Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Akhirnya Razak Sensei pergi jua...Al-Fatihah



Dikala saya sibuk di dapur pagi ni,saya mendapat panggilan daripada sahabat saya dari Johor Kak Halimah,memberitahu saya berita sedih ini.Kak Halimah juga salah seorang peserta Program Dasar Pandang Ke Timur (DPT)  bersama saya untuk sesi 95/96.

Siapa Razak Sensei? Beliau adalah antara rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian bom di Hiroshima,Jepun pada 6 Ogos 1945.Mengenali beliau adalah kenangan terindah buat saya.

Kenangan bersama arwah Razak Sensei (berdiri di tengah)sewaktu Penyampaian Sijil Tamat Program DPT 95/96

Panggilan yang mengatakan Razak Sensei (panggilan cikgu dalam bahasa Jepun) Ketua Program DPT meninggal dunia semalam amat menyedihkan saya.Apa tidaknya,sewaktu dalam program tersebut dia telah menceritakan detik-detik bagaimana dia terselamat dalam kejadian ledakan bom atom Hiroshima,Jepun pada 6 Ogos 1945.Kami masih ingat lagi ayat 'mizu kudasai,mizu kudasai'.(minta air,minta air)Ayat itu memberitahu betapa mereka sangat perlukan air di dalam kejadian itu.Betapa sengsaranya mereka dikala itu.

Di kala beliau bercerita kami semua peserta program DPT sesi 95/96,ada yang mengalirkan air mata dan ada juga menahan sebak didada.Difahamkan beliau belajar di Jepun ketika itu.Ada yang berlindung di bawah meja.Saya juga sedang mengalirkan air mata di kala menulis kisah beliau ketika ini.Hanya mereka yang mendengar cerita dari mulutnya sendiri akan merasa penderitaan yang di alami beliau dan rakan-rakan di sana.

Saya tidak sempat untuk bercerita lanjut hal beliau di ruangan Ada Kenangan di Jepun. Cuma ada cerita beliau sedikit di SINI

Difahamkan juga beliau adalah rakyat Malaysia mangsa bom Hiroshima yang masih hidup dan terakhir meninggal semalam.Sama-samalah kita sedekah al-Fatihah buat beliau.Bagi saya tiada yang tidak seronok dikala bersama beliau sepanjang program DPT 95/96 itu.Semoga segala jasa baik beliau membimbing kami dan tunjuk ajar beliau dibalas baik oleh Allah.




KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian ledakan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, Datuk Abdul Razak Abdul Hamid (gambar) meninggal dunia semalam.
Anak Allahyarham, Prof. Tan Sri Dzulkifli yang merupakan Naib Canselor Albukhary International University mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.55 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut beliau, Abdul Razak, 87, dikejarkan ke HKL kira-kira pukul 1 petang selepas mengadu sesak nafas.
“Arwah mengadu sesak nafas. Kami panggil ambulans dan kejarkan dia ke HKL. Ketika dirawat, jantung dia berhenti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sumber:Kosmo Online

Pesanan: Beliau adalah ayahanda kami yang terbaik dikala kami berjauhan dengan keluarga.

Tuesday, November 27, 2012

Hantaran budak-budak zaman sekarang

Saya pun tak tahu nak cakap apa.Tak tahu juga nak terangkan apa kah bendanya.Nak tanya takut dikatakan busy body.Tapi mesti budak-budak muda sekarang tahu apa kah bendanya itu.

Kalau dulu ibubapa atau orang yang lebih tua mencadangkan apa yang perlu diletakkan atas dulang hantaran,sekarang ni mereka sendiri yang tentukan.

Mungkin ibubapa pun malas nak masuk campur,maka inilah hasilnya.Asalkan anak-anak suka,dah memadai.


Ini antara hantarannya.Memang nampak seperti buku,tapi buku kartunkah ini?Saya pun tak pasti.Macam buku dari Korea atau Jepun je ni.


Yang ini pula lawak kampus.Saya pernah baca dari anak saudara suami yang beli buku ni.Bagi saya tak menarik,tapi anak-anak suka pula membacanya.Dah lah tebal.

Hmmm...macam-macam pula bentuk hantaran ni kan.

Pesanan:Saya lebih suka buku bercirikan keagamaan sebagai hantaran,ilmu dapat hidup berkat.

