Sunday, March 31, 2013

BE Nuffnang


Bolehlah setakat ni. Share dengan blog suami. Status on going ada 4 BE setakat ni.Credited ada satu.
Setakat tahun ni ada 8 BE.
Apa-apapun yang penting saya menghargai semua pembaca saya.Terima kasih semua!

Pesanan: Kadang-kadang je saya sempat check akaun earning kat Nuffnang ni.

Latih anak menderma ke dalam tabung masjid



Anak-anak kalau dari kecil di ajarkan perkara yang baik-baik,mudah je diorang ikut.Kalau macam saya yang sering bermusafir kerana perjalanan yang jauh ke sesuatu tempat,pasti masjid atau surau yang terhampir saya singgahi.

Dikala ini,bila kita ke masjid atau surau pasti ada disediakan tabung masjid untuk sesiapa menderma.Disamping mendapat pahala yang berterusan,semoga perjalanan kita ke destinasi mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t.

Sebenarnya,saya dah jarang sangat bawa beg tangan kalau masuk ke masjid untuk solat.Saya tinggalkan aje dalam kereta dalam keadaan tersorok.Kini berbagai beg kain sembahyang boleh kita beli untuk dimasukkan kain sembahyang kita.Kalau kita berhabis wang yang banyak membeli beg tangan,janganlah lupa beg kain sembahyang kita pun perlukan beg yang khas.

Dulu-dulu rajin juga saya lihat beg kain sembahyang hanya menggunakan plastik biasa je.Kini ramai yang menyimpan kain sembahyang dalam beg khas.

Okay berbalik kepada latih anak menderma di tabung masjid.Saya akan pastikan ada beberapa Ringgit Malaysia (RM) disimpan dalam beg kain sembahyang saya.Jadi bila saya sudah selesai solat,saya minta anak-anak masukkan beberapa RM didalam tabung masjid atau surau.Jika ada dua ,dua-dua saya cuba masukkan.Anak-anak waktu ni walaupun masih kecil,memang suka.Lama-lama menjadi tabiat.Jadi bila nampak tabung derma kat masjid (diorang pun dah kenal rupa tabung dan tempat biasa yang diletakkan),pasti minta duit untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut.Lihat!Berhasilkan....

Sekarang ni mencuri dah tak kira tempat,dalam masjid Allah pun berlaku kecurian.Jadi risiko membawa masuk beg tangan ke dalam masjid memang tinggi juga.Selipar buruk pun kena kebas,apatah lagi kasut lawa-lawa.kan kan kan...

Pesanan: Janganlah berkira sangat jumlah yang hendak didermakan,yang penting ikhlas dalam mendapatkan ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

Thursday, March 28, 2013

Bila jari diketuk lesung...Sakitnya!!!!

Sakit!Itulah yang dirasakan....Apatah lagi lesung itu memang dihentak kuat kerana ingin memecahkan air batu beku didalam sebuah bekas.Hanya kerana kepanasan,air sejuk sangat-sangat dialu-alukan ketika ini.Maka tindakan yang mungkin terlalu terburu-buru rupanya membawa padah.

Sakitnya ibu jari diketuk oleh lesung bukanlah dari perbuatan orang lain,tetapi dari perbuatan sendiri.Sakitnya hanya empunya diri sahaja yang merasakan.Ianya memang tak berbekas.Sakit dalaman.

Saya lah tu yang kena.Nak cepat punya pasal,nak ketuk ais beku,terkena ibu jari yang memegang bekas tersebut.Sakitnya makan sehari baru sembuh.Tapi kerana anak-anak,terpaksa juga merasa kesakitan itu sendirian.Mohon kepada Allah agar diredakan kesakitan itu.

Jadi dalam hidup ni kita kena berhati-hati.Kadang-kadang kita kena ingat,kesilapan masa silam seseorang jangan dibuat mainan tayangan wayang sama ada dalam percetakan atau dalam bentuk tayangan.Hari ini aib orang ditayangkan,aib orang yang kita baca...Kalau kena aib dan salah kita didedahkan,menggelupur kita.

Kesilapan masa silam,biarkan ianya berlalu,jadikan sempadan dan teladan untuk masa hadapan.Kita harus berubah menjadi orang yang lebih baik dari semalam kita.Yang pasti kita sudah berubah,kalau pun orang masih ingin berkata-kata tentang kesilapan silam kita,biarkanlah.Kita dah rasa sakitnya,masih boleh bertahan,bertahanlah....Berserahlah kepada Allah.s.wt.

Pesanan:Aduh!memang sakit lah kena ketuk lesung tu...

Tuesday, March 26, 2013

Wordless Wednesday # 21 - Peti ais kosong


Hari ni hari selasa...jangan keliru ye!!!!
Pesanan:Ni dah cuti sekolah,kena beli lauk banyaklah,anak-anak balik berkumpul.

Friday, March 22, 2013

Hari-hari kerja saya delete spam...


Inilah kerja saya hari-hari.Selalu dapat komen anon yang terus masuk ke kotak spam.Saya kena delete.Semua komen anon dalam bahasa Inggeris ni langsung tiada kaitan dengan entry saya.Yang saya pelik tu,asyik entry yang sama je dia komen.

Ada tak cara nak elak perkara begini?Tolong saya....Dah letihlah hari-hari kena delete.Kalau tak delete panjang berjela....

Pesanan:Memang mengganggulah...

Thursday, March 21, 2013

Nampak ramai tapi sikit je!

