Saturday, May 12, 2012
Selamat Hari Jururawat 2012
Kalau nak harap doktor seorang je bekerja,pasti tak dapat selesaikan segalanya.Jururawat mesti ada untuk membantu.
Banyak dah kita dengar cerita-cerita tentang jururawat ni,ada cerita yang baik,ada juga yang tak sedap didengar.Kita tahu jururawat pun manusia biasa,pasti ada yang silap.
Saya pun banyak cerita tentang hal-hal jururawat ni,cuma hanya satu yang saya harapkan,jururawat sekarang ni semakin terlatih dan berilmu,semoga menjadi jururawat yang lebih bertanggungjawab.Lupakan kisah jururawat dulu-dulu yang lebih banyak yang tidak sedap didengar,dari yang sedap ceritanya.Biasalah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Sebagai jururawat yang dihormati kariernya,janganlah mendabik dada dengan ilmu yang ada tu.'Sharing is caring'.
Apabila bekerja,jururawat yang beragama Islam,bekerjalah kerana Allah,pasti hati menjadi tenang,walaupun banyak tekanan yang diterima.
Saya kagum dengan jururawat yang merawat pesakit dengan penuh sabar,kerana karenah pesakit tidak dapat diduga.Saya juga berterima kasih atas layanan jururawat yang memang tidak pernah mengira masa,walaupun masa kerja sudah hampir habis,tetapi kerana tugas yang belum selesai,tetap diteruskan hingga selesai.
Selamat Menjalankan Tugas Buat Semua Jururawat di Malaysia!
Pesanan: Pernah sekali jururawat kat tempat saya datang ke rumah,semata-mata utuk bertanya adakah anak saya sudah lengkap suntikan imunisasi...terkejut saya seketika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat hari Jururawat buat semua yg bergelar jururawat :)
ReplyDelete