Kalau pulang ke kampung suami di Kelantan pasti selalunya hujung minggu,biasanya hari Jumaat petang bertolak tengah malam baru sampai.Jadi selalu jugalah saya buka siaran radio
SuriaFM.Memang lagu-lagunya syok kalau dengar masa duk dalam kereta.Kena pulak buka tingkap,angin menerpa masuk,saya bayangkan seperti dalam video klip gamaknya...hahahaha (berangan)
Biasa kalau sebelah petang DJ Linda Onn lah selalu berkumandang dalam segmen nya
Ceria Petang Di Suria. Celotehnya yang bersahaja dan pertuturan yang lancar,memang sedaplah mendengarnya.Bila tiba tang iklan,selalu sangatlah saya dengar iklan tentang mentega kacang SunBear ni.Kadang-kadang saya dan suami saling berpandangan sambil tersenyum.Kami tak berkata apa-apa.Entahlah biarlah diri kami sendiri yang mentafsirkan dalam hati masing-masing.Yang mana pernah dengar iklannya,boleh tahu kot.Takde apa-apa pun yang pelik tau.Saja je..
Dek kerana saban hari kalau terbuka je siaran ni,ada je iklan ni,semalam saya terpengaruh juga nak pergi mencarinya di pasaraya rumah saya.Hasilnya saya beli perasa terbaru mereka mentega kacang bercoklat tu.Anak-anak memang suka apatah lagi kami mak ayahnya.hehehe...Memang sedaplah.Rupanya iklan yang keluar banyak-banyak kali ni,antara penyebab orang ramai nak mencuba produk mereka ni.Betul tak?
Yang bagusnya tentang SunBear ni ianya ada tanda Halal Jakim dan juga pengeluar produk ini iaitu
Syarikat Delima Oil Products Sdn Bhd dimiliki oleh orang Islam.Kalau bukan kita orang Islam nak sokong siapa lagikan.Siap ku promote lagi ni.
Ok cerita lagi pasal SuriaFM.Satu lagi siaran SuriaFM yang saya dan suami suka dengar pada tengah malam bila berada di dalam kereta ialah
Suria Cinta bersama Dj Lin.Tak boleh tahan dengar suara Dj Lin yang mendayu-dayu dan romantis pada tengah-tengah malam tu.Heheheh,kadang-kadang dengar celoteh pendengarnya yang meluahkan masalah pun buat saya dan suami saling berpandangan dan senyum-senyum.Macam-macam rupanya masalah cinta diorang ni.
Panjang betul entry ni ye,korang skip je lah kalau malas nak baca.Tak de penting mana pun.
Pesanan: Laju roti rumah ni habis dek penangan mentega sunbear...hahahaha...