Wednesday, June 30, 2010

Mengantuk sesaat amat berbahaya sewaktu memandu

Semalam adalah hari yang paling meletihkan. Tempahan kek perlu disiapkan secepat mungkin. Jadi dari selepas je solat maghrib, terus je adun tepung dalam mixer. Perlu siapkan 101 biji cup cake untuk diambil petang ni. Kebetulan pula anak lelaki buat hal.Suruh jemput dari asrama malam tu. Dia nak tidur kat rumah. Jam 10 malam bertolak. Kerja tinggalkan sebentar,minta tolong dengan jiran sambungkan.

Hujan lebat malam tu, bawa si kecik sambil dipegang oleh si kakak dalam kereta. Pergi ke sekolah anak yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sudah jemput dia, dalam perjalanan banyak kali menguap. Bawa kereta slow dah,sebab hujan lebat. Dengar radio lagi. Anak-anak dah tidur dalam kereta. Lambat lagi nak sampai rumah. Lori kat depan lagi slow.

Memang mengantuk, cuba-cuba telefon suami yang sedang berkursus di KL. Konon-konon buat teman berbual dalam telefon. Ala handphone selit kat celah tudung,kan tudung ketat dah. Ini idea di ciplak dari adik lah ni. Tapi tak ada jawapan. Tangan dah 2 kali asyik terlepas stereng kereta, sebab mengantuk. Mujur Allah selamatkan saya. Saya tersedar cepat. Cepat-cepat pegang kuat stereng kereta.Hati berdebar-debar. Tak boleh nak berhenti,malam,hujan lebat lagi,saya perempuan,jalan pula sunyi. Tapi saya rasa ini kali pertama saya mengantuk sewaktu bawa kereta. Mungkin keletihan dari petang tadi membuat kek.

Saya rasa inilah pengalaman yang mengerikan. Saya boleh bayangkan bagaimana keadaannya,orang yang kemalangan akibat mengantuk. Sepatutnya berhenti. Tapi saya takut nak berhenti hujan-hujan tu. Lagipun dah nak sampai rumah. Mujur tak ada apa-apa. Tak berani lagi nak bawa kereta malam-malam,lagi-lagi sewaktu hujan dan dalam keadaan keletihan.
Ini pun saya terpaksa sebab suami berkursus di luar daerah. Tak ada sesiapa pun tahu hal ini. Saya tidak ceritakan pada sesiapa. Tapi cerita kat sini je lah. he he he..

Pesanan: Bekalkan dalam kereta makanan atau minuman untuk hilangkan mengantuk.

Tuesday, June 22, 2010

Kecewa ..hasil kerja tak menjadi...

Cuti sekolah baru-baru ni,saya tidak kemana-mana. Sibuk di rumah membuat kek untuk dijual. Anak-anak pun pada minggu pertama cuti,ada yang menghadiri kelas tambahan, yang lain sekadar menghabiskan masa menonton TV atau bermain komputer.

Tetapi pada minggu kedua, dah nak habis cuti sekolah saya ke Kuala Lumpur menghadiri mini reunion kawan-kawan sekolah sewaktu sekolah rendah. Sambil tu ada juga saya hebahkan pada rakan-rakan yang ingin menempah kek dari saya. Saya bagitahu saya nak turun KL ni,kalau-kalau nak merasa kek cokelat saya. Lepas tu, mulalah 3 orang kawan saya menalipon untuk menempah kek cokelat saya tu.

Saya balik rumah mak pada hari khamis petang. Reunion pada hari sabtu. Esoknya(jumaat) saya mula membuat kek cokelat tempahan kawan tu. Saya membancuh dan mengukus di dapur rumah mak. Malangnya tak berapa menjadi. Kek saya bantut dan tak masak ditengahnya. Saya cuba lagi,hingga lah jam hampir menunjukkan jam 12 tengah hari.Tak menjadi juga. Akhirnya mak saya mencadangkan agar saya cuba membuatnya di rumah abang pula di Kg Malaysia Tambahan.

Tanpa membuang masa ayah menghantar saya ke sana dengan perkakasan nak memasak kek tersebut. Saya teruskan mengukus kek tersebut. Dan Alhamdulillah menjadi. Rupanya api kat rumah mak tak kuat dan serata.Sebab bila kukus di rumah abang menjadi pula. Jadi saya teruskan sehingga siap separuh. Separuhnya nak buat esok pagi pula. Letih dah wei.

