Thursday, July 19, 2012

Sekitar Majlis Harijadi Prasekolah Anis

Saya sebenarnya bukan boleh sangat hadir ke majlis ni.Bayangkan saya menjaga anak-anak cikgu,jadi takkan saya nak angkut semua ke majlis tu.Ramai yang kecik dari yang besar.Jadi saya pun plan baik punya.

Saya suruh suami balik kejap,tolong tengokkan anak jagaan saya,maka saya pun senang lenanglah ke majlis tersebut.Mujur sekolah anak dekat je ,jalan kaki pun boleh.ha ha ha

Kasihan pula kat Anis kalau saya tak hadir.Dia mesti terasa hati kalau lihat ibu atau bapa kawan-kawan lain ada,tapi dia takde.Mesti dia sedihkan.Jadi saya pun menghadirkan diri bersama sibongsu Arissa.


Tengok Anis dan rakan-rakannya.seronok je tengok budak-budak ni.Anis tersilap info,sepatutnya pakai baju sekolah je.tapi mentangkan nak sambut harijadi dia sekali,siap pakai baju kurung cantik lagi.Mujur ada Anieq kawannya pun pakai baju lain.Orang lain semua pakai pakain seragam sekolah.



Ini kek yang ditempah cikgu pra,okay lah rasanya.Gambar mesti tak larilah dari watak-watak kartun kan.Sebagai pembuat kek,harus ambik gambar kek ni.


Antara makanan yang dihidangkan untuk ibubapa.Laksa Penang,laksam Kelantan,ayam goreng,nugget dan kentang goreng.Itu je lah kan.


Anis sedang menerima hadiah harijadi daripada gurubesar.Sambil diperhatikan oleh cikgu Pra nya.Tak sempat nak betulkan tudungnya.Selebehnya.


Acara memotong kek.nampak tangan cikgu yang lebihnya pegang pisau nak potong kek ni...he he he


Antara ibu-ibu yang hadir...ada juga 3 orang bapa yang hadir.Nampak berpakaian lengkap pejabat,mungkin ambil masa sikit ke majlis ni.Kaum ibu ramai yang surirumah termasuk saya.Tu dia saya bertudung coklat bersama Arissa di atas pangkuan.

Acara selesai sejam kemudian.Kami balik dulu sementara anak-anak tinggal dulu di dalam kelas.banyak lagi hadiah cikgu nak bagi.

Pesanan:Ini rezeki,maknanya dah kenyang tak masak tengah harilah...he he heOh ye..adik saya dah selamat bersalin..Alhamdulillah semuanya selamat....

14 comments:

  1. meriah jugak ye..makanan pun semuanya sedap2 esp laksam tuh..hehehe..my fav tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksam memang sedap..tapi macam kurang ikanlah...tapi mujur ada kan dari takde benda nak makan...

      Delete
  2. Wah..sempat curi masa nak ke sana..
    Hehehr..bebudak mmg tudung sentiasa selebeh..tp ok ar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kasihan kat anak..tudung kira okay lagi kan..

      Delete
  3. Happy birthday Anis! Semoga jadi anak yg solehah ya!

    ReplyDelete
  4. hepi besday buat adik anis...cantik kek tu...^^

    ReplyDelete
  5. selamat ulangtahun Anis! wah kek mmg angry bird! hihi..
    anyway selamat menyambut Ramadhan buat ummiarissa sekeluarga. ;D

    ReplyDelete
  6. happy birthday anis..wah..kek tu ctk..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ye aunty Dinas Aldi,jemaisuri,Asmara dan fieda...daripada Anis...he he he

    Selamat berpuasa ye..

    ReplyDelete
  8. happy birtday buat adik anis...semoga impian adik anis menjadi kenyataan....jadilah insan muslimah yg solehah...happ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ..saya pun sebagai ibu mengharapkan impian yang sama seperti ibu2 yang lain terhadap anak kesayanagn..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...