D'Family Homestay yang terletak di Pengkalan Chepa ada menyediakan penginapan homestay untuk anda terutamanya bagi keluarga yang besar,untuk menghantar anak ke universiti atau menghadiri kenduri perkahwinan.
Apa yang uniknya tentang D'Family Homestay,ianya asalnya sebuah rumah kedai,setelah diubahsuai menjadikan ianya satu penginapan yang selesa dan santai.
Kemudahan yang disediakan di D'Family Homestay:
1.Kemudahan memasak dan peralatan memasak
2.Ruang Tamu yang besar,TV dan siaran Astro
3.3 bilik berkipas syiling dan 2 bilik air
4.Mesin basuh dan Peti Sejuk
D'Family Homestay yang baru beroperasi ini,dikelilingi dengan berbagai kedai.Terdapat Pasar Basah yang hanya selangkah sahaja dari penginapan dan kedai runcit bersebelahan penginapan.Tidak perlu khuatir untuk mencari bahan-bahan untuk memasak.Semuanya ada di situ
Selain itu, ianya juga berdekatan dengan mesin ATM dan stesen minyak.Tiada masalah.
Untuk ke tempat-tempat lain misalnya:
10 minit ke Kota Bharu
5 minit ke Lapangan Terbang Kota Bharu
5 minit ke Pasaraya Pantai Timur
30 minit ke Pasar Wakaf Che Yeh
10 minit ke Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa
Ruang Tamu yang luas
Bilik Tidur Utama beserta bilik air didalam
Bilik kedua
Bilik ketiga
Bilik air untuk bilik kedua dan ketiga
Bilik air bilik utama
Dapur dan ruangan memasak
Mesin basuh
Peti Sejuk
Sekarang kami menawarkan harga promosi/harga pembukaan iaitu RM250 per hari sehingga OKTOBER 2012.
Harga biasa yang ditawarkan :RM280 (hari biasa) manakala RM300 untuk cuti sekolah.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :Pn Ida -012-3247004
Terima Kasih.
Pesanan:Akhirnya siap juga homestay ini.
wah... cantik nya homestay ni... ;-)
ReplyDeletekalau nak datang ke Kelantan bolehlah duduk sini..
Deleteboleh tahan besar homestay ni , boleh cuba nanti kalau nak ke sana
ReplyDeleteboleh puanbee...nanti call ye
DeleteCantiknye. Betul2 seperti home.
ReplyDeletekena lah cuba duduk sekali,baru boleh nikmati sebenarnya...
DeleteI have never done homestay before but after reading your post, I am triggered. Maybe in my next round of travelling, I should do away with hotel and try the homestay concept.
ReplyDeleteSorry dear...But I only rent to Muslims...
Deleteakak punya homestay ke?
ReplyDeleteIni suami punya..he he he akak share holder je..
DeleteBerbaloi la kalau menginap dengan keluarga, harga murah, rumah pun besar.
ReplyDeletememang sesuai untuk keluarga besar
Deleteakak punya homestay ke?? cantikk..
ReplyDeleteInilah yang selalu berulang-alik tu...
Deleteoo ni la rumah baru tu eyh..cantiklah kak..ruang tamu luas jer itu yang best tu..tu langsir haritu eyh..lawa yang belah atas tu..tak tahu bila dapat g ni..huhu..nt ada kawan2 yana nak datang yana rekemen eyh..
ReplyDeleteHa lah Yana..bila nak datang...akak tunggu panggilan awak..tq Yana ye..
Deletecantik dan selesa homestay ni.... semoga homestay akak terus maju
ReplyDeleteAmin!Baru je nak jinak2 ngan bisnes homestay ni...
DeleteCantik dan sesuai untuk keluarga yang besar macam keluarga saya ni..
ReplyDeleteSiapa yang uruskan homestay tu kalau Ida kat Lipis..? Ada pekerja ehh..?
Tahniah sebab berjaya menggapai impian.. Agak2 kalau tanya berapa kos keseluruhan homestay ni, nak bagitau tak..? Hehehe...
Terima kasih sudi jenguk juga...saya uruskan melalui hp je...kat Kelantan ada kawan baik yang tolong uruskan merangkap house keeping...
Deleteberapa kos?hmmm susah juga tu nak kata...nak tahu juga ke...nanti e-maillah kat saya,saya balas semula...
ummiarissa10@gmail.com
Salam .. tumpang tanya, ada tak peta ke homestay ni ?
ReplyDeleteAssalamualaikum. 31 Ogos 2019 hingga 2 Sept 2019 msh kosong ke? Hantar anak ke UMK Kota
ReplyDelete