Kalau orang tanya,"berapa orang anak?" saya jawab,"6 orang". Ramainya.....itulah antara kata-kata dari orang luar kalau saya beritahu anak 6 orang.Sikit lagi tu saya rasa,ramai lagi yang ramai anak di luar sana.Tapi rata-rata saya lihat anak-anak kawan tak ramai,setakat 4 orang yang paling ramai.


Ramai nampaknya kalau ketika mereka kecil.Memang nampak sorang situ,sorang sana,sebab lahir rapat-rapat.Tapi tu waktu kecil.Tapi bila dah besar,tak nampak mana ramainya anak tu.Kalau sorang kat bilik,sorang kat dapur,2-3 orang main luar,macam tak ramai kan.

Saya ada 6 orang anak.(Itu terkini ye tahun 2013).Kalau ada rezeki lagi,Amin kan je..
Semua bersekolah kecuali yang bongsu.Maknanya 5 orang bersekolah.Daripada 5 orang tu,3 orang tinggal di asrama,Seorang di Kota Bharu,Kelantan dan 2 orang di Kuala Lipis,Pahang.Daripada 5 bersekolah tu,2 sekolah menengah selebihnya sekolah rendah.


Tinggallah 3 beradik perempuan.2 orang bersekolah seorang tinggal bermanja dengan saya dirumah.Kalau semua bersekolah,tinggal saya berdua je dengan si bongsu,sunyi tau.Sebab tu saya jadi pengasuh.Ada lah rakan untuk bermain dengan anak saya.hehehe..

Jadi mana ramainya?Cuti sekolahlah baru dapat berkumpul sekali.Sekali sekala kami pergi bercuti.Banyak kerja berat ringan bila sama-sama membantu.Untung tak ramai anak?

Pesanan:Kena standby beli lauk banyak kalau semua dah balik,biasa masak sikit bila tak ramai.

Wednesday, March 20, 2013

Waktu kecil dulu saya minum susu ni je

Saya baru je selesai berbual dengan mak di telefon tadi.Walaupun saya tinggal jauh (saya di Benta,Pahang,mak ayah pula di Kuala Lumpur) dengan mak ayah,kami akan selalu berhubung melalui telefon.Inilah caranya saya mengeratkan hubungan sesama kami.

Biasanya topik perbualan antara saya dan mak adalah masakan,hal-hal agama(kalau mak kebetulan baru balik dengar ceramah agama semalam mak mesti bercerita),hal anak-anak(ni nak cuti sekolah sibuklah tanya saya bercuti mana),kemudian tak ketinggalan hal politik.Ye hal politik pun mak bercerita dengan saya.Ada lagi satu hal artis pun mak banyak tahu tau,kalau ada artis tu sakit ke,meninggal ke,dia lak bagitau saya dulu,ye lah sebab saya tak sempat nak tengok tv dan dengar beritapun.


Tadi mak bercerita lagi.Kali ni kisah saya kecil-kecil dulu.

Mak: Tadi Norfa telefon.(Norfa-adik bongsu saya).Dia kata anak dia tak boleh dah minum susu mahal.Mak pun bagitaulah,abang kau dulu susu lactogen,angah dulu susu Dumex,kak Ida dulu (saya ler tu)...

Saya: Ala susu cap junjung kan..(saya terus menyampuk)

Mak: Ha'ah (ketawa suka mak)

Saya: Siapa mak yang suruh mak bagi susu tu?(saya cuba mengingatkan cerita mak,sebab mak pernah bercerita hal ni kepada saya dulu)

Mak:Ala ada saudara mak.Mak tegur,sihat anak kau,tembam,kau bagi minum susu apa?Dia cakap ala susu cap junjung jer.Itu yang mak bagi kau minum susu tu.Sampai sekarang wan (arwah nenek) kau tak tahu.

Tu yang tiba-tiba nak buat entry pasal susu ni.



Saya rasa susu nilah zaman dulu-dulu mak guna.Sekarang dah macam-macam jenis susu.Tapi orang sekarang kalau bagi susu ni kat anak kecil mereka,mesti sakit perut.Mak saya bagi waktu kecil okay je.Besar jugak saya...heheheh


Tengah saya cari-cari image susu tin ni,ada jugak terselit gambar adik saya sedang memegang susu tin.Ni adik saya yang juga blogger Sumijelly tu.Yang ke 4 dalam adik beradik 5 orang.Bawah saya ler tu.Apa motif dia pegang susu tu tak tahulah.

Korang macam mana?Ada ke mak ayah beri susu ni.Mungkin waktu dulu,kami susah susu ni je lah mampu nak beli berbanding susu tin berjenama tu.

Pesanan:Bersyukur dua anak terakhir saya menyusu penuh susu badan.

Tuesday, March 19, 2013

Laptop ASUS untuk update entry



Ni lah laptop suami yang sering saya pinjam untuk update entry terbaru.Tu pun dapat pakai sebelah malam.Kalau siang saya pakai komputer compaq kat ruang tamu tu.Sekarang ni anak-anak tak balik asrama lagi,tak lah berebut sangat.Nantilah cuti sekolah,berebut-rebutlah diorang adik beradik.

Guna laptop suami ni senang sikit,gambar semua dah ada situ.Gambar-gambar lama semua tersimpan di situ.Berbanding komputer depan rumah,asyik hilang je gambar bila kena servis baru.Mengong sikit komputer tu.

