Monday, May 06, 2013
Apam polkadot dari Anna Delights
Saya kenal pemiliknya pun bukan rapat.Kami kenal sekadar melalui blog dan pernah berjumpa sekali sahaja.Ceritanya ada di SINI.Anak buah suami saya di Kelantan bakal berkahwin hujung bulan Mei ini.Maka saya terus menghubunginya bila dapat tahu dia mengusahakan bisnes apam ni.
Kebetulan dia juga tinggal di Kelantan,lagi mudah untuk saya menempahnya dan terus dihantar ke rumah pengantin kelak.Saya balik mengundi baru-baru ni,saya tempah 100 biji.Untuk percubaan merasa sebelum saya nak beri buah tangan kepada bakal tetamu nanti.
Alhamdulillah tidak mengecewakan.Sebenarnya saya juga berkemahiran membuat apam ni,(boleh lihat SINI)tetapi kerana kesuntukan masa dan tiada kakitangan yang akan menolong,lebih baik saya tempah sahaja.
Kalau anda juga berminat untuk menempah boleh ke FB Anna Delights.Boleh juga ke blog beliau di SINI
Selamat Menempah..
Pesanan:Keputusan PRU 13 memihak kepada BN,semoga semua pihak dapat menerima dengan hati terbuka.
Labels:
Apam,
apam polkadot,
Kenduri Kahwin,
Tempahan,
tetamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah BN...
ReplyDeleteselalunya kalau ada kenduri tempah dari rakan atau jiran jawapannya...
lama tak buat apam polkadot...
hah...menempah juga...
Deleteasyik tgk jer . sesekali nak gak cuba ... alhamdulillah bn menang . mudah2an malaysia trus harmoni sampai pru14
ReplyDeletecubalah buat sekali,mudah je
DeleteSusah ke nak buat apam tu. nak kena tompok tompok. Rasanya sama ja kan .:)
ReplyDeletecuba buat sekali,mudah je..
Deletetq k.ida :)
ReplyDeleteok....sama2...
DeleteHa ah, ummiArissa pun pndai buat apam ni kan? Penah tgk awk post dulu kt blog.
ReplyDeleteye...tapi masa tak de je...tu yang tempah je tu..hehehe
Deleteassalam ida..kalau akak malu lah nak terima tempahan, sbb ida sendiri pun pandai..hehe
ReplyDeletecomel2 dan nampak sedap !
ReplyDeletekak na...
ReplyDeletewalaikumsalam...memang reti buat,tapi apa salahnya kita bantu rakan-rakan lain pula kan...takde salahnya...hehehe
KA,
kalau kreatif boleh corakkan lagi,lagi comel...kalau pandai gabung warna pun lagi menarik..