arwah abang mak saya.Saya memang harus menghadirkan diri,kerana sepupu saya sudah bergelar anak yatim sejak kecil lagi.Arwah pak long saya meninggal dunia akibat sakit jantung.Kini yang menguruskan anak-anak adalah mak long.

Sudah kebetulan di Kuantan saya tergerak hati untuk menghantar mesej fb kepada blogger yang di Kuantan macam kak ni-arianasstorys.blogspot.com.Tapi bukan rezeki agaknya,mesej saya tak berbalas.Takpelah mungkin lain kali.

Jomlah tengok sebahagian gambar kahwin sepupu saya.

Sepupu saya yang lelaki..katanya pasangannya juga orang Pahang.

Saya pun turut bergambar di meja pengantin.


Antara kenalan dan saudara mara yang hadir

Cuti sekolah bermula walaupun hujan tak menentu,kenduri tetap berjalan.Kena plan betul-betul biar tak bertindih hari dan waktu majlis kahwin yang sama.

Pesanan:Kalau sesiapa rasa nak jumpa saya hantar je kat email saya.Bolehlah berjumpa kalau kebetulan kita di tempat yang sama.

Monday, September 19, 2011

Jumpa blogger lagi...

Blogger Teratakarmo  bersama keluarga (saya tudung hitam tu ye)


Kalau bukan ada majlis-majlis atau kenduri-kenduri kahwin ke,susah juga kan nak bertemu bloger-blogger ni.Baru-baru ni,bertempat di Meru,Klang sempena menghantar adik perempuan ke rumah pengantin lelaki pula,saya bertemu dengan seorang blogger ni.Ini pun kenalan dari adik saya juga.

Blogger.teratakarmo salah seorang blogger popular gitu.Ada ke dia kata saya femes ames...saya baru lagilah dalam dunia blog-blog ni....Dia dan group adik saya lagi femes ames.

Sebenarnya,dia ada juga datang waktu jemputan pengantin perempuan (rumah kami),tetapi dek kerana lewat sampai,makanan pun dah habis.Katering punya tak sabar,dah siap berkemas lagi.Jadi oleh kerana dia duduk area Klang(menurut kata adik),dia jemput lagi.Bolehlah makan dengan puas.Terima kasih ye tegur saya,saya sibuk nak bergambar dengan pengantin,tak sedar dah siapa yang datang.

Bergambar bersama pengantin  dan adik 

Apa-apa pun selesai majlis di pihak pengantin perempuan dan lelaki membuatkan hati saya sangat lega.Semuanya berjalan lancar

Pesanan:Sila abaikan jika anda ternampak saya semakin berisi dan makin tembam,proses menurunkan berat badan sedang berlangsung.

Wednesday, September 14, 2011

Nasi Lemak pun sedap ni....

Nasi lemak dari rumah...

Hmm..pagi-pagi masak nasi lemak pun sedap. Anak-anak boleh bawa bekal ke sekolah. Yang saya rajin sangat nak buat nasi lemak ni bukan apa...telur kenduri kahwin adik baru ni ada banyak lagi lebih.Jadi dah masak sambal telur,esoknya saya buat nasi lemak pula.Kebetulan bahan-bahan nak buat nasi lemak ada jadi terhasillah nasi lemak.

Mudah je nak buat nasi lemak.Ada santan,telur rebus,timun dan ikan bilis,jadi je nak buatnya.Sambal tu buat je macam nak buat sambal telur saya tu,sedap je rasanya.Nasi lemak tu sukat santan macam sukat air cam biasa,letak garam sikit,bawang hiris ,halia sikit.Tak letak pun tak pe.Bubuh santan dan garam je naik je bau nasi lemak tu.Ada daun pandan letak sehelai dua...jadilah.
Tak susahkan.Orang dah biasa buat main redah je.Saya buat untuk keluarga saya je bolehlah..buat untuk orang ramai kecut perut juga.