Monday, November 12, 2012

Bangga sahabat di kaca TV


Kebiasaanya waktu persekolahan pagi-pagi kalau waktu begini,saya memang sibuk sangat menguruskan hal-hal anak nak ke sekolah,nak sediakan sarapan lagi.Namun demikian saya sempat juga mengerling seketika tv yang terbuka untuk melihat rancangan-rancangan pagi di tv.Tiba-tiba 2 minggu lepas saya sempat menonton My Morning Coffee di TV2 ,pengacaranya Sazzy Falak.



Terlihat sahabat saya yang sama-sama belajar bahasa Jepun dan turut ke Jepun,menjadi antara tetamu jemputan di pagi hari tersebut.Memang sudah lama perkara ini diberitahu rakan-rakan yang lain,cuma tak berkesempatan menontonnya.Kali ini dapat menonton walau sekali sahaja.


Beliau ialah Prof. Dr .Muhamad Naim Kamari,yang saya panggil di kelas bahasa Jepun dengan panggilan Naim san.Rasanya beliau sebagai perunding kesihatan menerangkan tentang khasiat makanan seharian yang kita makan.Beliau juga sejak yang saya kenal memang seorang pensyarah di UiTM.


Maka sempatlah saya snap beberapa gambar sebagai bukti beliau pernah muncul di kaca TV.Saya tumpang berbangga dengan sahabat saya yang kini saya lihat perkembangan karier dan hidupnya semakin berjaya.Semoga beliau terus berjaya di masa hadapan.Tahniah Naim san!


Ini kelas kami sewaktu menjalani kursus bahasa Jepun.Kelihatan Naim san sedang duduk menerangkan sesuatu kepada rakan yang lain sedangkan saya sibuk dengan komputer di meja lain...he he he

Pesanan: Saya bangga bila rakan yang lain berjaya dengan jayanya....





Wednesday, July 18, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 7-Keluarga Angkat Jepun

Sambungan Bahagian 6

Kalau kita ke mana-mana tempat yang asing dari kita,atau jauh dari keluarga,mesti kita akan ada sebuah keluarga angkat.Begitulah saya ketika berada di sana.Keluarga angkat ni pun termasuk dalam program pembelajaran kami.

Tak boleh pilih-pilih,tapi kita diberikan sehelai kertas untuk memberitahu hajat atau aktiviti yang ingin kita lakukan ketika di rumah keluarga angkat itu nanti.Ada 2 permintaan yang saya minta bila berada di rumah keluarga angkat.Nanti ye saya cerita.


Inilah okasan saya.Okasan-mak"Hajimemashite okasan.Ogenki desu ka?",Saya bertanya khabar dalam bahasa Jepun."ee..genki desu.Isshoni shashin o shimasu ii desu ka?", jawabnya sihat dan mempelawa saya bergambar bersama.Saya tak ingat kat mana ?Tetapi memang jauh dari bandar Tokyo.


Ini ada saya bawakan sedikit omiyage (hadiah) untuk mak angkat saya.Beg dompet wanita yang disalut kain tenun dan sedikit key chain dari Malaysia.Gambar dihadapan okasan tu gambar keluarga saya...saya cuma tunjukkan sahaja ahli keluarga saya.



"Okasan kyo wa nani o shimasu ka?", saya cuba bertanya apa yang nak dibuat hari ni. "Oh kyo wa tempura o  ryori shimasu ne". jawab mak angkat saya kita nak masak tempura.Sebab itulah permintaan pertama saya."Suki desu ka?, tanyanya samaada saya suka atau tak? "Watashiwa tempura ga totemo suki desu".saya jawab sangat suka.


Tadaaa....dah siap pun tempura udang dan sayuran dari okasan.Ada sos kicap Jepun.Ada tauhu goreng.
 いただきます-Itadakimasu! . Jemput makan! Tabemasu to nomimasu -makan dan minum

Inilah 2 orang anaknya.Di Jepun kebiasaan mereka hanya mempunyai anak yang sikit bilangannya.Jadi sempat saya berjumpa dengan anak-anaknya.Oh ya,permintaan kedua saya ialah saya meminta mereka pakaikan kimono untuk saya.Dapatlah saya pakai kimono itu.Tapi tak de gambarlah ye.


Masanya untuk pulang .Masa untuk mengucapkan sayonara さようなら-Selamat tinggal untuk mak angkat saya yang sangat baik hati.どうもありがとうございました Domo arigato gozaimashita- terima kasih banyak-banyak.