Tapi apa-apapun setakat ni sebelah siang komputer depan rumah tu lah saya pakai.Yelah laptop suami dia bawa ke tempat kerja.Sekarang ni hampir semua rumah dah ada komputer kan.Semua dah mahir,tak payah hantar kelas komputer.Dulu waktu sekolah rendah dan menengah saya masuk juga kelas komputer.Tapi belajar asas je lah.Belajar menaip.

Sekarang ni bukan saya yang ajar anak-anak,anak-anak lak tempat saya bertanya.Lucu pulak.Ye lah dulu saya tak belajar internet ni.Dah jadi mak orang baru pandai nak buka internet.

Pesanan: Dah nak mula cuti sekolah ni.Elok saya update entry banyak-banyak.

Tip Panjang Umur

Semua orang nak panjang umur.Banyak alasan kenapa semua nak panjang umur.Antaranya nak lihat anak-anak membesar,berkahwin,nak banyakkan lagi amal ibadah,nak cari pahala banyak-banyak dan banyak lagi.

Ibn hajar juga menyebut tentang satu hadis;ketika mana disebut hadis berikut di hadapan Rasulullah SAW: "Sesiapa yang ingin dikemudiankan ajalnya (dipanjangkan umurnya) dan diluaskan rezekinya,maka hendaklah dia bersilaturrahim." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a.) maka Rasulullah SAW bersabda : "ia bukan bermaksud dilewatkan ajal,tetapi ia bermaksud seseorang lelaki diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya." (Riwayat at-Tabarani)

Jadi sesiapa yang mahu umurnya 'panjang' (umur maknawi),maka hendaklah:


  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu yang diperoleh itu kepada orang lain,secara lisan atau tulisan
  • Banyakkan sedekah jariah iaitu bentuk sedekah yang orang boleh manfaatkan untuk tempoh yang panjang,seperti sedekah untuk kerja membina atau membaiki sekolah,madrasah,masjid,jambatan,jalan ,tandas awam dan seumpamanya.
  • Didik anak-anak menjadi soleh dan solehah.Dengan kesolehan mereka,Insya-Allah mereka akan selalu berdoa untuk kedua-dua orang tua.Mereka juga akan rajin menyedekahkan pahala amalan kepada orang tua yang sudah meninggal dunia.
Di sini,'umur maknawi' si hamba itu Allah panjangkan walaupun umur kalendar atau umur biologinya telah sampai ke garis penamat.Dengan kata lain ,allah memberkati umurnya hingga umur itu menjadi panjang walaupun singkat.

Sumber:Majalah Anis Ogos 2012.

Jadi bila Allah dah beri kita umur yang panjang janganlah kita mensia-siakan dengan membuat perkara yang boleh menambahkan dosa.Kita patut bersyukur dengan umur yang masih bersisa ini,Allah masih memberi peluang untuk kita membuat segala kebaikan untuk bekalan kita di sana nanti.

Pesanan: Peringatan untuk saya sendiri dan kawan-kawan...ingat kita manusia yang mudah lupa.

Monday, March 18, 2013

Dapat berehat sekejap pun jadilah


Bila kita mempunyai masa rehat yang cukup selepas seharian bekerja,memang kesihatan kita pun cergas.Sekalipun banyak kerja yang perlu dibuat,rehat memang perlu.

Sekali sekala nak juga merasa diri ni dilayan bak puteri...hahaha...putera mana nak layan ek...

Cantik tak tempat bersantai tu?Kalau ada kawasan luas di hadapan rumah,cantik juga diletakkan di situ.Saya ambil gambar tempat bersantai ni di sebuak sekolah di Kuala Lipis.Cantik pula saya tengok.Atas tu tak ada bumbung agaknya kalau masa hujan dan panas terik tak bolehlah bersantai di situ.Kalau gantung pokok macam pokok orkid pun cantik ni.

Berangan saya nak buat satu kalau ada rumah sendiri nanti.

Pesanan:Kena kreatif kalau nak cantik kan kawasan rumah kan.

Janganlah aibkan orang tu,dia kan dah berubah...

Bila kita lihat kawan kita dah berubah,janganlah aibkan mereka.Kalau nak cerita semua keburukan mereka sebelum berubah menjadi yang lebih baik,memang lah tak adil namanya.Tapi kalau kita nak bercerita untuk kebaikan berpada-padalah juga.

Saya kadang-kadang kecewa dengan sikap orang kita yang selalu rasa tak senang bila lihat orang lain berubah menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.Contohnya,bila kita dah tak nak join group lepak diorang petang-petang kat luar,mulalah cakap yang bukan-bukan.Bersangka baik lah.Mungkin ada sebab yang munasabah menyebabkan orang tu tak mahu join kita lepak bersama.

Cepat sangat kita menilai orang,walaupun tak pasti lagi sebab-sebabnya.Pernah saya bertanya seorang kawan,kenapa lama tak nampak keluar,katanya sejak suaminya pesan jangan lagi berkumpul berbual-bual di situ lagi,dia pun tak keluar.Dia pula takde pula menceritakan sebab-sebabnya.Mesti ada sebab yang kukuh suaminya tidak mahu isterinya bergaul bersama dengan jiran-jiran yang sering berkumpul petang-petang..Suaminya ingin yang terbaik,mungkin itu yang terbaik.

Ini contoh saya kaburkan gambar kawan-kawan yang sudahpun menutup aurat.