Akhirnya habis juga telur rebus tu.Jadi tidaklah berlaku pembaziran.

Pesanan:Alhamdulillah,rezeki makanan sentiasa ada...

Sunday, September 11, 2011

Majlis perkahwinan adikku selesai sudah...dan tambahan jumpa bloggers!


Saya sudah pun selamat tiba semula di rumah Kuala Lipis.Setelah berbulan-bulan merancang perjalanan dan perbelanjaan perkahwinan adik bongsu saya,akhirnya sabtu 10 september 2011 menjadikan impian adik saya bergelar isteri termakbul jua.Lega hati ini apabila semuanya berjalan dengan baik dan lancar.Walaupun cuaca yang tidak menentu,kadang-kadang hujan kemudian berhenti,kemudian hujan semula,kemudian cerah tetamu yang diundang tidak putus-putus datang ke majlis tersebut.

Terima kasih kepada semua yang menjadikan sejarah perkahwinan adik saya menjadi kenangan terbaik untuknya.Saudara mara,rakan-rakan yang hadir diharap berpuas hati dengan layanan dari kami sekeluarga.Maklumlah dengan tetamu yang ramai,mungkin ada merasa tidak sempurna layanan kami,kami mohon maaf.

Adik ipar orang Meru,Klang.Minggu depan majlis bertandang ke sana pula.

Jom lah tengok gambar pengantin.


Gambar kami sekeluarga bersama pengantin,gambar kecil anak ke2 yang tidak dapat hadir kerana ada kelas tambahan untuk periksa UPSR.

Pada majlis hari itu juga saya berpeluang berjumpa dengan blogger-blogger yang turut dijemput oleh adik saya itu.Saya ni macam kakak Siti Nurhalizalah,Siti Saida menumpang glamer adiknya...he he he


Bersama kak redmummy...berlaga perut ni..


Bersama kakinakl....sila abaikan tudung saya yang senget tu,(sibuk sangat saya hari tu)




Lama kemudiannya,datang lagi seorang blogger iaitu ciklilyputih bersama suaminya(maaf jurukamera tak pandai amik gambar)Jadi gambar suaminya tak nampak.Jangan marah ye...

Akhir sekali dengan blogger lelaki pula iaitu eyriqazz bersama isteri dan anak.Turut ada didalam gambar adalah  
sumijelly(adik saya) dan pengantin sekilass(si bongsu).

Semua blogger-blogger ni dijemput oleh adik saya,ada yang saya dah lama follow blog mereka,ada juga yang baru je saya follow.Ada lagi blogger-blogger yang lain,tapi adik saya je kenal.

Saya pun sibuk sangat waktu tu,nak makan dengan tenang pun susah,baru 2-3 suap dah kena panggil dah nama saya.Sudahnya,sampai habis makanan,tak dapat saya berulang makan.Yang terlewat datang,saya dan kakak ipar terpaksa masak lauk lain pula.Kami mohon maaf banyak-banyak jika ada terkurang.

Semoga perkahwinan mereka bahagia selamanya...Amin!

Pesanan:Sekarang saya menumpukan perhatian kepada anak bakal periksa selasa ini.UPSR oh UPSR!

Thursday, September 08, 2011

Hati berdebar-debar minggu ini...

Hati saya berdebar-debar atas dua perkara dalam minggu ni.Pertamanya adalahkenduri kahwin adik saya , yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini di rumah ibubapa saya di Kuala Lumpur.Saya berharap perancangan kami sekeluarga untuk majlis yang kami cadangkan secara bersederhana akan berjalan dengan baik dan lancar.

Anak yang bakal periksa dan adik yang bakal kahwin

Malang bagi saya tidak dapat balik awal untuk menguruskan perkara-perkara lain di saat-saat akhir akibat 'kerjaya' saya menjadi pengasuh anak orang.Apabila perkara ini terjadi saya menjadi sedikit ralat,tapi saya harap keluarga memahami.Ye lah, bila anak yang saya jaga datang dari 2 keluarga berlainan susah untuk saya mencari pengasuh 'bidan terjun' untuk  menjaga anak-anak mereka.Kalau kerja pejabat sama macam tak dapat cuti lah.he he he...Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan sesiapa.Jadi jalan terakhir yang dapat saya lakukan adalah pulang ke rumah mak sebaik sahaja anak pulang dari sekolah hari jumaat ni.

