Sebelum ke Jepun perlu menghadiri kelas bahasa Jepun.Sebab apa kena belajar?Sebab orang Jepun dia menghargai bahasa dia,maka semua papan tanda,tanda arah dalam bahasa Jepun.Lagipun ramai yang tak pandai berbahasa Inggeris,jadi bahasa Jepun harus belajar.
Kami belajar bahasa Jepun di Pusat Pendidikan Persediaan Bahasa Jepun/Korea ITM yang ditempatkan di bangunan Wisma Belia,Kuala Lumpur.Kami menjadi pelatih Program Dasar Pandang Ke Timur sesi 1995/1996.Disinilah tempat kami belajar dan di sini jugalah tempat kami menginap.Oleh kerana rumah saya di Kuala Lumpur juga,kerap jugalah saya balik ke rumah mak ayah,berbanding kawan-kawan lain yang datang dari jauh.Saya tinggal di tingkat atas sekali.
Inilah Razak Sensei.Ketua Program dasar Pandang ke Timur.Inilah bapa kami sewaktu kami belajar di sana.Beliau sangat mempunyai banyak pengalaman ketika belajar di Jepun dulu.Beliau juga saksi yang masih hidup untuk menceritakan detik-detik bom dijatuhkan di Hiroshima,berdekatan dengan tempat beliau belajar.Sangat sedih kami mendengar cerita beliau sewaktu kejadian.(nanti ada masa saya ceritakan).
Kelas bahasa Jepun dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang berpengalaman.kami panggil cikgu 'sensei'.Lepas ni kita sebut sensei ye.Ni kelas saya J9 dan guru kelasnya bernama Habibah sensei.Terdapat 12 buah kelas yang terdiri dari 7 orang anak murid setiap kelas.Kelas saya diberi nama 'kankoo group' sebab kami dari aliran pelancongan.Kankoo tu pelanconganlah.
Penolong ketua kelas ko....Diorang ni malas nak buat keje lantik saya kan...Saya kan rajin.Ketua kelas lelaki tau.Biasa mesti ada persatuan,saya juga kena lantik menjadi Ketua Biro Helwani,menguruskan hal ehwal wanita.Wanita yang tak ramai manapun.16 orang je punnnnn.(sambung jadi jepun kan).
Okay,kalau dah belajar bahasa Jepun,harus juga belajar makan style diorang.Guna chopstick le tu.Maklumlah saya tak pernah pun makan guna benda tu.Kemain kekok nak pegang.Sekarang pun bukan pandai pun guna chopstick punnnn.Siap ada kelas tau nak belajar makan cara Jepun ni.Tu baru belajar makan atas kerusi,belum lagi makan atas lantai dengan meja cute dia tu.Mujur kita orang Melayu pandai makan bersila kan...he he he...
Dah belajar kemain bahasa Jepun,mesti diujikan.Jadi mereka pun mengadakan kuiz dalam bahasa Jepun.Saya hanya jadi tukang sorak lah,sebab kita kena hantar yang paling handal dalam bahasa Jepun untuk kuiz ni.Baru boleh menang,Memang kami menang punnnn.
Ini Sejima Sensei,memang asal dari Jepun,tapi dah lama menginap di Malaysia.Bolehlah dia cakap sikit-sikit Bahasa Malaysia.Sejima sensei rajin kena usik dengan kami,sebab 'sleng' bahasa Malaysia dia kelakar sikit.Dah lama tak jumpa,tak tahu apa ceritanya.Seronok bergurau dengan sensei ni.
Ini bilik saya bersama 2 orang rakan yang lain.Setiap bilik ada 2 atau 3 orang.Kebetulan saya ditempatkan dengan rakan yang memang belajar bersama sewaktu di ITM Shah Alam dulu,jadi memang kami serasi.
Ini sewaktu di kelas bahasa Jepun.Kelihatan saya sedang bertanya sesuatu dengan Habibah sensei.Penuhlah informasi tentang Jepun dalam kelas tu.Kami diajar menulis Hiragana dan Katakana.(nanti kita belajar ye)
Untuk tubuh yang sihat dan minda yang cergas bersukan menjadi keutamaan.Biasanya kami perlu bangun seawal 6 pagi/selepas subuh,untuk turun membuat senaman ringan hingga jam 7 pagi.Ketat juga peraturan di sana.Jangan harap dapat tidur sampai tengah hari ye.Datang sini suruh belajar,bukan suruh tidur ye.Tapi bila dah sampai Jepun baru tahu,memang mereka akan bersenam setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan.
Kalau dah hampir 6 bulan belajar bahasa Jepun,mesti ada acara wajib ni.Acara buat lawatan sambil belajar.Kat mana ni?Ye betul !Zoo Negara.Nak suruh kenal haiwan dalam bahasa Jepun lah tu.Inilah group kami.Kankoo Group.Jalan-jalan tengok haiwan sambil bercakap dengan haiwan...ha ha ha...itu kamilah tu..buat kerja gila-gila sikit..Hilanglah tension kan.
bersambung....
Pesanan: Sengaja saya blurkan beberapa gambar rakan kerana menghormati mereka kini sudah bertudung.

seronoknya boleh cakap banyak bahasa........
ReplyDeleteitupun dah lupa...he he he
DeleteWaah kak, so retro and highly sentimental value sume gambar2 ni..sesekala layan kisah silam seronok..!
ReplyDeletebetul2 tu...sangat memberi banyak kenangan...kadang-kadang terbayang-bayang saat-saat itu..
Deletepandainya akk olah semula. mmg daya ingatan yang kuat. suka baca! ;D
ReplyDeletemudahkan nak faham...he he he...sehari suntuk tau nak susun rentetan peristiwa..he he he
DeleteSeronoknya... bleh belajar bahasa jepun. Nanti citer la pengalaman Razak Sensei tu ye. Nak tau gak sejarah dulu.
ReplyDeleteEwah, jadi penolong ketua kelas. Pepeperghh... Ummi arissa dulu cun la. Selim.
Saya hanya pandai guna chopsticks kalau pakai tangan kiri. Tgn kanan tak berapa pandai sgt. Sbb saya lefthanded kot.
seronok...tentang Razak Sensei nantilah nak kumpul maklumat,dah banyak lupa...he he he
Deletepatut tersedak tadi..ada orang sebut rupanya...he he he
lefthanded orang cerdik ni..