Kawan-kawan yang dulu tak menutup aurat,kini berubah ingin menutup auratnya,maka janganlah kita sibuk bercerita hal keburukannya.Sibuk bercerita dulu dia ni sekian sekian....bla bla bla...Sepatutnya kita bersyukur kawan kita ingin berubah.Lagi satu,tak payahlah lagi nak keluarkan gambar-gambar sewaktu dia masih belum menutup aurat sama ada di FB (Facebook) atau Twitter atau mana-mana tempat yang orang lain boleh lihat.Jagalah maruah kawan kita yang dah berubah tu.

Sebab tu bila saya nak imbas kenangan lalu,banyak gambar lama kawan-kawan saya kaburkan,sebab mereka dah menutup aurat.Seperti di entry SINI

Sibuk mencari salah orang lain,salah kita siapa nak lihat?Betullah orang kata,nak tahu sikap seseorang...lihatlah dengan siapa dia berkawan.

Pesanan:Cukup-cukuplah kita menfitnah,mengaibkan orang...tak takut azab Allah ke?

Sunday, March 17, 2013

Hari minggu yang penuh

Hari sabtu menghadiri perkahwinan anak perempuan Doktor Klinik Hijrah di Kuala Lipis,Pahang.Isteri doktor yang dikenali sebagai panggilan Kak Zie,juga memiliki pusat kecantikan  adalah juga kenalan saya.


Ke Raub disebelah petangnya.Singgah ke klinik 1 Malaysia yang sibuk orang perkatakan sana sini.Saja je nak cuba masuk.hehehehe


Nasib baik hari tersebut tak ramai orang.Saya nak ambil ubat selsema je,namun kena jumpa MA juga.Bayaran RM1 yang saya bayar sama harga dengan ubat yang saya ambil berharga RM1 untuk 10 biji.


Waktu ni memang kosong,5 minit kemudian makin ramai pula yang datang.Layanan?Biasa jer.


Sebelum ke klinik tu,saya singgah di Butik Tudung Assyaima.Saya menemai jiran ke sana untuk membeli keperluan mereka.Macam-macam jenis tudung.Assyaima ni ada menjual tudung online.Saya rasa lebih puas hati memilih sendiri di butiknya dari membeli online.

Banyak pilihan.Tapi tudung size X dan XL simple je designnya.Kalau size S dan M...berlambak kau mengerlip-ngerlip.Pilihan di tangan anda.Cantik dan menutup aurat perlu diutamakan.

Pesanan:Sekejap je rasa cuti hari minggu.Esok Isnin bermulalah rutin harian bekerja.

Thursday, March 14, 2013

Harga makin mahal,jumlah makin kurang....



Dah lama saya tak beli biskut marie ni.Tergerak hati nak membeli bila saya asyik rasa lapar je petang-petang.Biskut ni kalau cicah air teh o panas atau milo memang sedap ni.

Saya beli 3 bungkus.Buat stoklah.Anak saya ramai 3 bungkus pun tak cukup diorang ni.Saya pun buka bungkusan.Dalam bungkusan tu biskut tu tak penuh.Ada 'gap' di tengah-tengah yang memisahkan jarak biskut tu.Fuh!harga dah lah makin naik.Dulu beli RM2.50 pun dapat.Penuh lak tu.Sekarang ni jangan mimpilah dapat murah.Keluarga saya ni sepatutnya beli biskut dalam tin besar tu,yang kedai jual timbang tu.Barulah cukup.hahahaha

Lihat anak panah dalam gambar tu,kalau takde 'gap' tu maulah 3,4 keping muat lagi masuk situ.Macam kena tipu je rasa.Apalah salahnya penuhkan je bekas tu.Tapi mungkin 3,4 keping tu kalau kumpul-kumpul boleh buat sebungkus lagi biskut kan.Gitulah agaknya fikiran pengilang biskut tu kot.

Nasiblah.Tu baru kita tengok biskut,makanan lain camne?Ada tak harga makin mahal,jumlah makin kurang.

Pesanan:Harga barang meningkat,kos sara hidup meningkat.

Wednesday, March 13, 2013

Ibu-ibu yang sudah ada tanda melahirkan...jangan abai solat...

Ada seorang pembaca majalah Anis bertanyakan soalan sebegini:

Soalan:

Saya telah dimasukkan ke hospital kerana tanda awal bersalin,air ketuban pecah diikuti darah selepas sehari.Tiga hari di wad sebelum induce,saya solat seperti biasa.Tetapi di sana,saya mendapati majoriti ibu mengandung yang sihat (belum sakit hendak bersalin) tidak mengerjakan solat.Apakah hukumnya ustazah?Saya keliru.Ada yang mengatakan apabila keluar darah tanda bersalin sudah tidak boleh solat,benarkah?

Jawapan:

Nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.Darah yang keluar sebelum melahirkan anak satu,dua atau tiga hari sebelumnya merupakan tanda-tanda hampir melahirkan anak.Darah tersebut bukan darah nifas.Jadi apa yang puan lakukan itu adalah betul.

Ingat tu,kadang-kadang ramai yang keliru, mengatakan bila dah keluar tanda untuk melahirkan,semua dah mula tak solat.Sedangkan dia masih belum bersalin,duduk dalam wad biasa, boleh berjalan seperti biasa.kerana masih belum dimasukkan ke 'labour room'.

Jadi terpulang kepada kita untuk menyesuaikan keadaan jika masih boleh bersolat seperti biasa.Islam itu mudah,buatlah ikut kemampuan.