Ja mata-jumpa lagi

Pesanan:Maaf kalau ada tersilap dalam bahasa Jepun,maklumlah dah lama,tak ingat sangat dah...

Tuesday, July 17, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 6-Densha,densha,densha 2

Sambungan Bahagian 5


 Mesin untuk membeli tiket keretapi.Besar tau mesinnya..


 Ini minah Jepun buat demo...he he he


 Harus juga ambil gambar kat sini....


 Ini rupanya tiket yang beli untuk hari-hari....


Kecik sikit dari tapak tangan...mudah masuk dalam poket je..



 Ini tiket bulanan harga 4,940 Yen...

Besar tapak tangan je...mudah nak masuk dompet...

 Ini namanya car street...sebab ada landasan di tengah-tengah jalan raya...


Ini pun sama,walaupun serupa macam bas,tapi ada landasan di tengah-tengah jalan raya

Dalam densha pun ada adab.Kalau orang terpijak kaki kita jangan balas balik sebab nanti satu hari kita terpijak kaki orang lain juga.Bila berdiri pegang alat pemegangnya yang berbentuk bulat,bila keretapi lencong ke kiri,badan kena lencong ke kanan,kena stabilkan badan.Berhimpit-himpit dalam densha biasa dah bagi orang Jepun.kena pulak waktu-waktu puncak sebelah pagi.

Pesanan:Pernah juga ditolak dalam densha ni.

Monday, July 16, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 5-Densha,densha,densha 1

sambungan Bahagian 5

Keretapi juga dikenali sebagai densha di Jepun memang salah satu pengangkutan utama untuk ke sesuatu desitinasi.Saya pun hari-hari naik densha di sana.Tak pernah sesat lagi.

Cuma teringat peristiwa saya hampir pitam,sampai satu destinasi saya keluar densha beli air dan duduk berehat sebentar.Kemudian naik densha seterusnya,sebab densha kat sana diorang pusing satu bulatan,tapi masih destinasi yang sama.Tak perlu turun beli tiket lain.


Pemandangan di platform densha.

Dalam densha









Bermacam-macam jenis densha yang terdapat di Jepun.Hampir semua saya dah naiki rasanya.Dari slow hingga selaju-laju densha yang dipanggil shinkansenMacam-macam warna yang membezakan tuan syarikat densha tersebut dan lokasi densha tersebut.

Saya banyak menghabiskan masa di Tokyo (東京).Naik Japan Railways (JR)line warna hijau.
Masih ada lagi gambar untuk dikongsi...tunggu...

bersambung

Pesanan: Densha di Jepun yang sangat padat waktu pagi dan petang....

Sunday, July 15, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 5-Akhirnya Sampai di Jepun

Sambungan Bahagian 4,


Setelah makan tidur,makan tidur dalam flight yang memakan masa 6 jam,akhirnya sampai juga.Kami pun memperbetulkan jam masing-masing.Sebab jam kita pukul 4 pagi diorang dah pukul 5 pagi.beza sejam je.

Kami dibawa menaiki bas khas yang taat setia menanti kedatangan kami,bukan itu sahaja keadaan bas yang tip top,bersih dan selesa.Kami pun dibawa ke bilik penginapan di Osaka International Center (OSIC),di Osaka lah.

Bilik dapat seorang satu tau,macam biasa mesti posing sekeping dua dulu gambar.Luasnya bilik tak dapat nak gambarkan.Boleh lari-lari,lompat-lompat gitu.he he he....Haruslah meja kosong tu dihiaskan dengan gambar keluarga yang dibawa dari Malaysia,agar tak lupa diri di sana.


Dah sampai saya pun telefon mak.'Mak dah sampai ni'...he he heSengaja nak tunjuk katillah pulak kan.Telefon atas kepala katil,takyah nak lari-lari kalau ada bunyi telefon.

Jangan kata kelas bahasa dah habis bila sampai Jepun,masih lagi minggu orientasi,jadi kelas Jepun menjadi perkara asas kami berada di sana.Nak tajamkan lagi ler tu!

Inilah kumpulan yang telah dipecahkan.Kumpulan kami ni habat-hebat belaka.

Selepas ini saya ceritakan sedikit tentang tempat-tempat yang sempat saya lawati dan aktiviti-aktiviti saya di Jepun.

bersambung....

