Saturday, November 26, 2011

Jom cari makan di Kota Bharu,Kelantan

Kalau nak jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu,Kelantan terlalu banyak kedai-kedai makan dan restoran yang menyajikan berbagai jenis hidangan.Memang terlalu banyak pilihan.

Kali ni saya nak kongsi tempat makan yang telah saya kunjungi.

Pertamanya makan malam di Restoran Wau (huruf wau jawi).Restoran Wau terletak di Seksyen 9,Jalan Tg.Semerak,Kota Bharu,Kelantan menyajikan pelbagai makanan,antaranya makanan barat dan juga makanan ala-Thai.

Jom kita terjah!


Ini signboard depan Restoran Wau.Besar tau Wau dia.


Pemandangan di dalam restoran



Air Carrot + Oren


Lauk tomyam campur,ikan siakap goreng cili api dan kangkung goreng belacan
Harganya bolehlah saya kata "WOW!"....hmm anda pergi alami sendirilah,lain orang lain "WOW"nya..

Okay kalau untuk sarapan pagi ringkas bolehlah ke Jalan Stadium Kota Bharu,kedai roti canai berdekatan dengan gelanggang tenis.

Jom terjah lagi!

order roti cotek kuah banjir...sedap wooo....ni macam roti kosong kemudian dia pecahkan telur sebiji ditampalkan atas roti canai kosong tu,buh kuah campur atasnya...


order air teh tarik kaw-kaw...fuh naik selera makan tau!

Selain dari roti canai,nasi lemak,nasi berlauk dan telur separuh masak pun ada.Bolehlah makan sekeluarga disini.

Pesanan:Memang Kelantan ni terlalu banyak makanan yang boleh menaikkan selera kita.Sekarang ni musim hujan putu halba sangat laris!

10 comments:

  1. Dkna duk klate pon tak pernah p mkn kat kedai waw tu. Nampak macam menarik jer kak.

    ReplyDelete
  2. Ha ha terkena akak.. ingatkan wau layang-layang tu..

    ReplyDelete
  3. makanan kat kelantan pun murah harganya !!!..suka makan bila mama kesana..he2x..

    ReplyDelete
  4. @Dkna kena banyak berjalan baru jumpa macam-macam kedai...

    @che mid-hmm tulah rasa mula-mula ingat wau tu jugak..tapi bila tengok takde langsung bayang layang-layangnya...mesti huruf wau jawi ni

    @mama aini-ada tempat murah ada juga harga sama cam kat KL..tengok-tengok tempat juga mama...

    ReplyDelete
  5. salam ibu gebu,..blog biasa je lah...gambar saya snap guna hp touch je...tak guna kamera mahal pun...singgah lagi ye..

    ReplyDelete
  6. hehe.. bila kita masuk wau tu,
    bila nak bayar tu, kita akan tersasul cakap 'hahhh??' :D

    ReplyDelete
  7. Sy org kelantan tak pernah singgah kedai roti canai tue hehhe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...