Pernah terjadi kepada saya,oleh kerana saya perlu dipantau dekat dengan jururawat sewaktu saya mengandung,tak boleh berjauhan dari jururawat,tak boleh tinggalkan katil,nak ke tandas perlu pembantu,saya pernah solat di atas katil wad (solat duduk) dengan menarik langsir untuk menutup sekeliling saya.Apa pun saya tetap solat.Walaupun jururawat kata saya tak boleh basahkan tampalan untuk cucukan di tangan saya.Sebenarnya tampalan baru boleh dibuat jika jururawat peka keadaan ini.

Bertanyakanlah mereka yang arif tentang hal solat ni jika masih ragu-ragu lagi.Terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung dan sudah dimasukkan ke dalam wad menunggu untuk bersalin.

Pesanan:Selagi mampu solat,solatlah...Ingatan untuk saya juga.

Tuesday, March 12, 2013

Bila masa pengasuh berehat?


Tajuk macam best je kan..Ye lah mak ayah hantar anak-anak ke pengasuh,tak perlu banyak berfikir dah.Tiba masa rehat,pergi makan kan.Lepas tu bolehlah berehat sekejap.

Saya?Bila masa saya berehat? Masa kesemuanya tidur,dapatlah saya lelapkan mata sekejap.Ni kadang-kadang je dapat tidur sekali tau.Sebab bukan semua tidur serentak.waktu ni dalam pukul 10 pagi gitu.Dah puas main sejak pagi mak ayah diorang hantar,masing-masing pun jadi kuyu balik.Mengantuk dan letih lah tu.

Saya pun tumpang sekaki lelap mata.Saya pun pagi-pagi dah bangun tau.Kadang-kadang rasa mengantuk jugak.Masa bila saya update entry.Kebanyakan entry saya,semua saya buat awal dan set masa dan tarikh.Cuma bila ada masa pagi tu saya buat juga entry baru.Jadi biasanya saya blogwalking lah pagi dan petang.Malam saya dah masuk bilik awal.hehehehe....letihlah...Tak sempat nak tengok TV pun.

Okaylah.

Pesanan: Sekarang cuaca panas kan.Kesian kat anak-anak jagaan saya selalu berpeluh.

Monday, March 11, 2013

Goreng ubi buat minum petang

Rezeki dapat ubi kayu dari jiran.Tak tahu nak buat apa.Tanya jiran lain,katanya buat kerepek je.Oh..idea bagus tu.


Jadi potong ubi secara manual,takde alatan khas pun,ada nipis ada tebal.Rendam air bergaram.


Terus proses menggoreng.Alahai,baru pertama kali buat,ada yang rangup ada yang tidak.
Tapi memang sedap rasa lemak masin.Ni kalau tabur lagi garam sedap lagi kot.Tapi cukuplah tu dah masin.


Simpan dalam bekas kedap udara.Nanti sambil tengok TV bolehlah makan.

Pesanan:Saya lambat nak lawat kawan-kawan atas sebab slow sangat internet saya.Maaf ye.Dah habis kuota ni..

Perang Bendera...sudah sampai masanya...

Sekarang ni sedang rancak parti-parti berkenaan memasang bendera parti masing-masing.Ini tandanya masa untuk Pilihanraya Umum Malaysia ke 13(PRU13)sudah hampir.Hanya bulatkan nekad dan teguhkan pendirian untuk mengundi mereka yang benar-benar layak.Ingat!Undi anda rahsia.



Setiap kali lalu di kawasan yang penuh dengan bendera,semangat mengundi pun membara.Maklumlah ini bukan kali pertama saya mengundi.Rasanya dah 3 kali saya pergi membuang undi.Saya mendaftar sebagai pengundi sebaik sahaja umur saya cukup 21 tahun.


Kali ni saya rasa dapat merasakan kemeriahannya.Terbayang-bayang lagi sewaktu saya mengundi pertama kali,seronok sangat.Rasa dah dewasa sangat waktu tu.Sewaktu nama disebut kuat,kemudian diberikan kertas untuk mengundi,saya rasa hebat sangat waktu tu.


Saya pernah merasakan saat-saat saya di rayu undi.Saya hanya tersenyum sahaja.Pergi parti X macam-macam mereka beri,pergi ke parti Y diberikan juga layanan yang baik.Kalau waktu panas,jangan bimbang,tiba-tiba je nanti ada yang memayungi anda dengan payung.Tapi payung yang berlabel parti X atau Parti Y lah.Meriah sangat di tempat saya mengundi tu.Tidak pernah ada kekecohan.

Yang menariknya tentang waktu mengundi ni,saya dan suami berlainan tempat mengundi.Jadi saya ke tempat dia mengundi dulu,kemudian dia pula hantar saya ke tempat mengundi saya.Tapi sepanjang banyak kali saya mengundi,suami tidak pernah mengarahkan saya mengundi Parti X atau Parti Y.Dia sendiri tak tahu siapa yang saya undi.Kan undi adalah rahsia....hehehehe

Pesanan:Selamat mengundi kepada yang baru pertama kali mengundi.hak mengundi adalah hak anda.

Friday, March 08, 2013

Hanya sebutir nasi yang keras,luka dahinya

Anak-anak umur setahun yang tengah baru boleh berjalan laju,memang sangat lasak.Lagi-lagi anak lelaki kan.

