Showing posts with label Penginapan. Show all posts
Showing posts with label Penginapan. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Penginapan sepanjang berkursus di Kuantan




Sepanjang sebulan berkursus saya telah disediakan tempat menginap yang selesa di Kuantan.Di Indera Mahkota 5,Kuantan Pahang.Alhamdulillah syukur kepada Allah.Walaupun pada mulanya saya ditawarkan penginapan lain iaitu bilik yang dikongsi seramai lebih kurang 7 orang,rupanya saya dapat lebih baik dari itu tinggal sebilik 2 orang sahaja,

Dalam pembelajaran yang berkesan,keselesaan itu penting.Emosi saya juga terkawal menjadi lebih baik dari sebelumnya.Rakan sebilik juga perlu diambil perhatian,agar tidak berlaku perselisihan faham.Maklumlah tinggal sebilik jika bermasam muka,akan mempengaruhi emosi dan sahsiah diri sendiri.Alhamdulillah,rakan sebilik sangat baik.

Segala-galanya bejalan lancar,maka sesi pembelajaran saya selama berkursus sebulan berjalan dengan baik sekali.Sekali sekala rakan-rakan lain menumpang di bilik unuk berehat dan solat.Maklumlah mereka yang berulang seharian,jauh juga kalau nak berpatah pulang ke rumah.

Rindu kawan-kawan pula!

Pesanan:Bila berjauhan,mulalah merindu...

Wednesday, May 15, 2013

Rancang cuti anda dengan baik

Ada lebih kurang 2 minggu lagi sekolah akan bercuti panjang selama 2 minggu.Eloklah kita mulai merancang aktiviti keluarga dan anak-anak.

Kalau yang ada FB (facebook),boleh dapati banyaknya aktiviti-aktiviti untuk anak-anak seperti kem motivasi,kem solat,kem kecemerlangan.Elok juga kita daftar anak-anak.

Bagi yang ingin bercuti  di tempat-tempat sejuk seperti Cameron Highlands,Genting Highlands ke,eloklah menempah sekarang.Pasti penuh kalau ditempah saat-saat akhir.

Bercerita tentang perancangan percutian ni,saya sendiri pernah tersilap rancang.Pernah sekali pada masa cuti sekolah,saya tidak menempah bilik langsung,saya terus ke Cameron Highlands dengan harapan ada lagi bilik kosong lagi.Bila tiba je,hampir kesemua bilik penuh.Kalau ada pun dalam 1-2 bilik,itupun sebab harganya mencecah sehingga RM300-RM500 semalaman.Ha kan dah tak de tempat nak tidur.

Pada mulanya kami nak terus balik malam tu juga,tapi dah lewat,konon-kononnya nak tidur dalam kereta sahaja namun demikian bila memikirkan anak-anak,terpaksa juga cari lagi.Cari-punya cari dapatlah sebuah bilik kecil.Harganya?Mahal tak padan dengan bilik kecil tu.Nak buat apa,terpaksa jugalah bermalam di situ.

Jadi kalau sesiapa nak ke Cameron Highlands contohnya,eloklah tempah sekarang.Sekarang pun bilik-bilik,apartment-apartment dah ramai yang tempah.Harganya memang mahal sikit dari biasa,sebab cuti sekolah.

Pesanan:Masa ni lah pengusaha hotel dan apartment naik harga.Jadi pandai-pandailah tawar menawar.

Tuesday, May 29, 2012

D'Family Homestay Kelantan

Sempena cuti sekolah ni,mungkin ramai yang tercari-cari homestay terutamanya yang datang melawat Kelantan.Apa kata mencuba penginapan yang selesa dan lengkap seperti tinggal di rumah sendiri.

D'Family Homestay yang terletak di Pengkalan Chepa ada menyediakan penginapan homestay untuk anda terutamanya bagi keluarga yang besar,untuk menghantar anak ke universiti atau menghadiri kenduri perkahwinan.

Apa yang uniknya tentang D'Family Homestay,ianya asalnya sebuah rumah kedai,setelah diubahsuai menjadikan ianya satu penginapan yang selesa dan santai.

