Sunday, May 19, 2013

Makan Malam RM15


Setiap hari Sabtu ada  pasar malam berdekatan tempat tinggal saya iaitu di Benta.Kalau rasa malas nak memasak untuk makan malam,saya beli je kat pasar.

Saya lihat tak banyak pilihan makanan di pasar malam sini berbanding pasar malam di rumah mak saya di Kuala Lumpur.Lagipun kawasannya pun taklah besar sangat.Jadi sesuai untuk pengunjung pasar malam yang tak ramai sangat.

Kalau beli,saya selalu beli ikut apa yang semua keluarga saya boleh makan.Jadi tak akan berlaku pembaziran.Namun demikian makanan yang saya beli ni hanya untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak makan.Kalau 3 orang anak saya yang duduk asrama balik,memang tak cukuplah banyak ni.Kos pun bertambah.

Sekadar berkongsi makanan di pasar malam tempat saya.Mungkin kat tempat lain lebih banyak pilihan dan mungkin berbeza harga setiap makanan.

Pesanan: Kalau balik KL saya nak cari popiah basah.Lama tak makan.

21 comments:

  1. jaa pun kengkadang suka gak tapau makanan kat pasar mlm, sbb murah sikit berbanding beli kat restoran. plus lagi ada byk pilihan...hehehhehehehe...


    www.jaakechik.com

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak pegi pasar malam..sbb selalu ari2 balik lewat macam mana pun tetaplah saya ni bersilat memasak di dapur.ari minggu pulak, balik umah mentua tapi tak masak pun sbb master2 chef dah cukup kuota..heee heee heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kena pergilah sekali sekala...tapi tetap memasak jugak kan....

      Delete
  3. sesekali tapau kat luar apa salahnya . saya lbh suka beli makanan yg tak boleh aka susah aka tak reti nak masak sendiri kat umah ...

    ReplyDelete
  4. Klu saya gi pasar mlm..30hinggit sekali habis..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha itulah...saya pun tak boleh bawa banyak duit kalau ke pasar malam,kadang-kadang terlebih berbelanja..hahaha

      Delete
  5. lama dh x g psr mlm ni..slalu port bila malas masak...wajib ke psr mlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ...kat sana lagi macam-macamkan pilihan makanan...sedap-sedap pula tu...

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Walau apa pun hakikatnya sekarang memang kalau boleh berjimat baik berjimat dgn keadaan ekonomi sekarang. Semuanya serba mahal... apa juga yg kita makan memang kena duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakak..kena kerja lebih nak beri anak-anak makan berkhasiat..

      Delete
  8. semua barang pun mahal skrg, kdg mls nak membeli.. tp kalau dah lapar pg jugaklah pasar malam...

    ReplyDelete
  9. sllau husband yg pegi pasar malam..bahaya kalau dia yg pergu huhu..beli yong tau fu jer dah atas RM10 aihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang tak banyak mana pun RM10,tapi harga satu-satu tu yang mahal kan...

      Delete
  10. suka beli ikan/ayam bakar/percik kat pasar malam..nak buat sendiri tak berbaloi..suka jugak beli putu mayam,putu bambu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kak sebut tu...semua saya suka...waa...sedapnya...

      Delete
  11. ni da dikira murah tau...popia basah mmg best kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah ke...ok ok je...popia basah tak jumpa lagi ni...huhuhu

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...