Peasanan:Lelaki-lelaki di atas memang sudah berkeluarga sewaktu sebelum ke Jepun lagi kerana kebanyakannya cikgu-cikgu yang sedang mengajar,kecuali yang sebelah saya tu.

Saturday, July 14, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 4 -Bertolak Ke Jepun

Sambungan bahagian 3

Sebelum ke luar negara, kami telah pun awal-awal menyiapkan passport masing-masing.Passport ni pun dilakukan sewaktu kami masih belajar bahasa Jepun.Bermakna mereka yang bawa kami dan menguruskan persediaan membuat passport.Sungguh mudah!


 Ada passport,mestilah ada tiket kapal terbang habis tu macam mana nak naik flight kan.Dulu tahun tu (1995/96) buat passport perlu bayar RM60 sahaja untuk tempoh 5 tahun.
Tak percaya?Ini buktinya:



 Tiket kapal terbang masih dalam simpanan saya,memang saya simpan dalam tempat khas sebagai kenangan dan bukti saya pernah sampai ke Jepun.

 Tiket kapal terbang kami semua telah diuruskan oleh pihak berkenaan.Dan memang mereka tempah untuk pergi dan balik.Harganyauntuk penerbangan pergi-balik ialah RM3918!!!Kalau campur dengan tax RM40 menjadikan ianya RM3958.Bukan saya bayar pun.

Ini pas masuk yang menunjukkan penerbangan kami dari Subang International Airport ke Kansai International Aiport pada 12 May 1996 pada jam 11.45 malam.Waktu tu takde lagi Sepang International Aiport.Berkumpullah semua ahli keluarga,adik beradik,sepupu sepapat dan teman-teman rapat menghantar ahli keluarga masing-masing dan mengucapkan selamat jalan.


Okay semua dah naik flight,selamat tinggal keluarga di Malaysia.Doakan kejayaan kami.Wah!Terasa seperti baru je semalam bertolak ke sana.he he he..Saya dapat tempat duduk kat bahagian tengah kalau tak silap.

bye!

bersambung...

Pesanan: Sedih ke tinggal keluarga?Mestilah sedih,tapi bila ramai kawan-kawan, sedih tu dapat disembunyikan.

Friday, July 13, 2012

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 3-Penyampaian Sijil dan Penutup

Sambungan Bahagian 2,

Setelah tamat dengan jayanya kelas bahasa Jepun maka satu majlis Penyampaian Sijil dan penutup telah diadakan.Ketika ini memang gembira tak terkata,kerana akhirnya berjaya juga kami menamatkan pelajaran bahasa Jepun.Maknanya dah boleh lah pergi Jepun selepas ni.


Dah penat buat persembahan bagai nak rak,duk menghafal lagu Jepun lagi,berlakon,persembahan tarian,tibalah masanya kami mengucapkan selamat tinggal.Sebab nak pergi Jepun dah ni.Nak balik rumah masing-masing nak packing barang.Cuba spot saya yang mana?aisey korang ni,mestilah saya berdiri sebelah Razak Sensei...saya kan ada jawatan Ketua Biro Helwani...ha ha ha...


Ini si ummiarissa sedang menerima Sijil Dasar Pandang ke Timur menandakan saya telah menamatkan pengajian dengan jayanya.Bukti ni penting,sebab ada Razak Sensei lah...he he he..

Okay sekarang masa nak bertolak ke Jepun pula.

bersambung....

Pesanan:Saya harap saya tak tersalah info,maklumlah dah lama sangat.

Ada kenangan di Jepun..Bahagian 2-Kelas Bahasa Jepun

Sambungan dari bahagian 1,

Sebelum ke Jepun perlu menghadiri kelas bahasa Jepun.Sebab apa kena belajar?Sebab orang Jepun dia menghargai bahasa dia,maka semua papan tanda,tanda arah dalam bahasa Jepun.Lagipun ramai yang tak pandai berbahasa Inggeris,jadi bahasa Jepun harus belajar.



Kami belajar bahasa Jepun di Pusat Pendidikan Persediaan Bahasa Jepun/Korea ITM yang ditempatkan di bangunan Wisma Belia,Kuala Lumpur.Kami menjadi pelatih Program Dasar Pandang Ke Timur sesi 1995/1996.Disinilah tempat kami belajar dan di sini jugalah tempat kami menginap.Oleh kerana rumah saya di Kuala Lumpur juga,kerap jugalah saya balik ke rumah mak ayah,berbanding kawan-kawan lain yang datang dari jauh.Saya tinggal di tingkat atas sekali.

