Ceritanya begini:
Di hadapan Pasaraya Aktif Kuala Lipis.
22/8/2013 jam 6 petang
Saya berhasrat untuk membeli barangan keperluan.Saya ditegur oleh jurujual untuk mengisi borang.Ini adalah sempena promosi barangan syarikat mereka.Barangan seprti induction cooker,vakum cleaner,penapis air,periuk belanga dan macam-macam lagi..
Ok,saya menolak,tapi dia kata isi borang je kak.Okay.Saya isi.Setelah isi saya pun diberi kad voucher 2 keping satu untuk saya satu untuk suami.
Dia tolang koyakkan voucher tersebut.Suami dapat voucher bernilai RM50.Saya dapat voucher RM100 beserta 2 hadiah percuma iaitu induction cooker dan penapis air masing-masing bernilai RM3388 dan RM3199.Wah lompat sakan saya menang.
Namun jurujual macam terkejut(buat-buat terkejut rupanya),saya dapat hadiah besar tak macam yang lain hanya dapat kuali.Dia pun disuruh rakannya menalifon bosnya."Tanya betul-betul nanti dipotongnya gaji kita".Setelah bercakap dan bertanya bos mereka,di pas kan pula handphone tu suruh saya bercakap dengan bosnya."Puan betul tak kenal pekerja saya? Betul lah saya tak kenal,saya baru je datang".kata saya.
Nanti Puan jangan jual ye barang tu,puan tolong promosi kat rakan-rakan.
Wah jurujual perempuan tu pun berjabat tanganlah dengan saya ucap tahniah,dan lagi beritahu saya orang yang ke 8 /9 daripada 15 kad di Malaysia yang dapat hadiah tersebut.
Okay.Kemudian saya ajaklah mereka bergambar dengan barang yang saya menang tu,tapi mereka menolaknya dengan mengatakan,"nanti dulu kak,biar saya terangkn cara penggunaannya dulu".
Okay dia pun terangkan cara-caranya.Saya suruh suami ambil gambar mereka sedang beri penerangan.
Saya tak dapat nak siarkan atas sebab saya merasakan mereka juga dipergunakan.
Setelah selesai ,saya ingat bolehlah bawa pulang hadiah tu.Rupanya saya disuruh pula membeli satu barangan lain sebagai tanda sokongan kepada syarikat dan seterusnya mengguna voucher yang saya dapat tu.Saya pun suruh diorang pilih yang murah-murahlah.
Pap!Diletakkan kotak besar 'vacuum cleaner' kat atas meja.Saya belek harga.Wow! Terkejut saya ,tertera harga RM3080.'Uih...mahalnya' saya kata."Takpe kak,boleh bayar ansuran RM61 sebulan"Dia pun mulalah kata kalau kak bayar RM1,500 hari ni semua barang percuma ni akak boleh bawa balik.Ataupun akak bayar tunai atau melalui kredit kad".Macam cagaranlah.
Saya mana ada tunai banyak tu, kad kredit pun takde."Abang ada tunai,bolehlah," dia mula pancing suami saya pula.Takpe abang bayar guna kredit kad nanti dalam tempoh 14 hari abang dapat balik duit abang,dan mula bayar ansuran RM61.Memandang-mandang saya dan suami antara satu sama lain.
"Mana dapat ni bang tempat lain,bayar harga vakum,dapat barang percuma berjumlah RM7000."
Saya dan suami tak ada tunai dan kredit kad tak boleh pakai.Jadi tak jadilah amik semua barang percuma tu.
Balik rumah terus saya google harga induction cooker.Apa yang saya dapat bukan harga tapi satu blog yang ceritanya serupa seperti cerita saya.Sah!Ini penipuan.Ini linknya:http://mamamunie.wordpress.com/2011/07/28/roset-germany-koyak-menang/#comments
Kalau baca komen-komen dalam blog tu,skripnya hampir sama.
Saya pun esok paginya ke Kuala Lipis lagi,saya lihat mereka masih ada di sana.Namun keesokan petangnya saya ke sana lagi,mereka sudah tiada.Saya bertanya staff di pasaraya tersebut,menurut mereka pagi tu pihak polis telah datang kerana telah mendapat banyak aduan dari orang ramai mereka ditipu.