Esok pagi-pagi lepas subuh saya pergi ke rumah abang saya ditemani adik saya yang comel Cik Norfa. Dialah yang menjadi mangsa saya untuk membantu saya menyiapkan kek tempahan tersebut.he he he. Saya menyiapkan kesemuanya hingga jam 11 pagi. Tapi ada satu kek besar untuk reunion saya cadang hendak cuba membuat di rumah mak pula.Cadangnya nak terus hantar kek tersebut, tetapi ada undangan kahwin pula pada tengah hari tu. Jadi pergi ke rumah kahwin di Taman Seri Kembangan. Jalan pulak jem waktu nak balik. Kepala otak ni nak ingat buat kek je.

Sebaik je sampai dirumah mak,saya pun terus membancuh adunan kek tersebut seterusnya mengukusnya. Hampir sejam menanti barulah siap kek tersebut. Yang bestnya kek tersebut hanya beralaskan tudung periuk mak. Sebab terlupa nak beli kat kedai kek alasnya. Tapi ada satu masalah pulak. Macam mana nak pegang kek tersebut nanti. Waktu nak keluar rumah, kami singgah ke kedai kek membeli kotak kek. Amoi kat kedai tu tanya? "Mana awak dapat alas ni?" Saya bagitahu. " Ni tudung periuklah" Suka je dia.

Akhirnya saya menghantar semua tempahan kawan-kawan saya. Dan kek cokelat yang besar tu saya bawa ke mini reunion sekolah rendah. Kawan-kawan saya suka kek tersebut,saya pun suka. Selesai semuanya, saya pulang ke rumah mak dengan keadaan yang amat letih. Terus tidur.Turunlah berat badan saya kali ni

Pesanan:Jangan membuat kerja pada saat-saat akhir. Takut tak menjadi. Macam saya lah ni.

Thursday, June 17, 2010

Jangan Banyak Alasanlah...

Saya terdetik untuk bercerita sedikit tentang orang yang terlalu banyak memberi alasan tetapi dalam masa yang sama teringin hendak buat tu,hendak buat ni.

Saya amat berminat untuk menyertai kursus masakan. Jadi caranya saya telah mencari kursus-kursus tersebut di dalam internet. Alhamdulillah,saya telah berjumpa dengan satu kursus masakan yang dikendalikan oleh Aniz Baking Centre. Saya ingin menyertainya,lalu menelefon dan membuat temujanji. Saya cuba mencari lokasi tempat tersebut di dalam website yang disediakan. Mula-mula saya rasa jauh sangat.

Pada hari yang dinantikan, saya keluar awal. Ini kerana saya takut akan tersesat. Tapi hanya dengan panduan peta yang diberikan,saya mudah mencari tempatnya. Sedangkan saya datang dari jauh dan pertama kali pula ke tempat tersebut. Jadi apa yang ingin saya katakan disini, oleh kerana terlalu minat terhadap kursus tersebut, saya telah berusaha untuk mencari tempat kursus tersebut.

Yang paling saya gembira sekali ialah saya betul-betul mendapat tempat yang benar-benar sesuai dengan jiwa saya.Baik dari segi tempatnya, caranya dan juga guru yang mengajarnya.

Saya tinggalkan anak kecil,jadi seharian baju dalam saya basah dengan susu yang keluar. Ini kerana anak saya yang berusia 3 bulan masih menyusu badan. Saya korbankan masa,wang dan tenaga saya semata-mata untuk perkara yang saya minat. Memang berbaloi. Walaupun jauh, hampir 2 jam 1/2 perjalanan untuk ke sana, maka tiada alasan untuk perkara yang kita minat itu.

Saya terbaca dalam blog Aniz Baking Centre, ada yang telah memberi alasan minat nak belajar, tapi jauh lah, tiada masa lah. Saya rasa ini tidak dapat memajukan diri sendiri. Memang setiap sesuatu yang kita lakukan perlukan pengorbanan untuk hasil yang memuaskan. Saya cukup benci mendengar terlalu banyak alasan tetapi pada masa yang sama minat untuk menyertai kursus atau apa-apa sahajalah.

Jadi jangan terlalu banyak alasan.

Pesanan: Peluang yang ada perlu direbut,tetapi dengan cara yang betul. Jangan banyak alasan!

Friday, June 11, 2010

Tempahan kek Coklat yang pertama..

Wah..semakin hari semakin sibuk saya. Sehinggakan terabai (sikit je) anak bongsu saya Arissa.Mujur sekarang ni cuti sekolah.Baba dan anak-anak saya yang lain ada di rumah.Mereka boleh menjaga Arissa ketika saya sibuk di dapur. Saya cuba sedaya upaya membuat kek bagi memenuhi permintaan kedai-kedai yang menjual kek saya itu.

