Tuesday, November 22, 2011

Memang stadium Gelora Bung Karno Bergeloralah..

Sumber gambar: Berita Harian

Perlawanan bolasepak paling menarik antara Malaysia melawan Indonesia bagi merebut pingat emas di Sukan SEA di stadium Gelora Bung Karno,Jakarta telah berlaku semalam(21/11/2011).Tak sia-sia kami sekeluarga menunggu hingga masa tambahan dan sepakan penalti.

Malaysia telah menundukkan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti,selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Tapi yang tak bestnya,penyokong Indonesia kerap kali mem'boo' pemain kita.Dengan kehadiran penonton seramai 80,000 orang penyokong Indonesia,sesekali tidak mematahkan semangat pemain kita,Malaysia.Saya lihat pada acara penyampaian pingat emas diadakan,pemain Indonesia tidak hormat dan telah turun dari pentas sebaik sahaja pingat mereka diberikan.Sebaliknya berlaku, kepada pasukan Myanmar yang menduduki tempat ke-3 masih berdiri di atas pentas sebagai menghormati majlis.

Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut,janganlah nak menunjukkan sangat perasaan kecewa itu.Ada seorang pemain Indonesia tu,waktu nak dikalungkan pingat masih duduk lagi meratapi kesedihan.Entah-entah waktu lagu Negaraku dimainkan pun mereka tidak berdiri hormat,mungkin sebahagian pemain dan penyokong sahaja bertindak begitu.

Terimalah kenyataan,setiap perlawanan ada kalah dan menang.Syabas dan sekalung tahniah buat pemain Malaysia kita!mereka sentiasa menunjukkan sikap bertolak ansur dan hormat dalam perlawanan tersebut.
Malaysia memang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Tahniah Harimau Malaya!!

Pesanan:Buat blogger Indonesia yang mengikuti blog saya,janganlah makan hati ye,saya hanya kata sebahagian pemain dan penyokong je yang bertindak sebegitu ye..ada juga yang baik .Maklumlah mana-mana pun begitu juga.

5 comments:

  1. tahniah malaysia...dkna tengok kat tv..
    hanya Tuhan jer tau apa rasanya bila tengok bola malam tu ..

    ReplyDelete
  2. tahniah buat pasukan harimau malaya !!!..dlm setiap perlawanan pasti ada menang kalahnya..hu2x..semangat kesukanan sgt perlu..dengan itu kita bolih menerima setiap kekalahan !!!..betul bukan semua mereka begitu. sedikit yg berkelakuan kurang sopan tetapi ia tetap mengguris hati kita..hu2x..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ye semua sebab sudi singgah dan komen....apa-apapun yang dah berlaku sudah berlaku..

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...