Saya rasa mereka menipu sebab swipe harga penuh barangan dibeli tanpa kebenaran.Sebab suami saya hampir terkena begitu,namun sebab kad kreditnya tak boleh pakai,tak dapatlah dia swipe harga penuh vakum tu.Sebab mula-mula kata bayar ansuran,tapi nak swipe harga penuh pula.
Ya,ada yang mengatakan mereka tidak menipu,kerana barang dapat.Tetapi cara mereka tu yang tak betul.Seperti memaksa orang membeli dan memanipulasi pembeli dengan hadiah percuma yang mungkin harganya lebih rendah dari ditawarkan.
Kita sebagai pembeli berhati-hatilah.Sebab saya dah cuba menalipon bahagian Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Jerantut berkenaan apa yang perlu kita lakukan bila berhadapan situasi sebegini.
Jika kita sudah buat pembayaran memang susahlah nak dapat balik,tapi aduan perlu dilakukan,sekurang-kurangnya,jika mereka masih di situ serbuan boleh dilakukan.
Semua mesti buat aduan,nasib baik dapat balik duit tu.Mana ada orang nak bagi percuma je barang bernilai tinggi,jika kita tidak membayar untuk satu barang lagi.
Hati-hati jelah,orang ada duit banyak takpalah,yang rasa-rasa duit banyak nak guna untuk keperluan yang penting eloklah jangan layan.
Pesanan:Hmmm...entahlah Melayu mudah lupa...
kena hati2 kak..zee pon pernah kena tapi nasib baik cepat sedar..dorang menyepi jap tapi lama2 kang aktif balik bila orang ramai dah lupa..
ReplyDeletebetul tu zee...akak rasa macam tu jugak..
DeleteKalo ye pon, takkan harga vacum sampai 3000+. Sebenarnya harga utk semua barang tu mmg rm3000 lebih tu je. Dia kata 7000 lebih plak. Pui. Selamat le akak tak kena tipu.
ReplyDeletekena calculate cepat waktu dia offer tu...tapi tu lah kesian kat orang-orang kampung yang kena tipu ...
Deletesaya pun pernah terkena jugak sis..huhu..tp saya dah agak derang ni cuba nak memanipulasikan kita..dah lama actually..kat pasaraya Giant..masa tahun 2011 kalau tak silap..huhu
ReplyDeletememang dah lama diorang buat keje cam ni,cuma kita ni mudah terlupa...terleka sikit habislah..
DeleteLicik betul orang yang menipu ni,kan.. Tapi tu la, kalau tak licik, tak dapat la title penipu tu.. huhuhu...
ReplyDeleteMak akak dah pernah kena dulu.. Dulu versi gores dan menang.. Habis dua bentuk gelang tangan dia dibagi kat dorang.. Mujurlah lagi dua bentuk tu dia dah bagi kat kakak yang dua orang tu, sorang satu..
Tapi tu la.. Baru2 ni ada lagi kes mcm ni tapi ramai je yang percaya.. Tiap2 masa/hari pegi kat dewan tu sebab ada hadiah sampingan.. Macam kena pukau pulak untuk pergi selama 3 bulan tu.. Bila cakap benda ni macam skim gores dan menang tu, takde yang percaya.. Kena marah lagi ada la.. Orang bagi nasihat tapi kena smash balik..
Last2 cakap dalam hati, duit korang, lantak korang la nak buat apa..
Memula dorang panggil pera-pera, lepas tu panggil nano-nano pulak..
macam-macam cara,tapi skrip lebih kurang je sama...memang licik sangat,kalau bercakap takde full stopnya...tercengang kita mendengarnya...last2 tertipu juga...itu yang diorang nak...
DeleteBetul tu! Kalau fikir2 balik, mana ada org nak beri benda percuma zaman la...
ReplyDeleteKena berhati- hati
semakin maju teknologi semakin licik menipu...
Deleteakak selalu bertindak 'kejam' pada penjual2 mcm tu...bila diblock laluan kita,promote...akak cakap terimakasih...tak minat..takde duit...
ReplyDeletekalau kat kedai2 biasa..barangan yg dijual tu jauh lbh murah..mereka mmg manis mulut dan ayat mmg power utk memancing org ramai
betullah kak,seperti kawan saya kata kena cakap kasar sikit dengan diorang ni,baru dia tak kacau kita...tak leh nak layan sangat.
