Cuti sekolah baru-baru ni,saya tidak kemana-mana. Sibuk di rumah membuat kek untuk dijual. Anak-anak pun pada minggu pertama cuti,ada yang menghadiri kelas tambahan, yang lain sekadar menghabiskan masa menonton TV atau bermain komputer.
Tetapi pada minggu kedua, dah nak habis cuti sekolah saya ke Kuala Lumpur menghadiri mini reunion kawan-kawan sekolah sewaktu sekolah rendah. Sambil tu ada juga saya hebahkan pada rakan-rakan yang ingin menempah kek dari saya. Saya bagitahu saya nak turun KL ni,kalau-kalau nak merasa kek cokelat saya. Lepas tu, mulalah 3 orang kawan saya menalipon untuk menempah kek cokelat saya tu.
Saya balik rumah mak pada hari khamis petang. Reunion pada hari sabtu. Esoknya(jumaat) saya mula membuat kek cokelat tempahan kawan tu. Saya membancuh dan mengukus di dapur rumah mak. Malangnya tak berapa menjadi. Kek saya bantut dan tak masak ditengahnya. Saya cuba lagi,hingga lah jam hampir menunjukkan jam 12 tengah hari.Tak menjadi juga. Akhirnya mak saya mencadangkan agar saya cuba membuatnya di rumah abang pula di Kg Malaysia Tambahan.
Tanpa membuang masa ayah menghantar saya ke sana dengan perkakasan nak memasak kek tersebut. Saya teruskan mengukus kek tersebut. Dan Alhamdulillah menjadi. Rupanya api kat rumah mak tak kuat dan serata.Sebab bila kukus di rumah abang menjadi pula. Jadi saya teruskan sehingga siap separuh. Separuhnya nak buat esok pagi pula. Letih dah wei.
Esok pagi-pagi lepas subuh saya pergi ke rumah abang saya ditemani adik saya yang comel Cik Norfa. Dialah yang menjadi mangsa saya untuk membantu saya menyiapkan kek tempahan tersebut.he he he. Saya menyiapkan kesemuanya hingga jam 11 pagi. Tapi ada satu kek besar untuk reunion saya cadang hendak cuba membuat di rumah mak pula.Cadangnya nak terus hantar kek tersebut, tetapi ada undangan kahwin pula pada tengah hari tu. Jadi pergi ke rumah kahwin di Taman Seri Kembangan. Jalan pulak jem waktu nak balik. Kepala otak ni nak ingat buat kek je.
Sebaik je sampai dirumah mak,saya pun terus membancuh adunan kek tersebut seterusnya mengukusnya. Hampir sejam menanti barulah siap kek tersebut. Yang bestnya kek tersebut hanya beralaskan tudung periuk mak. Sebab terlupa nak beli kat kedai kek alasnya. Tapi ada satu masalah pulak. Macam mana nak pegang kek tersebut nanti. Waktu nak keluar rumah, kami singgah ke kedai kek membeli kotak kek. Amoi kat kedai tu tanya? "Mana awak dapat alas ni?" Saya bagitahu. " Ni tudung periuklah" Suka je dia.
Akhirnya saya menghantar semua tempahan kawan-kawan saya. Dan kek cokelat yang besar tu saya bawa ke mini reunion sekolah rendah. Kawan-kawan saya suka kek tersebut,saya pun suka. Selesai semuanya, saya pulang ke rumah mak dengan keadaan yang amat letih. Terus tidur.Turunlah berat badan saya kali ni
Pesanan:Jangan membuat kerja pada saat-saat akhir. Takut tak menjadi. Macam saya lah ni.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.