Nak dijadikan cerita,anak seorang anak jagaan saya berlari-lari,terjatuh atas tikar getah saya.Dah lah jatuh dahi pulak terhantuk ke bawah.Okay lagi tu,Menangis lah budak tu.Kemudian saya cuba periksa kalau-kalau ada apa-apa.Tiba-tiba saya lihat di dahinya terlekat sebutir nasi yang keras.Saya keluarkan,mengalirlah darah keluar.Banyak juga darahnya.


Contoh nasi tu...yang sebutir tu je tau..Kalau kita terpijak pun sakit juga.Ini pulak kena kat dahi budak yang lembut tu.


Agaknya kat bahagian kening ni,memang darah keluar banyak ek,walaupun luka kecil.

Saya berdebar-debar juga,saya cuci lukanya.Kemudian saya letakkan sedikit minyak yuyi untuk berhentikan darahnya.Berhentilah darahnya.Dia pun dah tak nangis.Akhirnya tertidur.Di kala dia tidur saya periksa lukanya tu,kecil tapi risau juga.Mujur bahagian lain takde apa-apa.Lasak betul awak ni.

Saya lihat juga sebutir nasi yang saya sangka serpihan kaca.Hanya sebutir nasi keras tu,luka dahi anak orang.Balik je maknya saya ceritakan.Mintak maaf banyak-banyak kat dia.Tapi mak dia pun kata dia memang lasak sekarang ni.Tak habis tu,petang saya hantar mesej tanyakan keadaan anaknya.Okay katanya.Legalah saya.

Besar risiko jaga anak orang ni,saya perlu berhati-hati lain kali.

Pesanan:Nasi keras ni kan nasi yang dah lama terdedah,kemudian dia keras,tersesat sebutir atas tikar saya.Padahal dah sapu bersih rasanya.

Aiskrim Malaysia 20 sen je...


Anak saya sering juga minta .."umi,nak 20 sen beli aiskrim"....saya pun hulurlah...Sekali minta okaylah.Tapi kalau dah 5,6 kali seringgit dah tentu habis.Kalau seorang,kalau dua orang?

Jadi untuk menjimatkan duit yang asyik nak terbang kat rumah orang je,baik buat sendiri.Bukan susah pun.Nak makan banyak kali pun boleh.Tapi kena rajin penuhkan stoklah.

Tapi bila dah banyak,kalau kawan dia nak beli saya jualkan juga.Tambah pendapatan saya pula.hehehehe..

Aiskrim ni mengingatkan saya zaman saya sekolah rendah dulu,saya sering balik sekolah lalu kat rumah makcik jual aiskrim dan keropok lekor.Tapi dulu saya beli harganya RM0.05 sen sebatang je.Keropok pun harga macam tu.Maklumlah duit yang dibekalkan mak ayah tak banyak,saya naik bas ke sekolah dulu.Tapi harga RM0.05 sen sebatang tu dalam separuh batang je lah asikrim tu.Tapi lebih sedikit je dari sebatang.

Waktu tu saya selalu beli,sebab dah turun bas tu perjalanan nak sampai ke rumah tu jauh juga,jadi aiskrim nilah penghilang dahaga saya.Keropok tu makan dalam perjalanan.Letih juga balik sekolah dulu berjalan kaki dari perhentian bas.Mungkin 10 minit perjalanan kot.

Anak-anak saya sekarang beruntung,pergi balik sekolah berjemput.Ada juga sekolah dekat,berjalan kaki tak sampai seminit dah sampai.Beruntunglah diorang ni.

Tak penuh peti lagi tu aiskrim ni.Kalau rajin hampir separuh peti tu saya boleh penuhkan.Maklumlah saya letih kebelakangan ni menjaga anak-anak cikgu yang sering balik lewat atas kerja sekolah yang perlu disiapkan.Biasanya saya buat sebelah malam.Sekarang ni lepas Isyak saya dah.zzzzzzzzz......hehehe

Pesanan:Bukan budak-budak je suka,mak budak bapak budak pun tumpang sekaki...heheheh

Thursday, March 07, 2013

Ini puncanya bekalan air terputus

Saya ada membuat satu entry tentang kesusahan tiada air sementara yang ditanggung oleh penduduk kuarters saya ni.Boleh rujuk entry INI.

Akhirnya terjawab juga.Apabila penduduk di sini memberitahu terjadi satu runtuhan jalan yang menghubungkan tempat tinggal kami menuju ke Bandar Benta.Ini terjadi kerana hujan lebat yang turun beberapa hari yang lalu.

Pusat Serenti Benta,Ladang Benta dan Kuarters Guru Benta menggunakan jalan ini untuk ke bandar Benta,terpaksa mengikut jalan yang jauh sedikit,iaitu jalan besar laluan utama KL-Kelantan.

Ingin melihat sendiri keadaan itu,saya mengajak suami untuk mengambil gambar ditempat kejadian.
Ini hasilnya:


Jalan sudah ditutup.Namun motor masih boleh melalui jalan ini.


Saya dan suami meninjau keadaan lagaknya macam YB pulak heheheNi kalau malam-malam mau jatuh juga kereta dalam lubang ni.Maklumlah jalan raya tiada lampu.


Lihat betapa dalamnya runtuhan tersebut,


Kalau lihat betul-betul,di situ ada saluran paip air besar.Bila dah tak bersambung,terputuslah bekalan air.


Jadi mereka membuat sambungan sementara menggunakan saluran berwarna hitam tu.Dapatlah bekalan air semula.

