Sunday, December 14, 2014

Mee Tarik Warisan Asli di Sg Besi

Dinamakan mee tarik, sebab mee yang dihasilkan sendiri.Mee yang diuli dan ditarik.Setiap kali pelanggan buat pesanan menu mee,kat situ juga mee tersebut diuli dan ditarik panjang.

Inilah istimewanya mee tarik dan tarikan ke restoran ini.Kita boleh lihat sendiri chef menguli dan menarik panjang mee.

Terletak di kawasan yang sedang membangun di belakang pasar basah Sg.Besi,Kuala Lumpur.


Saya telah diperkenalkan restoran ini oleh sahabat baik saya sewaktu kami di ITM,Shah Alam,tatkala kami lama tak berjumpa.Sinilah tempat yang menarik baginya yang telah lama mengunjungi restoran Cina Muslim ini berkali-kali


Selain mee,nasi juga tersedia untuk mereka.Berjenis-jenis nama menu mee dan nasi dalam buku menu untuk anda memilihnya.Dan awas memang sedap dan pedas tau!.

Harganya yang berpatutan,kalau sesekali nak berubah angin makan,bolehlah mencuba datang ke restoran Mee Tarik Warisan Asli.

Pesanan:Dah lama saya tak ke Sg Besi,banyak dah perubahan berlaku.

10 comments:

  1. Bapak pernah gi yang cawangan di Padang Jawa (Seksyen 16), Shah Alam..

    kalu malam, punyalah ramai. kena berebut meja..hihi..biasanya pukul 9.30 malam, mee tarik dah habis..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke bapak....wah..memang dah terkenal ye restoran ni..ada banyak cawangan dah...saya je baru tahu...

      Delete
  2. sedapnya... dah lama teringin nak pergi, tapi tak dpt pegi lagi. Belum rezeki lg.

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan, kuah dia nampak cair je kak.sedap tak kak?rasa apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tapi pedas sikit...kuahnya memang cair

      Delete
  4. baru semalam adik ipar saya cerita tentg mee tarik kat chinese muslim restoran.. katanya sedap.. kat shah alam.. Kat sungai besi pon ada? lg dekat .. singgah sini je laa.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya cawangan dia banyak dah...saya pun baru pergi sekali je ni

      Delete
  5. Replies
    1. Tu lah...biasa tengok kat tv diorang buat mee tarik..tak sangka dapat cuba masakan chinese muslim ni

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...