DeleteSaya memang xlayan jika ada yg promote2 ni... Biarlah orang kata sombong! Saya hanya membeli barang yang hendak saya beli sahaja...
ReplyDeleteSyukur krn Ummi tidak terkena.
tapi kasihannya kat makcik-makcik kg tu,ntah berapalah diorang dah rugi,sebab makcik-makcik ni memang ada simpanan tunai yang banyak..
DeleteLeeza pun pernah terkena dgn peraduan ala2 'gores & menang" ni dekat tempat parking dpn The Store Kuantan... rupa2nya ramai dah yg terkena sbb kes tu masuk paper metro...
ReplyDeletememang ramai sangat yang terkena...
Deletemunna mmg tak pernah layan klu org jual brg yg katanya ada promosi mcm tu... mmg ada udang sebalik batu semuanya tu.... member opis munna kena mcm ni juga .. hilang rm2000 sesaje je... masa tu kat giant kuantan
ReplyDeletebaguslah munna camtu,tapi kadang-kadang hati-hati pun terkena jugak alahai...jauhkanlah ye..
Deleteslmt akak x amik bende tu. mak haz plak kt cosway. nk redeem voucher tu diorg g amik simpn lak. sampai skrg x contact2 lg. hmm
ReplyDeleteaik cosway pun ada juga macam ni,tak tahu pula tu,tapi apa2 pun eloklah berhati-hati...
DeleteTerima aksih kak berkongsi, macam2 cara diorang ni nak menipu, dan mujur akak tak terpedaya
ReplyDeletelaa akak terkena ke?saya kalau nampak kelibat dorang mundar mandir cari2 orang pon saya dah syak gores dan menang dah uhuk3
ReplyDeleteSkrang ni depa smua kt Gerik, Perak....
ReplyDeleteSkrang ni depa smua kt Gerik, Perak... tlglah sye masih student...sye x tau nk brtindak mcm mne... sye dh byar deposit RM172.00 kt depa... snggup depa tipu student...dhla student pkai bnyak duit... cpatla brtindak sblum rmai lg yg jadi mangsa...
ReplyDeleteada 2 cara...reprort tribunal pengguna atau minta diorang kembalikan duit tu...
DeleteMohon dishare di facebook sebab mil pun dah terkena.kali ni di area bangi😂😂=(
ReplyDeleteboleh ke kita dpt balik duit kita?sy kena..melayang 1000..
ReplyDeleteBaru2 ni mak saya kena mcm ni gak
ReplyDelete..tpi bukan gores dan menang..kali ni diaorang bagi 3 keping kad n suruh koyak...lad 1 tu kosong je(thank you) , 1 tu dpt voucher rm50 n last dpt 2 barangan free n trus jd member.. tpi kena beli barang bru la kad member tu aktif..lpas tu promot lak kad vvip n kena beli 1 barng n dpt 2 brng free..
Nama syarikat kitzware (m) sdn. Bhd..Ada produk namanya Fujison n eway..dia org da swipe kad mak.x tau la betul ke x diaorg ni
Assalamualaikum. Sya rasa2 sya ni pun dh terkena jgk. Sbb pekerja2 kitzware ini telah mggunakan kad kredit sya utk semak baki kredit kad yg boleh digunakan katanye. Tpi dlm diam mereka telah swipe kredit kad saya. Dan mlm tu jgk sya semak dgn bank. Bank kata transaksi telah berjaya dilakukan sebanyak rm1,500.00 wahhh sya terkejut amat sgt dan sya telefon bdk yg layan sya itu. Katanye akan batalkan permohonan sya tpi ambil.masa 2-4 mggu. Sekarang dh 2 bulan tpi tiada khabar berita. Sya dah telefon syarikat yg bertempat di.Kulim Kedah ini. Tapi semua jawapan mengecewakan. Ternyata staff yg mnjwp telefon tidak.mahu mberi.kerjasama. Malahan 3 kali.sya telefon.bertukar2 stqff. Ditanya staff yg lama , ada yg bertukar tmpt la berhenti la dan mcm2 lgi. Malangnye nasib sya. Sya tak boleh nak elak sbb mereka dqh nmpak.saya pegang kredit kad semasa keluar dri pasaraya Tesco Pelangi Semenyih. Kata mereka cek utk sya sudah dihantar ke pejabat di Balakong tetpi bila minta alamat Balakong mereka enggan beri. Hrmmm. Sya akn bermohon agar Allah SWT memberi balasan maha hebat pd.mereka yg terlibat menipu org dgn.cara begini. Sya tak.halalkan duit sya yg mereka ambil.dgm cara halus.ini. Azab la hidup.mereka nanti... Sya punya tnggungjwp.yg besar utk.keluarga.sya tpi.mereka.yg jahat ini telah menambah beban hutang sya.