Tanda-tanda keretakan jalan kelihatan.

Saya meramalkan lambat lagi untuk penduduk sekitar dapat menggunakan semula jalan ini,bila lihat lubang yang besar tu,mungkin mengambil masa yang lama untuk dibaiki semula.

Pesanan:Lihat sendiri dan nilaikan sendiri lebih baik dari hanya mendengar bualan orang sahaja.


Roti Canai di Kg Pandan-Kenangan berputar kembali

Kg Pandan Kuala Lumpur,memang tempat saya bermain sewaktu kecil-kecil dulu.Banyak kenangan saya sewaktu berada di sana.Saya tinggal di kawasan setinggan di Kg Pandan.Kini kawasan tu telah tiada,yang ada digantikan dengan pembangunan lain.

Setelah berpindah di Pandan Indah,jarang sangat saya dapat ke Kg Pandan.Kalau tiada keperluan tak pergilah kecuali kalau nak ke pasar Kg Pandan.

Sekarang ni sejak dah berkahwin dan dah tak tinggal di rumah mak,lagilah saya jarang ke sana.Pernah saya sesat sebab saya tengok dah banyak jalan berubah.Lagi pula saya terkejut ramai orang Indonesia kat situ.

Jadi bila saya lihat tempat saya selalu membeli makanan pun dah tutup gerainya.Menurut kata penduduk situ makcik dan pakcik yang sering jual suratkhabar sejak saya sekolah rendah lagi sudah pun meninggal dunia.Terlalu banyak perubahan.Bas mini no 25 pun dah takde kan.Bas mini tu lah sering saya naik ke sekolah,ke bandar Kuala Lumpur dengan hanya bayaran RM0.50 je!Pergi ke mana pun RM0.50 sen je,lagu sedap,cepat sampai!hehehe...


Baru-baru ni abang kandung saya yang memang tinggal di KL membawa kami sekeluarga menikmati roti canai di Kg Pandan.Kedai Mak Yam katanya.Dia sekeluarga dah biasa makan roti canai di sana.Saya kalau makan di kedai memang memilih,kalau dia nak bawa ke kedai mamak,saya tolak awal-awal.


Yang ni kedai orang Melayu.Peramah dan kelakar juga pemilik kedai tu.Menurut abang saya mereka adik beradik mengusahakan kedai tersebut.Ramai juga yang singgah makan di situ.Sampai saya sekeluarga kena makan kat bahagian dalam berdekatan dengan tempat membuat air.


Waktu makan di sini,kebetulan saya berbual dengan pelanggan kat situ.Nak jadi kebetulan dia pun dah lama menginap di situ.Katanya memang banyak dah berubah.Macam-macam cerita kenangan kami kongsikan.Semua dia cerita sama dengan bayangan saya sewaktu kecil-kecil dulu...

Pesanan:Cepat betul ye masa berlalu.....

Wednesday, March 06, 2013

Minum Petang Bersama Karipap


Dah lama tak buat karipap ni.Bila ada tempahan baru rajin nak buat.Kalau nak makan sendiri malas ye...hehehehe

Baru-baru ni suami menempah 30 biji kuih untuk satu majlis,jadi saya buat inti ubi kentang lebih.Yang lebih tu rajinlah saya masak untuk esoknya.

Petang-petang menikmati karipap dengan air teh o panas sedap juga ye.Ni yang letak kat pinggan nak bagi cantik.Yang lebihnya ada lagi ni.


Resepinya ada saya letakkan di SINI.Bolehlah rujuk balik ye...

Pesanan:goreng tu api sederhana panas tau,kalau panas sangat tak masak kulit dalam tu

Lirik Lagu Pahlawanku-Sesuai untuk pejuang sejati

Lagu ni pula sangat mendayu dinyanyikan oleh penyanyi Siti Nurhaliza.Sangat menyentuh hati.

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang

Semoga semua pejuang kita selamat dan kita hanya mampu doakan dari kejauhan,terutamanya yang ketika ini sedang menjalankan tugas di Lahad Datu,Sabah.Hanya kepada Allah kita meminta pertolongan.

Ingat Allah selalu ada disisi...pasti kita akan lebih bersemangat...kita tidak keseorangan.

Pesanan:Banyak lagi fakta sejarah yang saya tak tahu rupanya..

Ada juga orang malas macam ni ye...

Orang malas ni macam-macam tabiat dia.Sikap dari perbuatannya membuat kan orang yang melihat membuat satu kesimpulan dia memang pemalas.

Saya pernah lihat ada seorang gadis,selepas mandi dia tidak sikat rambutnya.Dahlah rambutnya panjang,terus dia ikat ala kadar dan memakai anak tudung seterusnya tudung.Korang biasa tak buat macam ni?Mungkin nak cepat kot.....

Saya pernah lihat anak teruna yang selepas mandi dia tidak lapkan kering badannya dengan tuala,sebaliknya dia terus memakai baju dan seluar.Korang pernah tengok tak macam ni?Mungkin nak cepat jugak kot....

Saya pernah melihat seseorang bangun dari tidur terus mengadap makanan.Jangan kata nak gosok gigi,basuh muka pun malas.Kalau orang ni makan bersama semeja dengan korang,korang suka tak?Mungkin nak cepat kot?...

Semua yang saya lihat ni sewaktu saya kebetulan ke rumah mereka...

Apa kesimpulan korang?Pemalas ke orang macam ni?