Kemudahan yang disediakan di D'Family Homestay:

1.Kemudahan memasak dan peralatan memasak
2.Ruang Tamu yang besar,TV dan siaran Astro
3.3 bilik berkipas syiling dan 2 bilik air
4.Mesin basuh dan Peti  Sejuk


D'Family Homestay yang baru beroperasi ini,dikelilingi dengan berbagai kedai.Terdapat Pasar Basah yang hanya selangkah sahaja dari penginapan dan kedai runcit bersebelahan penginapan.Tidak perlu khuatir untuk mencari bahan-bahan untuk memasak.Semuanya ada di situ

Selain itu, ianya juga berdekatan dengan mesin ATM dan stesen minyak.Tiada masalah.
Untuk ke tempat-tempat lain misalnya:

10 minit ke Kota Bharu
5 minit ke Lapangan Terbang Kota Bharu
5 minit ke Pasaraya Pantai Timur
30 minit ke Pasar Wakaf Che Yeh
10 minit ke Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa








Ruang Tamu yang luas
Bilik Tidur Utama beserta bilik air didalam

Bilik kedua

Bilik ketiga

Bilik air untuk bilik kedua dan ketiga

Bilik air bilik utama

Dapur dan ruangan memasak

Mesin basuh

Peti Sejuk

Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Kelantan,mari menginap di D'Family Homestay,Pengkalan Chepa,Kelantan.

Sekarang kami menawarkan harga promosi/harga pembukaan iaitu RM250 per hari sehingga OKTOBER 2012.

Harga biasa yang ditawarkan :RM280 (hari biasa) manakala RM300 untuk cuti sekolah.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :Pn Ida -012-3247004

Terima Kasih.

Pesanan:Akhirnya siap juga homestay ini.

Monday, November 21, 2011

Bukit Fraser atau Fraser Hill?

Cuti sekolah sudah bermula.Ke mana agaknya anak-anak?Pulang ke kampung atau pergi bercuti?Tak kisahlah ke mana pun anak-anak,sebagai ibubapa jangan terlepas pandang di mana anak-anak berada.Terutamanya ibubapa yang bekerja.

Saya terlalu gembira kali ini kerana mendapat 4 berita gembira.Pertamanya anak saya lulus dalam UPSR dengan mendapat 4A,keduanya, saya mendapat cabutan bertuah sebuah hamper yang dipenuhi  barangan keperluan dapur,ketiganya suami saya terpilih sebagai ibubapa komited di majlis penyampaian sijil anak saya di sekolahnya,dan yang keempatnya saya mendapat pelawaan penginapan percuma daripada kawan adik saya 3 hari 2 malam di Fraser Hill,Pahang.


Apa yang saya ingin ceritakan ialah penginapan percuma yang saya dapat.Dapatlah juga saya berkongsi dengan mempelawa pula Cikgu Niena sekeluarga untuk turut serta.Maka inilah kesempatan untuk kami bercuti bersama.

Jom kita tengok kat mana saya tinggal dan tempat-tempat yang sempat saya lawati:


Bergambar bersama anak saya dan anak-anak Cikgu Niena. 

Rumahnya besar dan amat selesa

Terdapat 2 bilik..ini bilik utama 

Bilik air yang mempunyai bath tab...anak-anak berendam lama dalam bath tab ni...ish...nak guna pun kena beratur... 

Dapur yang dilengkapi peti ais dan microwave...barang dapur dan dapur gas mini saya bawa sendiri....

 Sebaik tiba...kena masak..anak-anak kelaparan kerana sejuk..

 Anak-anak lebih selesa tidur di luar dengan membentang toto yang kami bawa dari rumah..


Acara kayuh boat terpaksa dibatalkan kerana hujan di ganti dengan acara memberi makan ikan... 

Acara berbasikal dengan harga RM 5 sejam juga hanya dapat bertahan selama 15 minit...hujan daa....

Ini lah pertama kali menaiki kuda he he he...tak best pun...

Tempat wajib perlu bergambar..baru orang tau kita pergi Fraser Hill...kannnn...

Tempat ni mungkin jarang orang pergi..ye lah siapa nak mandi air terjun sejuk-sejuk ni..Saya sekadar berjalan-jalan sekitarnya sahaja.

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri,saya dan keluarga amat bersyukur.

Pesanan:Inilah entry saya pertama yang paling banyak gambar yang di upload..jadi jangan bosan ye.

Saturday, November 12, 2011

Mandi kolam...