ReplyDeletecerita akak ni sma mcm mak saya kena baru2 ni kt star parade alor star. jalan cerita smua sama , jenis barang pun sama , harga barang pun sama .. mak saya dah terpengaruh tapi nasib baik ayah saya seorang yang kedekut ( kedekut utk kebaikan ) .......
ReplyDeleteItu tipu semua. Saya pernah kerje dulu. Disebabkan kerja tu menipu saya berhenti. Takut rakut makan duit haram.
ReplyDeleteboleh tolong bagi nombor tribunal ipoh tak? untuk buat report.... tq
Deleteskag da kt greentown mall ipoh perak
ReplyDeletesaya pun baru terkena petang tadi. nie tipu kad kredit. kononnya nak cek boleh lepas ke tak tapi da swipe 1500. saya terkena di greentown mall ipoh. saya terkena 3080 untuk 2 kad kredit. alasan dan cara yang sama juga macam orang lain kena.
ReplyDeletesiapa yg tau nombor ttpm untuk buat report; saya pun trkena juga di angsana mall ipoh..
ReplyDeleteGoogle je...semua nombor ttpm negeri ada...wah masih aktif lagi menipu ye diorang ni
Deletey ni memang betul2 tipu ke...
ReplyDeletesaya pun kena sama macam skrip tu malam td
kat aeon big seberang jaya...
siap bayar booking rm50 dah...
mula org tu suruh bayar 300,saya mane ade duit byk tu..
dah tu saya nak y plg rendah sekali utk booking...
die bgtau blh 50...
arini bru rse cm ttpu jgak...
mcm kne pukau je time tu...
kata kata org tu buat saya percya...
apa y perlu saya buat?
boleh ke buat report?
sebab abg saya bgtau, xboleh sebab xde bukti org tu tipu...
ala btul ke ceta u all semua ni ala.. mati la aku pun rasa kena tipu ni,,, dia org bt kat sp baru- baru ni aku n bf aku dia org dah sweip kad kami berdua.. apa perlu buat niii.. pls tolonggg...ada idea x?
ReplyDeleteSaya pun kena cmni jgk kt smart pandan jb smlm..byr rm2108 tuk 3 brg..1 brg lg minggu depan bru nk dtg pasang kt umh..2 brg da wat blik da smlm...memula ade sorang mamat ni swipe kad bank sy tngok2 rm1000 da lesap..ckp leh byr ansuran..tp,hurmmm lain lak jdinye:-(
ReplyDeleteSaya pun kena seakan-akan story macam u all. but fortunately my mum halang me not to buy, if not i sure rugi RM 3k++.
ReplyDeleteSekarang dorg kt pekan pendang,kedah. Mak saya dh lesap 3000. Dorg swipe duit mak saya tanpa pengethuan mak saya. Operasi dorg kt sebelah kedai eco rm2.00. Saya nk buat aduan tp x tahu cara cmna?
ReplyDeleteNak jugak komen. Tadi baru je kat area Tesco Melaka. Nasib baik sempat melarikan diri. Kalau tak nak terbayar rm300 utk booking. Adoai menipu je keja..
ReplyDeleteHati2 org Melaka. Lokasi kat depan restoran Ayam Penyet AP.
Terlebih dahulu saya berterima kasih kat blog puan. Kalau tdk saya pun kena tipu. Ketika saya diayat oleh pelakun2 sebagai jurujual lebih 1/2 jam anak saya telah search jenama Fujison di internet terus keluar blog ini. Anak saya pun signal kat saya yg ia adalah scam dan terus saya beredar. Berlaku di G-Mart Sungai Petani. Kat mereka akan ada diGiant Hypermarket Penang. Siapa yg terserempak dengan penjualan cara Koyak dan Dapat Harga Potongan jangan layan
ReplyDeleteAlhamdulillah tidak terkena.Tak sangka mereka masih aktif buat kerja begini.Yang tak tahan tu pekerjanya orang Melayu.Cakap memang manis.
