Saturday, July 14, 2012

Tebaloi

Baru-baru ini suami ada kursus di Kuala Lumpur.Dia bawa balik ole-ole.Tapi bukan dari Kuala Lumpur,tapi tebaloi yang dia dapt dari kawannya orang Sarawak.

Tebaloi ni saya lihat ramuan kat kotak tu diperbuat daripada tepung sagu,kelapa parut,telur dan gula.Ianya makanan tradisional orang Sarawak.Saya baru pertama kali makan tebaloi ni.Biasa dengar,tapi tak pernah tengok rupanya.

Tapi saya rasa tebaloi ni dah dikomersilkan dan dipacking dalam kotak cantik untuk jualan umum.Kalau nak beri hadiah kepada seseorang bolehlah beli dalam kotak ni.Yang penting ada tanda halal.


Tak pula bertanya berapa harganya.Eloknya kalau orang beri hadiah tak perlu tanya harga tau.takut tersinggung tuannya.

Rasanya?Saya rasa seperti makan biskut kelapa,bezanya ianya seperti keropok nipis.Rangup gitu.Yang ni ada perisa,sebab warna hijau perisanya pandan.Kalau saya cari kat google tentang Tebaloi ni,ianya makanan tradisi orang Melanau.Rasa sedap,sebut pun sedap...Tebaloi!Berbaloi!

Pesanan:Masih berangan untuk ke Sarawak...nak beli kek lapis....

13 comments:

  1. wah, dah lama tak makan tebaloi.. hehe

    ReplyDelete
  2. teringin gak nak rasa . dengar cakap rangup. eheh .

    nak nak kek lapiss !! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kalau tak masuk angin rangup...

      Delete
  3. memang bewrbaloi kan ummiarissa...

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan tebaloi.....teringin jugak nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rasa juga..tapi kat sini tak taulah jual mana

      Delete
  5. sedap ni kak..saya pun 1st time makan tu pun kirim kat member..

    ReplyDelete
  6. Kita suka makan tebaloi nie.. kawan opis selalu gak bawak opis..

    **Aah mahal harga makan dkt ana ikan bakar tu.. heeehhe.. kalau dkt bgn lalang dgn harga tu sekali dgn ketam.. tp saya tutup mata sbb ikan bakar tu jerk yang sedap.. heeheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dah biasalah makan tebaloi ni ye...he he he..saya first time makan...

      Delete
  7. ehem kek lapis sarawak selalu makan..tebaloi tak pernah lagi.. :(

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...