Inilah Razak Sensei.Ketua Program dasar Pandang ke Timur.Inilah bapa kami sewaktu kami belajar di sana.Beliau sangat mempunyai banyak pengalaman ketika belajar di Jepun dulu.Beliau juga saksi yang masih hidup untuk menceritakan detik-detik bom dijatuhkan di Hiroshima,berdekatan dengan tempat beliau belajar.Sangat sedih kami mendengar cerita beliau sewaktu kejadian.(nanti ada masa saya ceritakan).


Kelas bahasa Jepun dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang berpengalaman.kami panggil cikgu 'sensei'.Lepas ni kita sebut sensei ye.Ni kelas saya J9 dan guru kelasnya bernama Habibah sensei.Terdapat  12 buah kelas yang terdiri dari 7 orang anak murid setiap kelas.Kelas saya diberi nama 'kankoo group' sebab kami dari aliran pelancongan.Kankoo tu pelanconganlah.


Penolong ketua kelas ko....Diorang ni malas nak buat keje lantik saya kan...Saya kan rajin.Ketua kelas lelaki tau.Biasa mesti ada persatuan,saya juga kena lantik menjadi Ketua Biro Helwani,menguruskan hal ehwal wanita.Wanita yang tak ramai manapun.16 orang je punnnnn.(sambung jadi jepun kan).

Okay,kalau dah belajar bahasa Jepun,harus juga belajar makan style diorang.Guna chopstick le tu.Maklumlah saya tak pernah pun makan guna benda tu.Kemain kekok nak pegang.Sekarang pun bukan pandai pun guna chopstick punnnn.Siap ada kelas tau nak belajar makan cara Jepun ni.Tu baru belajar makan atas kerusi,belum lagi makan atas lantai dengan meja cute dia tu.Mujur kita orang Melayu pandai  makan bersila kan...he he he...


 Dah belajar kemain bahasa Jepun,mesti diujikan.Jadi mereka pun mengadakan kuiz dalam bahasa Jepun.Saya hanya jadi tukang sorak lah,sebab kita kena hantar yang paling handal dalam bahasa Jepun untuk kuiz ni.Baru boleh menang,Memang kami menang punnnn.

 Ini Sejima Sensei,memang asal dari Jepun,tapi dah lama menginap di Malaysia.Bolehlah dia cakap sikit-sikit Bahasa Malaysia.Sejima sensei rajin kena usik dengan kami,sebab 'sleng' bahasa Malaysia dia kelakar sikit.Dah lama tak jumpa,tak tahu apa ceritanya.Seronok bergurau dengan sensei ni.


 Ini bilik saya bersama 2 orang rakan yang lain.Setiap bilik ada 2 atau 3 orang.Kebetulan saya ditempatkan dengan rakan yang memang belajar bersama sewaktu di ITM Shah Alam dulu,jadi memang kami serasi.


Ini sewaktu di kelas bahasa Jepun.Kelihatan saya sedang bertanya sesuatu dengan Habibah sensei.Penuhlah informasi tentang Jepun dalam kelas tu.Kami diajar menulis Hiragana dan Katakana.(nanti kita belajar ye)



 Untuk tubuh yang sihat dan minda yang cergas bersukan menjadi keutamaan.Biasanya kami perlu bangun seawal 6 pagi/selepas subuh,untuk turun membuat senaman ringan hingga jam 7 pagi.Ketat juga peraturan di sana.Jangan harap dapat tidur sampai tengah hari ye.Datang sini suruh belajar,bukan suruh tidur ye.Tapi bila dah sampai Jepun baru tahu,memang mereka akan bersenam setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan.




Kalau dah hampir 6 bulan belajar bahasa Jepun,mesti ada acara wajib ni.Acara buat lawatan sambil belajar.Kat mana ni?Ye betul !Zoo Negara.Nak suruh kenal haiwan dalam bahasa Jepun lah tu.Inilah group kami.Kankoo Group.Jalan-jalan tengok haiwan sambil bercakap dengan haiwan...ha ha ha...itu kamilah tu..buat kerja gila-gila sikit..Hilanglah tension kan.

bersambung....

Pesanan: Sengaja saya blurkan beberapa gambar rakan kerana menghormati mereka kini sudah bertudung.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...