Perkara keduanya anak perempuan  yang akan menghadapi peperiksaan UPSR (Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah).Terasa macam saya yang nak ambil periksa tu,maka saya jugalah yang menonton channel 601 yang memaparkan tuisyen UPSR siaran Astro.Saya rasa budak-budak sekarang sangat bertuah,kerana terlalu banyak punca ilmu yang boleh mereka dapati dengan mudah.Internet,tv semuanya ada.Tidak seperti zaman saya sekolah rendah dahulu,terpaksa menyelak buku teks semata-mata,buku rujukan pun tak ada.Belajar sendiri.Lulus juga.Sepatutnya mereka zaman ini lebih cemerlang.

Semoga semuanya berjalan dengan baik.

Pesanan:Saya sudah buat yang terbaik semoga mendapat yang terbaik juga.

Monday, June 06, 2011

Majlis Kahwin Sepanjang cuti sekolah....

Okay...bermula dari 28 hb Mei dah mula cuti sekolah kan.Masa ni lah undangan majlis perkahwinan berkad-kad dapat....perginya tak tentu lagi...ye lah kalau ada hal lain atau bertindih tarikh terpaksa pilih salah satu.Setakat ni hanya sempat menghadiri 3 majlis perkahwinan.Satu di Kuala Lumpur, dua di Kelantan.

Yang ni di Kuala Lumpur...Sepupu berkahwin dengan orang Negeri Sembilan...

Kalau kat bandar tempahan katering sangat popular...
Kek bertingkat-tingkat menjadi pilihan.....harganya mesti bertingkat-tingkat jugakan...
Makanan katering bermacam pilihan...harga?..hmmm sendiri pikirlah kalau duk KL ni...
Biasa bunga manggar,sekarang jadi gula-gula manggar...satu kelainan...
Pengantin sekarang ada pengapit kecil gitu....


Yang kedua di Kelantan...anak saudara suami berkahwin dengan orang Melaka...


Yang ni sangat popular di Kelantan...pulut di bentuk untuk dijadikan hantaran....
Makan beradab mesti ada....walaupun secara kampung....
Di kampung-kampung kerja gotong royong masih berjalan....macam mesin kelapa...
Sibuk di dapur....
Memasak di luar rumah....seronok tau....

Kenduri kahwin yang ke 3 di Machang.Kawan suami,waktu nak balik Lipis kami singgah.Itupun dah lewat pukul 6 petang baru sampai.Pengantin pun dah salin baju.Tiada adegan bergambar dapat dirakamkan.

Pesanan:Kebanyakan sekarang di kampung-kampung dibuat kenduri kesyukuran je...bukan kenduri kutip duit.Kan lebih elok meraikan pengantin sambil mencari pahala.

Wednesday, February 16, 2011

Jom tengok...

Kenduri kahwin yang dibuat 2 hari berturut-turut telah menyebabkan kami suami isteri jatuh demam.Tetapi setelah makan ubat sudah pun beransur pulih. Maklumlah perjalanan yang jauh,menyebabkan keletihan yang amat melanda diri kami.

Berikut sambungan kenduri kahwin sepupu lelaki yang telah diadakan di sebelah pihak perempuan dan keseokan harinya di sebelah pihak lelaki.Waktu kat sebelah pihak lelaki ni lah saya rasa letih sangat,kerana tak putus-putus jemputan yang hadir,maka saya pun terkejar ke sana-ke mari menyelesaikan masalah tempat duduk yang penuh.

