Monday, May 28, 2012

Beli barang baru,baca dulu cara penggunaannya.

Saya beli dapur baru untuk rumah baru.Punyalah teruja nak mencuba,tak baca langsung cara penggunaannya.

Kesudahannya,kena menunggu lama baru boleh guna dapur tu.

Begini ceritanya,

 Inilah dapur yang saya beli,jenama pensonic ye....beli pun yang canggih sikitlah 3 penunu,biasa saya guna 2 penunu je.Tak reti nak guna banyak-banyak penunu ni.

Ini rupanya bila dikeluarkan.Sekarangkan fesyen dapur berkaca.Tu kalau ketu dengan tukul pecah tak?He he he...

 Jadi kami pun beli gas dan beli kepala gas yang ini.Kononnya suami kata mudahlah nak tutup kalau kita takde kat rumah lama.Saya pun mulalah 'ketik' dapur tu.'Ghah'!Kuat bunyinya angin tu,tapi tak juga keluar api dapur tu.Masa ni lah baru lah terkial-kial baca buku panduan penggunaan yang disertakan.Hah amik kau!Rupanya tak boleh guna kepala gas bertekanan tinggi.Pergi balik ke kedai cari yang biasa.

Ha tu dia.Inilah kepala gas yang sesuai digunakan untuk dapur ni.Jadi bila dah tukar kepala gas baru,kami mulalah nak buka api dapur.'Ketik' punya  'ketik',tak menyala pun.Apa pula masalahnya kali ni.Aiiiii...perut dah lapar ni,nasi tadi jerang periuk elektrik nak hampir masak ni.Lauk tak boleh masak lagi.

Bacalah lagi buku tu.Rupanya bawah dapur tu ada tempat letak bateri.Kami pun periksalah,Sah!Takde bateri.Pergilah anak sulung ke kedai lagi beli bateri pula.situ je dah banyak 'hengget' (RM),habis dah.Ini kes tak baca buku yang disertakanlah ni.Berlagak hero gitu.


Tu dia tempat letak bateri kosong.Kenapalah syarikat tu supply bateri terus.Saya pula mana lah pernah guna gas pakai bateri.Biasa beli,pasang kepala gas,sambung wayar gas,dah boleh guna.'Ketik; je terus keluar api.

Jadilah sebagai pengajaran kepada saya.

sekian...

Pesanan:Apa ye perkataan yang sesuai nak ganti perkataan 'ketik'.Saya pun tak tahu bahasa negeri mana tu.Main hentam je.

16 comments:

  1. sy xtau nk ganti ketik tu apa, tp sy tau mksud ketik tu apa..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau petik boleh tak?tapi petik untuk ayat petik buah..hmm biarlah asalkan orang paham...

      Delete
  2. wah..makin cnggih dapur baru skrg ye ummi...nsb xde rumah lagi..kalo x sy pasti teruja tgk dapor berkace lagi..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..boleh buatkannya 2 in 1,kalau tak de cermin solek,boleh je tengok kat dapur tu jadikan cermin.ha ha ha

      Delete
  3. Bestnya beli dpur kaca. Kalau ketuk dgn tukul pecah saya rasa. Hehe. Sbb penah baca dalm blog sape ntah, dia balik rumah, tgk2 dapur dia pecah berderai tak tau sebab apa. Hhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..teringat kes adik akak. dia kata dapur yg baru beli rosak...nasib baik budak yg hntar gas tu brtahu kena bubuh bateri....
      Ada dapur baru, makin rajinlah masak ya....

      Delete
    2. risiko juga ye dapur berkaca ni...pecah kalu..menangis ler...

      @Mulut Payau
      memang saya ni kalau baru-baru dapat benda baru rajin le..lepas tu..malas pun melanda..

      Delete
  4. ketik tu untuk petik kot ..hehe tak pa janji faham

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk pos anda ni..pengalaman yang perlu diceritakan. Ada ramai orang yang tak perasan tentang bateri di bawah tu.

    ReplyDelete
  6. Bateri saiz ape ye pakai untuk dapur jenis ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bateri besar 1 biji tu je...size apa ye...tak ingat lah...dapur tu umah satu lagi..tak boleh nak tengoklah..

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera, saya memerlukan gambar kepala gas untuk ditunjukkan kepada ahli keluarga jadi saya save ya.. :) terima kasih dan mohon maaf.

    ReplyDelete
  9. Kes saya lak...dah tukar bateri...tapi tak boleh gak guna.
    Cam ne tu...?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...