Sekarang sudah musim cuti sekolah,ramai yang sudah pulang ke kampung atau masih di rumah masing-masing.Saya tidak ketinggalan pulang ke kampung suami di Kota Bharu sambil-sambil menyelesaikan urusan kemasukan anak yang baru lepas UPSR untuk mengisi borang-borang sekolah yang berkenaan.
Dikesempatan itu,semalam 24/11 saya berjalan-jalan pada waktu malam di Kota Bharu dansempat singgah di kawasan yang memang akan dinaiki air setiap kali bah melanda Kelantan iaitu Tambatan D' Raja.Sekarang ni mereka sudah menyiapkan Menara Tinjau dengan kadar bayaran RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.Cantik pemandangannya pada waktu malam.
Cuba lihat gambar di atas,betapa banyaknya air sehingga sudah memenuhi seluruh kawasan.Deras betul air yang mengalir.
Penunggang motor sekadar menguji kedalaman air yang telah naik di kawasan tersebut.
Yang ini pula sewaktu perjalanan kami dari arah Machang ke Kota Bharu.Air menaiki jalanraya,ini juga punca kesesakan lalulintas.
Ini pula kawasan rumah mertua saya di Pulau Melaka,Kota Bharu.Kelihatan juga dua orang anak-anak saya sedang asyik mengharungi banjir(main banjir sebenarnya).Ini pertama kali anak-anak dapat bermain air banjir.Tapi tetap juga saya awasi,maklumlah mereka tidak biasa dengan keadaan sebegini,tak macam budak-budak kampung kat situ.
Sewaktu saya menaip entry ni,saya masih lagi di kampung suami.Saya berharap esok kami pulang janganlah naik air di jalan-jalan utama kami nak pulang semula ke Kuala Lipis.
Pesanan:Sekali air bah sekali pasir berubah...macam ku pernah dengar..tapi di mana ya?
musim bah kat sana... dkna kat sini just merasa hujan jer... :)
ReplyDeleteya skrg ni musim banjir..mama diselangor ni tak pernah mengalaminya..syukur..kg hb kat johor selalu alaminya..ank mama yg tak pernah alami teruja nak mandi air banjir tu..he2x..
ReplyDelete@Dkna-main air hujan pun best jugak!
ReplyDelete@mama Aini-betullah mama,anak-anak saya teruja sangat..boleh lagi kata tak puas..padahal dari pagi sampai petang dah bagi main air