Saya bernasib baik kerana suami memberi sokongan yang baik terhadap apa yang sedang saya usahakan. Baru-baru ni mixer yang saya beli dengan harga murah rosak.Mungkin mixer tersebut tidak boleh digunakan terlalu lama. Maka suami mengajak ke Kuala Lumpur untuk membeli mixer yang baru.Saya pun ikutkan je lah. Jadi sekarang saya mempunyai mixer yang lebih besar sedikit dan tahan lama. Mudahlah saya membancuh adunan kek. Mak saya turut memberi sokongan dengan meminjamkan ovennya,jadi bertambah cepatlah dapat saya siapkan kek tersebut.

Pada hari ahad ni,kawan adik saya ingin membuat jamuan di rumahnya.Dia turut mengajak saya. Saya membalas mesejnya sambil bergurau, "tak nak order ke kek ngan Kak Ida".Terus dia beri jawapan yang mengejutkan saya. "Naklah kalau Kak Ida boleh buat".Jadi saya perlu menyiapkan tempahannya hari ini. Saya perlu membuat 240 biji kek coklat kukus kecil tu. Saya akan ke rumah mak esok untuk mengambil balik 2 orang anak saya yang saya ditinggalkan hampir seminggu. Jadi tempahan kek tersebut boleh di hantar terus ke rumahnya di Taman seri Kembangan. Mungkin ini antara promosi secara tak langsung untuk kek saya itu. He he he...tempahan pertama ni. Gembira sangat.

Jadi, saya nak buat lah ni. Nak memasak lauk tengah hari,kemudian sambung buat kek. Letih tak terasa. Ok Bye!

Pesanan: Jangan lupa rumahtangga walaupun apa pekerjaan yang kita lakukan. He he he ditujukan untuk saya.

Wednesday, June 09, 2010

Percutian @ Genting Highlands bersama keluarga

Pada 23 May yang lepas, saya bersama adik beradik dan ibu bapa saya pergi bercuti di Kota Keriangan Genting Highlands.

Segala tempahan di uruskan oleh adik saya, saya hanya hulurkan wang untuk segalanya. Saya bawa semuanya kecuali anak sulung saya Ajwad. Dia berada di asrama, maklumla dia kan akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini. Mungkin di lain hari lah baru bawa dia...

Jadi mari kita tatap gambar yg sempat di ambil semasa di Genting Highlands.

Sempat la jugak saya berjumpa kawan sekolah menengah saya di sana. Mereka masih lagi mengenali saya. nampak sangat muka saya tidak berubah dr sekolah sehingga sekarang.







Beberapa permianan yang sempat saya main ketika di sana.



Dan sebelum pulang sempatlah merakan gambar beramai2 untuk kenang-kenangan.


Lain kali mungkin akan datang lagi.. tp bila masa nya?? entah tidak tahu lagi...
Nanti sambung lagi, skrg sibuk menguruskan perniagaan kek dan sauna. nanti saya akan sambung bercerita lagi yek..

Tuesday, June 08, 2010

Mencuba Kemahiran Membuat Kek Harijadi

Baru- baru ini mak,ayah dan adik saya telah bertandang ke rumah saya. Mereka datang atas undangan saya dengan duit minyak kereta di 'sponsor' oleh saya. Sebenarnya saya nak kirim dua dari enam anak saya untuk tinggal di rumah mak saya sempena cuti sekolah ni. Siapa lagi yang jadi mangsa kali ni. Tak lain dan yang memang patut pergi duduk sana sekejap ialah Anis anak ke lima saya. Tak lupa juga anak yang ketiga iaitu Athirah.Ini kerana sepupunya pun juga ada di rumah mak saya sempena cuti sekolah.Mereka berdua agak rapat.

Anis tu saja je hantar kat umah mak,sebab dia suka mengacau saya ketika saya sibuk membuat kek. Lagi syok asyik nak makan je. Bukan nak makan kek,nak makan aising atas kek je. Yang jadi mangsa saya lah,perlu menghabiskan keknya itu.Nanti naik balik lah berat badan saya.

Yang saya nak ceritakan disini sebenarnya adalah tiba-tiba adik saya minta saya membuat kek harijadi buat anak sedara kami iaitu anak abang saya. Rupanya harijadinya sudah lepas dua tiga hari.Jadi tanpa membuat masa,saya terus membancuh kek pagi itu dan terus membakarnya di dalam oven. Setelah siap,saya pun mencuba menghias kek tersebut dengan kepakaran yang saya miliki. Akhirnya siap juga kek tersebut. Dan saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pertama saya.

Saya sendiri terkejut juga melihat hasilnya. Itupun dicampur dengan idea dari adik saya juga. Nanti ada masa saya suruh adik saya 'upload' gambar kek tersebut. Tapi masih banyak kekurangannya. Biasalah bukan pro lagi pun.Masih belajar lagi.Semoga saya akan berjaya suatu hari nanti.

Itu aje lah nak kongsi kali ni. Jumpa lagi.

Pesanan: Belajar dari kesilapan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...