Akhirnya Hotel Seri Malaysia,Kuantan, Pahang menjadi pilihan.Sebenarnya sambil-sambil nak bawa anak mandi kolam.Dah lama tak mandi kolam budak-budak tu.
Yang menariknya,kolam tu di buka jam 8 pagi,anak-anak dah tak sabar dah tercongok pukul 8 pagi di kawasan kolam.Terus masuk kolam sejuk-sejuk tu.Saya jenguk dari dalam bilik hanya anak-anak je yang mandi,anak-anak orang lain tak de lagi.
Lihatlah dunia...pukul 8 pagi dah masuk kolam...eee..sejuknya...
Budak berdua ni pose dulu,baju mandi dah standby...ajak makan pagi dulu...
(dalam hati tak sabar nak mandi kolam)
Lama tu...barulah anak orang lain berani juga nak masuk kolam tu...pelampung tu baru beli ..he he he
Pemandangan dari dalam bilik.. bilik 129 ok
Sesi bergambar anak-anak di hadapan pintu hotel
Ibubapa pun nak pose juga.. tu si kecik baju merah jalan sorang-sorang kat belakang tuuu..
Nota penting: Budak-budak mandi sampai pukul 1 tengah hari tau!Semua terlena sebaik je masuk dalam kereta sewaktu perjalanan pulang.Aman dalam kereta seketika.He he he
Pesanan: Ambil satu bilik,duduk ramai-ramai jangan lupa bawa toto dan bantal spare sekali ye...
salam ziarah
ReplyDeletebagusnya ank akak kcik2 dh lekat pkai tudung. anak dara sy pyah btul ;D
seronoknya dapat bercuti kan..:)
ReplyDelete@so shy Lady-tak lama jugak si kecik lekat tudungnya..masuk kereta dah buka..panas katanya..takpe latih perlahan-lahan..
ReplyDelete@Dkna-nak join pun boleh jom!
seronok kalau melayan budak2 main kolam ni... kita pun xsedar masa berlaluuu
ReplyDelete@Dahlia-ye betul tu...saya kat bilik syok baring-baring..tengok2 jam dah kul 12...
ReplyDeletedunia kanak2 semuanya indah.. sejuk pun terasa panas..
ReplyDelete@LadyBird-sangat indah!
ReplyDeletesuka mama tgk ank2 `ummiarissa` berendam kat pool tu !!..he2x..knk2 suka sgt bila jumpa pool..
ReplyDelete@Mama Aini-tu lah mama..kalau dah masuk tak ingat dah nak keluar dari kolam...syok sangat!
ReplyDeleteKemanalah si kecik tu berlari masa ibu dan abah berposing tu ya.. lari cepattt..
ReplyDeleteche mid-kak waktu ni orang sibuk bergambar sana sini..dia pun amik kesempatan ..lari...jenuh abang kakak mengejarnya..
ReplyDeletepernah gak duk sini semasa ke kuantan...
ReplyDeleteNampak seronok bebudak tu!
ReplyDeleteAmboi si kecik baju merah tu jauh terlepas tuh :)
@bangsawan nilai-seronokkan..
ReplyDelete@Dinas Aldi-nak gembirakan anak-anak..ginilah..sikecik tu macam baru terlepas je tu...