Tuesday, July 24, 2012

Kemalangan di hari ke 2 puasa

Sewaktu pulang dari Kelantan ke Kuala Lipis pada pagi puasa ke 2,kami terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan lori ayam terbalik.Pada mulanya jalan jem menyebabkan kami tertanya-tanya,kerana takkan lah awal pagi jalan jem.Lagipun hari tu hari ahad.Semua dah ke sekolah dan ke tempat kerja bagi negeri Kelantan.Rupanya ada kemalangan.


Ini gambar yang sempat saya ambil.Kelihatan ayam-ayam di dalam bekas tu berjaya diselamatkan.Maklumlah bulan puasa ni permintaan ayam meningkat.Pada ketika ini,sebelum saya lalu betul2 di tempat kejadian,berlaku adegan menyembelih ayam ditepi jalan.Mungkin ayam tu dah nyawa-nyawa ikan,jadi penyembelihan harus disegerakan.

Kelihatan juga ayam-ayam yang mati bergelimpangan.Sedih pula saya tengok ayam-ayam tu mati macam tu je.Kesian tau.Kalau lihat lori tu jadi sampai terbalik,saya memikirkan nasib pemandunya.Kalau baca berita di suratkhabar,pemandunya terselamat.


Cuba bayangkan tayar lori sampai tercabut dek kerana kemalangan yang dasyat itu.Milik siapakah tayar itu?Masih kelihatan lagi ayam-ayam yang mati tidak dapat diselamatkan.

Beritanya sudah keluar di sinar harian

Antara beritanya saya copy sikit:

MACHANG - Seorang wanita mautselepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan ayam di Kilometer 39.5, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, di sini, semalam.

Kemalangan jam 6.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Roos Amizan Ab Rahim, 35, yang memandu kereta Mercedes-Benz maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd Asri Husain,43 dan seorang anak mereka, Nurafifi Fariza, 6, cedera parah.



Yang peliknya,saya tak nampak langsung kereta terbabit.Mungkinkah kereta itu tercampak jatuh ke sebelah sana.Memang kejadian berlaku awal pagi,sedangkan saya sampai sana dalam pukul 8 pagi.Lagipun kami pun nak cepat sampai ke rumah,jadi kami tak berhenti lama melihat tempat kejadian.Inilah yang menyebabkan jalan jem,masing-masing berhentikan kenderaan untuk melihat kemalangan ini.Mangsa pun dah di bawa ke hospital.

Pesanan:Berhati-hatilah bila memandu awal-awal pagi tu.Sebabnya kita dah bangun sahur awal pagi,mungkin mengantuk.

34 comments:

  1. mungkin gak pemandu mengantuktu, atau tayar bocor

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...ikut berita tu,pemandu kereta bawa laju...hmmm tak taulah...dah nak jadi..semua dah Allah tentukan..

      Delete
  2. Allah hai...ni yg gerun nk dgr..tpi jln kb-kuala krai tu mmg dh masuk list antara jln kemalangan maut..nk buat mcm mana..itu satu2 nya jln yg ada utk sampai ke kota bharu..kdg2 kita berhati2 orng lain pula careless..doa jela moga dijauhkan dr musibah spt ini dekat2 nk raya ni..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. padahal jalan tu tak lah banyak selekoh tajam...lebih banyak jalan lurus...kena hati2 lh..

      Delete
  3. pagi ni pun cheqna mengantuk sangat drive..
    sudahnya cheqna bukak tingkap..baca ayat kursi..al fatihah kuat2...

    ReplyDelete
  4. ya Allah... ngerinya kemalangan ni sampai meragut nyawa.. Innalillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib waktu kami sampai mangsa2 kemalangan dah takde..kalau tak...terbayang2lah nanti..

      Delete
  5. Apa yg akak sedihkan pada si anak kehilangan ibunya di bulan mulia dan hari raya pasti mengundang lebih banyak airmata. sedihnya:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..tu lah...terpaksa beraya tanpa mak...sedihkan kat anak2 kecik dia..

      Delete
  6. al-fatihah.. mesti keluarga mangsa bersedih nak2 menjelang raya ni :(

    ReplyDelete
  7. kesian...bulan ramadhan kalo drive kene pasang kagu kuat2 ..kasi hilang ngantuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pose boleh makan makanan ringan kan...itu cara suami saya

      Delete
  8. bulan2 pose ni kalo drive.kena hati2..sbb ramai je manusia yg tak sabar bln posa nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah..patutnya bulan pose ni kena banyak bersabar kan..

      Delete
  9. Al-Fatihah untuk mangsa. mmg kene barhati2 selalu kan. moga kita semua terus dilindungi. amin..

    *kak saya dah rply email, baru sgt baca semalam. hihi..gomen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena hati-hati sangat...

      *tq ye..saya dah baca...

      Delete
  10. Awal pagi lagi accident. Semoga mereka yang meninggal dunia ditempatkan di tempat yang lebih baik di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi-pagi..jalan gelap lagi tu...tak nampak agaknya..

      Delete
  11. Jalanraya sebelah kelantan ke Lipeh memang la bahaya kan.. eh, takde ke orang yang kejar-kejar ayam tu, tangkap bawa balik he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejar2 ayam agaknya waktu kejadian berlaku tu kot,sebab ida sampai tu semua dah masuk sarang,yang ayam kat luar tu yang dah mati...

      Delete
  12. Jalan sebelah sana memang bahaya huhuhu...seram pulak tengok lori tue terbalik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi lori terbalik tu...pemandunya selamat...

      Delete
  13. al fatihah buat mangsa......
    dasyat betul accident tuh sampai tercabut tayar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mula2 amik gambar tak perasan kan tayar tu...bila tengok balik baru perasan..

      Delete
  14. Ya Allah... camne sampai blh tercabut tayar tu...

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah buat keluarga mangsa... Saya sempat juga menjenguk adik Nurafifi di Hospital HUSM Kubang Kerian di wad 2 Selatan. Semoga adik Nurafifi tabah menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihan kat adik tu kan...kehilangan maknya...

      Delete
  16. i miss u aunty.. al-fatihah.. semoga aunty sy dtmptkn d tmpt org2 yg beriman.. aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang hidup perlu teruskan kehidupan....yang sudah tiada kita sedekahkan al-Fatihah...

      Delete
  17. Replies
    1. oh aunty awak ye...salam takziah ye...sedekahkan al fatihah ....

      Delete
  18. aQiel adnan, awk ni spupu afiq farhan ke?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...