Tema merah hati di sebelah pihak perempuan...(buat di PPR Cochrane,KL)


ada silat
makan beradap

cenderahati
yang kecik tadi cawan kecil,yang kotak besar tu..ni ha...kek marble..


Ni sebelah lelaki tema Jawa style...(buat di Dewan Semenyih,Selangor)


Cantik gak pakaian Jawa ni

Makan beradap..

cenderahati...yang kecil tu ada telur...yang kotak tu..isi gula-gula dan cokelat air vitagen dan buah pala kering...

Pesanan:Perut kenyang senang hati,badan letih tiada siapa yang tahu...

Saturday, February 12, 2011

Kenduri Kahwin sepupu lagi..

Sekarang ni saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu lelaki.Maka pada hari ini saya dan keluarga sudah siap seawal jam 7 pagi lagi untuk bertolak ke Kuala Lumpur dari Kuala Lipis.

Awal juga kami sampai.Sekarang ni sedang berkumpul di rumah pengantin lelaki untuk menghantar rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan di PPR Cochrane.Katanya selepas Zohor.

Nantikan sambungannya.



Ni gambar sewaktu bertunang. Tengok...anak muda sekarang,baru bertunang je dah bergambar berdua...atau gambar superimpose ni...he he he(saya amik gambar ni kat komputer dia..)

Pesanan:Esok kenduri rumah lelaki pula...lepas tu terus balik ke Kuala Lipis....banyak kerja nak buat..waaa....

Sunday, February 06, 2011

Kenduri terakhir sebelum pulang....

antara hidangan yang disediakan..say no to catering...he he he

Memang cuti sekolah @ cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni,dihabiskan betul-betul menghadiri kenduri perkahwinan.Setiap hari dari hari khamis,jumaat dan sabtu memang makan di kenduri sahaja.Tak masak langsung!

Kenduri terakhir sebelum kami pulang semula ke Kuala Lipis adalah perkahwinan pengantin lama pakcik suami saya.Pengantin lama merujuk kepada perkahwinan antara duda dan janda yang telah lama hidup solo.

Seperti biasa kerja gotong royong rancak berjalan lancar dan kenduri pun sekadar menjemput saudara-mara terdekat sahaja.Maklumlah pengantin sudah berusia.Tak perlu besar-besaran.

kelihatan pengantin perempuan serta rombongan sedang menikmati hidangan..
kenduri di kampung masih mengamalkan kerja gotong-royong memasak sendiri..

Pesanan: Uniknya berkenduri di kampung,kerja gotong royong masih diamalkan,walaupun sudah ada sesetengah tempat hanya menggunakan khidmat katering...

Thursday, February 03, 2011

Kenduri Kahwin hari khamis?

sanak saudara berkumpul..

Saya sekarang berada di kampung suami bercuti selama 3 hari di Kelantan.Sebaik sahaja selesai majlis pertunangan adik saya,(rujuk entry ini)saya bergegas pulang ke Kuala Lipis.Kemudian pulang ke Kelantan hari rabu.

Hampir 99 peratus barang-barang dalam rumah lama telah selamat dipindahkan di rumah baru.Rujuk entry ini pula.Satu peratus lagi ialah belum menyerahkan kunci rumah kepada Pengerusi Kuarters.

Saya sampai ke Kelantan jam 12 tengah malam selepas bertolak dari Kuala Lipis jam 5 petang.Biasalah singgah makan dulu.

Menurut adik ipar saya ada kenduri hari khamis (hari ini) di Guntong,Terengganu.Biar betul kenduri kahwin buat hari khamis.Tapi memang betul.Sepupu suami (perempuan)berkahwin pada hari khamis.Ringkas dan meriah.


mesti nak bergambar dengan pengantin..

Pesanan:Majlis kahwin yang ringkas dan tidak berlaku pembaziran amat dituntut dalam Agama Islam.Macam tak percaya kenduri kahwin buat hari khamis,kebetulan semua sedang bercuti Tahun Baru Cina...jadi percayalahhhh...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...