Saya terdetik untuk bercerita sedikit tentang orang yang terlalu banyak memberi alasan tetapi dalam masa yang sama teringin hendak buat tu,hendak buat ni.
Saya amat berminat untuk menyertai kursus masakan. Jadi caranya saya telah mencari kursus-kursus tersebut di dalam internet. Alhamdulillah,saya telah berjumpa dengan satu kursus masakan yang dikendalikan oleh Aniz Baking Centre. Saya ingin menyertainya,lalu menelefon dan membuat temujanji. Saya cuba mencari lokasi tempat tersebut di dalam website yang disediakan. Mula-mula saya rasa jauh sangat.
Pada hari yang dinantikan, saya keluar awal. Ini kerana saya takut akan tersesat. Tapi hanya dengan panduan peta yang diberikan,saya mudah mencari tempatnya. Sedangkan saya datang dari jauh dan pertama kali pula ke tempat tersebut. Jadi apa yang ingin saya katakan disini, oleh kerana terlalu minat terhadap kursus tersebut, saya telah berusaha untuk mencari tempat kursus tersebut.
Yang paling saya gembira sekali ialah saya betul-betul mendapat tempat yang benar-benar sesuai dengan jiwa saya.Baik dari segi tempatnya, caranya dan juga guru yang mengajarnya.
Saya tinggalkan anak kecil,jadi seharian baju dalam saya basah dengan susu yang keluar. Ini kerana anak saya yang berusia 3 bulan masih menyusu badan. Saya korbankan masa,wang dan tenaga saya semata-mata untuk perkara yang saya minat. Memang berbaloi. Walaupun jauh, hampir 2 jam 1/2 perjalanan untuk ke sana, maka tiada alasan untuk perkara yang kita minat itu.
Saya terbaca dalam blog Aniz Baking Centre, ada yang telah memberi alasan minat nak belajar, tapi jauh lah, tiada masa lah. Saya rasa ini tidak dapat memajukan diri sendiri. Memang setiap sesuatu yang kita lakukan perlukan pengorbanan untuk hasil yang memuaskan. Saya cukup benci mendengar terlalu banyak alasan tetapi pada masa yang sama minat untuk menyertai kursus atau apa-apa sahajalah.
Jadi jangan terlalu banyak alasan.
Pesanan: Peluang yang ada perlu direbut,tetapi dengan cara yang betul. Jangan banyak alasan!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.