Pesanan;Lama-lama jadi tabiat....buangkan tabiat tak elok ni...nanti orang kata kita pemalas...

Rezeki merasa betik unik

Saya ada bercerita tentang betik unik yang ditanam oleh jiran saya.

Dah masak sebiji rasanya.Sebab sewaktu saya mengambil gambar ketika itu,saya nampak sebiji yang sudah kekuningan.


Semalam,anak jiran saya berikan betik ini.Walaupun tak banyak,saya tetap bersyukur dapat juga merasa.


Memang rasanya manis sama je seperti buah betik biasa,jadi hanya besar dan lebatnya buah sahaja membezakannya.

Pesanan:Terima dengan hati yang besar walaupun sepotong je...

Tuesday, March 05, 2013

Bersyukur kerana mereka memahami

Masalah yang sering saya hadapi di kediaman saya kawasan Benta ini adalah bila air tiba-tiba tiada tanpa sebarang notis.Kemudian bila dapat tahu air tiada kerana kerja-kerja pembaikan dilakukan,saya rasa kesal apabila bantuan air tiada.

Penghuni di sini lebih dari 500 orang pasti semuanya terpaksa berjimat-jimat menggunakan air.Namun demikian ianya tidak bertahan lama,apabila telah ramai penghuni mulai resah apabila air ditakung berkurangan apatah lagi air di tangki langsung kosong.

Saya lagi risau apabila terpaksa lebih berjimat kerana saya menjaga anak-anak cikgu di sini.Pasti saya perlukan air yang lebih untuk membasuh,memasak,membuat air susu dan mandi anak-anak itu.

Tetapi Alhamdulillah,seperti mengerti kerisauan saya,seorang demi seorang ibu-ibu anak-anak tersebut menghulurkan air sebotol seorang.Jadi cukuplah untuk sementara air itu digunakan untuk keperluan anak-anak mereka.

Memang sangat bermasalah apabila air tiada,saya rela pula tiada api daripada tiada air.Semoga cepatlah kerja-kerja pembaikan dilakukan.Maklumlah hujan mungkin menyebabkan kerja-kerja mereka tergendala.

Pesanan:Ada juga jiran pergi mandi di R&R Benta ,pagi-pagi lagi dah ke sana.

Monday, March 04, 2013

Hujan Lebat Air cepat Naik

Dah 2- 3 hari ni...hujan lebat turun kat kawasan rumah saya di Benta,Pahang.Kalaupun tak hujan lebat,tetap juga turun hujan setiap hari.Kain baju pun banyak yang tak kering di ampaian.


Ini pemandangan yang saya ambil di salah sebuah kampung yang sering dinaiki air jika hujan turun lebat berterusan.Nama kampung ni Kampung Binjai yang terkenal dengan penjualan jagung.Lihat kat gambar tanaman pun ditenggelami air.Kampung Binjai terletak dilaluan ke Kuala Lipis-Benta.Kawasannya rendah sedikit.


 Jambatan nilah yang selalu digunakan penduduk kampung untuk ke bandar Kuala Lipis,jika air hujan turun lebat,jambatan ini akan ditenggelami air banjir,maka akan terputus hubungan laluan.


Air yang deras ni pun dah hampir menaiki atas jambatan.Biasanya air tu taklah separas jambatan seperti didalam gambar ni.


Jadi persediaan berjaga-jaga kemungkinan air akan naik teggelamkan jambatan,sampan sudah tersedia.
Ada juga disediakan pondok untuk penduduk kampung berjaga-jaga jika kemungkinan air banjir naik dengan cepat.

Pesanan: Followers saya semakin naik dah 482...tak sedar pun...sebab kat atas tu tak tunjuk jumlah..

Saya keliru atau tak faham.....ah...tanya dululah...

Campaign CPUV saya seperti gambar di bawah ni masih lagi berstatus 'on going' sejak dari tahun lepas seperti tarikh yang tertera di situ iaitu 8 Nov 2012.Saya ni bukan faham sangat tentang iklan-iklan dan kempen-kempen ni.Saya cuba bertanya dengan pihak Nuffnang untuk kepastian.

Apa masalahnya?Entahlah saya rasa macam keliru sikit,betul ke masih status 'on going',dari tahun lepas lagi.Biasa ke terjadi dengan blog orang lain?Lagipun tak gerak-gerak lagi pun amount di situ.hehehe...Manalah tau ada kesilapan teknikal ke kan.Jadi malu bertanya sesat jalan.Elok bertanya kalau nak tahu kan...

Iklan Tourism Australia seperti yang ditunjukkan anak panah hitam tu.Dia bukan selalu berkelip-kelip kat bawah tu,kadang-kadang ada,kadang-kadang tak nampak.Ni pun nampak jam 9 pagi baru nampak.


Jawapan dari pihak Nuffnang?....Ini dia....


Hehehe...saya ni masih lagi banyak tak faham tentang ni,namun demikian bila pihak Nuffnang dah memberi jawapan balas,saya rasa lega.Ini bukan salah teknikal.

Terima kasih ye Nuffnang.

Pesanan:Setiap keraguan eloklah bertanya untuk kepastian...lebih baik bertanya kan...

Pernah dengar apa itu CMPA ( Cow's Milk Protein Allergy)?

Jom ambil masa 2 minit untuk mengetahui sama ada kita faham atau tidak dengan CMPA


Boleh layari : www.surveymonkey.com/s/SQND75M 

Pesanan:Sekadar menyampaikan pesanan....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...