Wednesday, July 25, 2012

Kelahiran di Bulan Ramadan

Walaupun di kejauhan,jauh dari keluarga,FB (facebook) menjadi satu ikatan yang boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Anak saudara suami yang kini masih belajar di Cairo,Egypt..sudah pun selamat melahirkan anak sulung lelakinya pagi semalam.Akibat anak yang terlalu besar 4kg,maka pembedahan terpaksa dilakukan.Alhamdulillah dapat juga kami melihat anaknya walaupun dia melahirkan anak di hospital Mesir sana.Ada saya cerita di sini tentang kehamilannya.

Bertuah anak ini sangat disayangi semua walaupun masih di dalam perut ibu.Semua sama-sama mendoakan keselamatan anak ini.Sehinggalah lahir,tidak putus-putus,keluaraga,sahabat handai menghantar ucapan tahniah.Nu'man ni lah cucu saudara terbaru kami.Rasanya tahun depan baru boleh balik Malaysia.Katanya ibubapanya ada peperiksaan yang perlu dihabiskan.


Wah...orang lain dapat cucu,saya dan suami pun terpalit juga dengan pangkat atok dan nenek.Tua dah saya hu hu hu...Tok ayah pun bertambah cicitnya...Seronok benar saya lihat reaksi keluarganya di Kelantan tu.Dengar kata tersengih-sengih Tokku  dan Tok ayah melihat gambar cucunya.Tapi sayang sekali jauh untuk didakap,dipeluk dan dicium.Takpe,cuti sekolah ni khabarnya mereka nak terbang ke sana.

Tahniah!Beruntungnya dapat mak dan ayah awak Nu'man,sanggup berkorban apa saja demi anak tercinta.Terpaksa berjauhan dengan mak ayah,terpaksa belajar dengan mengusung awak ke hulu hilir dalam perut....tapi sangat berbaloi!

Pesanan:Seronok,mengandung di Mesir,bersalin di Mesir pada bulan Ramadan,membesar seketika di Mesir ,suasana yang diidam semua.

23 comments:

  1. slm..tahniah nyer dpt cucu..hehehe..
    itu ar kebaikan muka buku ni (fb), merapatkan persaudaraan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat cucu.. itulah kebaikan fb, merapatkan silaturrahim.. yang jauh rasa dekat.. tapi banyak orang salah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ramai yang salah guna fb ni..

      Delete
  3. 4kg?
    besar tu..alhamdulillah...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. besarkan..anak sulung saya dulu 3.5kg...mujur boleh bersalin normal..

      Delete
  4. Alhamdulillah 4 kg!! selamat dan montelllnya memang membuat tok dan nenek di M'sia tak sabar nak terbang ke sana.

    Kakak dah lama jadi nenek walau anak masih sekolah tau. Sebab adib-beradiik kakak yg lebih tua dari kakak dah ada cucu so kakak pun jadi neneklah juga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat dah kakzakie...besar kan..

      saya pun baru 7 tahun lepas dapat title nenek ni...ramai dah anak buah suami yang kawin dan beranak pinak ni..he he he

      Delete
  5. Tahniah!!bb tu mmg debab..i likee..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. terima kasih ye DYlla Abas dan MamaEma

      Delete
  7. tahniah kak...mmg besau le 4 kg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha semua kata besar...senang nak mandikan..taklah takut kan..

      Delete
  8. wahhh 4kg! bulat biji mata dni tengok angka tu. hehe. tahniah tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar tau 4kg tu dni...terima kasih ye...

      Delete
  9. comelnya baby......
    anak ke 2 - 4.15kg.......anak ke 4 - 4.18 kg
    memang tak sangka dpat baby besar......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah baby awak pun berat boleh tahan...besar juga ye...

      Delete
  10. Tahniah ye ummi arissa sebab sekali lagi dapat cucu. Nu'man tu sedap juga namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lyd..bertambah tua...sedap nama nu'man kan..boleh lah simpan untuk nama anak nanti..

      Delete
  11. alhamdulillah, tahniah buat akak & 1 family. sedap nama baby, nu'man :) semoga ada berkat dilahirkan dalam bulan mulia

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...