Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Hari minggu yang penuh

Hari sabtu menghadiri perkahwinan anak perempuan Doktor Klinik Hijrah di Kuala Lipis,Pahang.Isteri doktor yang dikenali sebagai panggilan Kak Zie,juga memiliki pusat kecantikan  adalah juga kenalan saya.


Ke Raub disebelah petangnya.Singgah ke klinik 1 Malaysia yang sibuk orang perkatakan sana sini.Saja je nak cuba masuk.hehehehe


Nasib baik hari tersebut tak ramai orang.Saya nak ambil ubat selsema je,namun kena jumpa MA juga.Bayaran RM1 yang saya bayar sama harga dengan ubat yang saya ambil berharga RM1 untuk 10 biji.


Waktu ni memang kosong,5 minit kemudian makin ramai pula yang datang.Layanan?Biasa jer.


Sebelum ke klinik tu,saya singgah di Butik Tudung Assyaima.Saya menemai jiran ke sana untuk membeli keperluan mereka.Macam-macam jenis tudung.Assyaima ni ada menjual tudung online.Saya rasa lebih puas hati memilih sendiri di butiknya dari membeli online.

Banyak pilihan.Tapi tudung size X dan XL simple je designnya.Kalau size S dan M...berlambak kau mengerlip-ngerlip.Pilihan di tangan anda.Cantik dan menutup aurat perlu diutamakan.

Pesanan:Sekejap je rasa cuti hari minggu.Esok Isnin bermulalah rutin harian bekerja.

Monday, December 31, 2012

Jalan-jalan cari tudung



Lokasi : Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur...
Pemerhatian:  Rambang Mata
Harga: Tidak percaya!Murah!
Hasilnya: Sekadar window shopping sebab teringat duit ditangan untuk bayar keperluan sekolah anak...huhuhuhuhuhu....

Pesanan: Saya akan datang lagi...tunggguuuuu!!!!

Thursday, October 13, 2011

Tips mengeraskan dan melicinkan awning tudung



Sewaktu zaman sekolah dulu,tudung yang saya pakai tak berapa cantik awningnya...saya pakai leper je.Waktu tengok-tengok you tube,saya terpandang video ni.Dia bagi tips mudah je.Saya baru tahu je ni.Mungkin orang lain dah tahu lama.

Video ni cara-cara untuk cantikkan awning agar terbentuk kemas waktu memakainya.Dulu zaman sekolah saya mana ada lagi tudung-tudung style Ariani  ke Yuna ke yang ada awning terletak macam sekarang ni....tudung bawal tu lah dipakai ke hulu hilir.Jadi bagi yang ada tudung bawal tu jangan lah di buang pula,boleh je cuba cara ni.

Untuk budak-budak sekolah tu,kalau nak kemas dan cantik pakai tudung pun boleh juga cuba.Ye lah..tudung sekolah mana ada awning-awning ni.

Hebat kan!Walaupun bertudung masih kelihatan lawa.

Pesanan:Nak cuba lah kat tudung anak sekolah...pakai lilin..murah sikit..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...