Cuti baru-baru ni...sempat juga bermalam selama satu malam di Kuantan.Akibat perjalanan yang meletihkan,maka kami mengambil keputusan  mencari hotel berdekatan untuk bermalam.

Akhirnya Hotel Seri Malaysia,Kuantan, Pahang menjadi pilihan.Sebenarnya sambil-sambil nak bawa anak mandi kolam.Dah lama tak mandi kolam budak-budak tu.

Yang menariknya,kolam tu di buka jam 8 pagi,anak-anak dah tak sabar dah tercongok pukul 8 pagi di kawasan kolam.Terus masuk kolam sejuk-sejuk tu.Saya jenguk dari dalam bilik hanya anak-anak je yang mandi,anak-anak orang lain tak de lagi.

 Lihatlah dunia...pukul 8 pagi dah masuk kolam...eee..sejuknya...


 Budak berdua ni pose dulu,baju mandi dah standby...ajak makan pagi dulu...
(dalam hati tak sabar nak mandi kolam)

Lama tu...barulah anak orang lain berani juga nak masuk kolam tu...pelampung tu baru beli ..he he he


Pemandangan dari dalam bilik.. bilik 129 ok


Sementara tu ibubapa dan anak kecil breakfast dulu!


Sesi bergambar anak-anak di hadapan pintu hotel


Ibubapa pun nak pose juga..  tu si kecik baju merah jalan sorang-sorang kat belakang tuuu..


Nota penting: Budak-budak mandi sampai pukul 1 tengah hari tau!Semua terlena sebaik je masuk dalam kereta sewaktu perjalanan pulang.Aman dalam kereta seketika.He he he

Pesanan: Ambil satu bilik,duduk ramai-ramai jangan lupa bawa toto dan bantal spare sekali ye...

Wednesday, May 25, 2011

Penginapan di Cameron Highlands

Di Cameron Highlands kami telah dibahagi-bahagikan kepada 2 kumpulan untuk 2 apartment.2 keluarga dan bujang satu apartment.Keluarga saya dan sebuah lagi keluarga kawan suami dan 2 orang bujang wanita ditempatkan di Apartment Lily yang terletak di Tanah Rata.

Semua peralatan memasak disediakan,termasuk pinggan dan cawan.Jadi mudah bagi kami untuk memasak di ruangan yang disediakan.Kami hanya menyediakan bahan mentah sahaja.Peti sejuk ada tau!Lengkap seperti rumah.
Apartment yang dimiliki oleh sepenuhnya penduduk beragama Islam ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Saya telah memilih bilik utama yang mempunyai bilik air didalamnya memandangkan mempunyai ahli keluarga yang ramai.Toto dan bantal tambahan juga disediakan.Memang selesa dan amat memuaskan hati.Sejadah dan arah kiblat juga disediakan.
Ini ruangan makan.Tak perlu besar-besar mejanya,ini pun sudah cukup.
Tv disediakan bersama dekoder astro,tetapi kad astro kita bawa sendirilah.Ruangan isitirehatnya cukup selesa,walaupun nampak kecil.
Amat mudah untuk ke bandar dari tempat tinggal saya itu.Tak sampai 5 minit.Jadi pada sesiapa yang teringin ke Cameron Highlands bolehlah cuba menempah apartment ni yang sesuai untuk keluarga besar seperti saya.Boleh jimat wang sedikit dengan memasak sendiri.Nak makan banyak-banyak pun boleh.


Untuk menempah(promote lagi) bolehlah cuba hubungi no tertera di bawah:

012-5065795(En Azizi).

Harus diingat setiap kali kita menginap dimana-mana pun kebersihan perlu diutamakan.Elakkan pembaziran air dan elektrik walaupun kita kata kita dah membayar sewa rumah tersebut.Kebiasaan kami menginap dimana-mana sama ada di hotel atau di apartment,kami pastikan keadaan sama seperti sebelum kami menginap.Sampah-sampah kami buang.Bilik-bilik dikemas,tapi tidaklah sekemas sebelumnya.Tetapi sekurang-kurangnya kami mengemas sedikit.

Bagaimana?
Okaylah enjoy percutian anda!

Pesanan:Orang menilai anda dari ekspresi perlakuan anda yang pertama...betul ke?


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...