Monday, May 07, 2012
Header Baru,Semangat Baru
Kepala Blog (blog header) saya sudah berubah untuk kali ke 3.Kali ini saya telah meminta bantuan daripada seorang blogger terkenal iaitu Mialiana.Kepada mereka yang biasa datang ke blog saya pasti perasan ianya sudah berubah.
Walaupun tidak pernah bertemu muka,namun sifat kepercayaan dan sifat persahabatan yang kuat di alam maya ini,menyebabkan saya memilih dia untuk membuat header saya itu.Walaupun ianya mudah,tetapi atas alasan saya tidak berapa mahir,maka saya meminta pertolongan Mia.
Nampak ceria sikit blog saya (atas pandangan peribadi saya),maka semangat untuk terus berblogging semakin tinggi.Mia kini menduduki rank#1 untuk Nuffnang Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2012 setakat hari ini.Marilah sama-sama kita mengundi beliau.(promote sikit).he he he
Saya mengambil keputusan untuk menggunakan gambar lama saya tahun 1996 sewaktu saya ke Jepun dulu sebagai header blog saya.Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk,sekadar melakar kenangan yang tidak mungkin saya lupakan sewaktu berada di negara matahari terbit itu.
Nanti ada juga hendak saya kongsikan pengalaman saya di negara orang ni,cuma belum masanya lagi.Satu perkara yang pasti hendak saya kongsikan,memang Negara Jepun BERSIH!
Terima kasih Mia!
Pesanan:Kadang-kadang blog ni seperti dalam rumah perlu diubah mengikut kesesuaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam Ita...dulu ada Program Dasar Pandang ke Timur,jadi kami yang belajar di ITM dalam bidang hotel dan pelancongan,terpilih untuk menjayakan program tersebut.Tak lama pun di sana,lebih kurang 6 bulan je.
ReplyDeletesmoga header baru ni mberi semangat n feel y lebih lg
ReplyDeleteha ha ha...semangat!
DeleteSemalam dah perasan header ni. Cantik. Betul la ummiarissa ckp, nampak ceria.
ReplyDeletesaya nak rasa ceria selalu walaupun kadang-kadang duka..terima kasih sebab kata cantik..kalau kata hodoh tadi..tak nak reply dah...he he he(gurau)..
Deletesy pun xreti buat header kak.. tempah org je..hihii
ReplyDeletesama ler kita ye..ingat akak je yang tak reti..biasa tempah?mahal tak?
Deletesila lah kurus semula seperti ini. hahahhaa
ReplyDeleteye...sedang menuju ke proses itu...tak lama lagi...tungggu....
Deleteakak, header baru ni memang nmpak cntik. gambar tu pun cantik, bestnye dpt merasa gi Jepun
ReplyDeletebetul ek linda cantik?...terima kasihlah...ceria sikit kan...
DeleteAkak, zaman muda mesti dijadikan kenangan huhuuuu
ReplyDeleteha'ah Dkna..agar tidak ditelan zaman...he he he
Deleteummi..jeles tgk header comei tu...kenangan tu dapt pi jepun..sy ni bile nak merasa...huuu
ReplyDeleteala riedda_ffya...tak yah jeles2 lah.he he he..lagipun dah lama..saya pun dah lupa banyak perbualan dalam bahasa Jepun...ada rezeki boleh je awak pergi suatu hari nanti...
Delete