DeleteAyah kawan saya baru tkena baru ni kat pasaraya tunas manja .pahang..berhati2 la....
ReplyDeleteSemakin menjadi-jadi.Takde tindakan dari pihak berkuasa jika tiada report diterima.
DeleteSaya pun terkena. Tapi alhamdulillah ala kulli hal.report ke kpdnkk dan pegawai tu yang deal dengan manager jurujual tersebut. Alhamdulillah dapat semula duit. Memang fobia sangat. Hati2lah. Klu saya tak terkena mesti saya tak ambil kisah pun hal begini dan tak tahu modus operandi dia.
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapat semula ye duit tu.
DeleteMcam mane dpt duet tu balik??? Saye pon terkene...ala 3k tuuu
Deletebuat repot kat kpdnkk macam yang kat atas tu,cubalah dulu..
DeleteSkrg di giant bayan baru penang.. sy n asben dah terkena td..hasrat nak beli utk rumah baru tapi lain jadinya.. Tp kitarong cakap siap2 dalam akaun duit x mencukupi..then dorang minta deposit rm100 tp asben byr rm50 ja..total kena bayar rm3488 utk microwave n foc vacuum.. Ermmm nasib la rm50
ReplyDeletekira burn lah tu rm50...muujr sikit je..tapi itu kalau sorang...
DeleteItu la rasa burn..minta duit hari tu dorang cakap x de cash bagai.. Kalau xnak bagi tu cakap je la kan
DeleteItu la rasa burn..minta duit hari tu dorang cakap x de cash bagai.. Kalau xnak bagi tu cakap je la kan
DeleteSekarang dorang ada kat kipmat jb. Hati2 kalu dorg dtg. Geng ni memang pembohong. Kawan saya bru terkena td. Sok nk g gegar kat sana....
ReplyDeleteramai juga terkena ni...tak serik juga ye diorang ni...merata-rata tempat juga diorang pergi..
Deletesalam akak..saya pun baru je kena tadi..duit dari akaun bank saya sudah diambil RM3288..mcm mana nak dapatkan balik duit..tp barang sudah dapat..saya sudah blok kad bank saya..kalau nak report kt kpdnkk nak tulis apa?
Deletemember saya pun baru je terkena di kuantan. lesap 5K...huhuhu...dalam proses nak buat report. harap2 dpt balik duit dia...
ReplyDeleteSy pun ada beli barang jugak sebanyak rm5000 tapi sy punya duit masuk balik.. knapa u orng punya duit xmasuk niey.. mesti ada masaalah r 2.
ReplyDeletesbb tade duit kot tu yg mcm2 cerita keluar .ekotkn untung ape .kire buy one free two ..tmpt len ade dpt ??nanadoo
Deletesbb tade duit kot tu yg mcm2 cerita keluar .ekotkn untung ape .kire buy one free two ..tmpt len ade dpt ??nanadoo
Deletesy pernah kena lesap 5k.tapi dorang buat cara jahat paksa nak masuk kereta. dalam 4-5 org lelaki. escort sampai ke ofis. dalam ofis dorg setiap pintu ada kunci n security. pegi atm dikawal. semua gerak geri diperhatikan. boleh pilih antara duit atau diri sendiri. trauma smpai sekarang!
ReplyDeleteya allah sy bru jg terkena....dorg x berhenti tu wlupun dh buat report...hmpir 4k mcm tu ja d swipe kad tnpa sy sedar...ujian buat sy juga wlupun sy dh elak utk terkena mcm ni..ya allah trauma.
ReplyDeleteya allah sy bru jg terkena....dorg x berhenti tu wlupun dh buat report...hmpir 4k mcm tu ja d swipe kad tnpa sy sedar...ujian buat sy juga wlupun sy dh elak utk terkena mcm ni..ya allah trauma.
ReplyDeletekak.. ada cara tak nak dapatkan duit yang kita dah bayar dekat diorang nie.. kawan saya dah terkena.. hampir 3k jugak lah. ada tak siapa2 yang boleh bantu kawan saya nie.. duit tu memang dia nk guna sangat
ReplyDeleteKalau keno nipu mcm akak2 semua..perlu ke kte blok no bank??tlg reply yea..
ReplyDeleteKalau keno nipu mcm akak2 semua..perlu ke kte blok no bank??tlg reply yea..
ReplyDelete