Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Sebak membaca luahan hati seorang ayah yang baru kehilangan anak sulungnya


Berikut luahan hati seorang ayah . Seperti yang kita maklum ayah lebih tabah dari mak.











Rentetan kisah anak jiran saya...

Perginya anak yang soleh

Rutin biasa saya setiap pagi membawa anak-anak taska ke taman permainan. Membuat aktiviti rutin seperti senaman ringan.
Tatkala waktu selesainya aktiviti tersebut,saya berjalan pulang ke rumah,di kala itu,saya lihat jiran baik saya dan suami kelihatan tergesa-gesa menaiki kereta. Sempat saya menegur bertanya arah tujuan.

"Eh Kak Tie nak ke mana ni?".tanya saya.
"Along kemalangan di Temerloh".
"Macam mana?Dia takde apa-apa kan?"tanya saya lagi.
Kak Tie hanya menggelengkan kepala dan senyap.Terus menaiki kereta.

Sebaik tiba di rumah,saya lihat jam lebih kurang 8.45 pagi.Perasaan risau menerpa hati saya. Tidak senang duduk saya.
 Saya mencapai handphone dan mulai menghantar mesej kepada suami.Saya beritahu halnya,dan meminta dia telefon semula suami Kak Tie,Cikgu Rozlan bertanya khabar.
Suami saya dan suami Kak Tie satu tempat kerja. Ironinya saya menghantar mesej sahaja sebab dia sedang jaga budak periksa.

Tak lama kemudian,saya mendapat panggilan dari suami mengatakan anak Kak Tie yang kemalangan tu,meninggal dunia. Terkejut saya.Yang lebih sedih Kak Tie dan suami masih dalam perjalanan ke Temerloh dari Benta, masih tidak tahu yang anaknya sudah tiada. Keluarga di Temerloh merahsiakan hal ini.



Terus bercucuran air mata ini.Mengalir tidak henti.Saya cuba buat panggilan kat Kak Tie,tapi tidak berjaya.

Saya dah resah gelisah di rumah. Sedihnya saya seperti anak saya yang terlibat.Inilah dikatakan naluri ibu.Lagipun saya juga mengenali arwah.
Memang tidak disangka,arwah yang saya kenali sangat berbudi bahasa dengan orang tua,sangat pendiam,sangat berlemah lembut,anak yang soleh...akhirnya pergi jua.

Dia dikatakan baru keluar dari rumah untuk ke tempat praktikal. Dengan menaiki motosikal,sampai di jambatan Temerloh,cuba mengelak sesuatu di hadapan,dia dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.
Sudah sampai ajalnya.Tanggal 14 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435...Berakhirlah kehidupannya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya selama 22 tahun.

SALAM TAKZIAH.AL FATIHAH....

Wednesday, October 02, 2013

Gara-gara guru menyuruh pelajar panaskan enjin kereta,3 orang pelajar lain kena langgar

Anak saya baru je beritahu minggu lepas sekolah rendahnya akan mengadakan perkhemahan di Kg lalang,Kuala Lipis.Jadi dia minta kebenaran.Kalau dah cikgu yang suruh pergi,pergi je lah.Kata saya pada anak saya tu.

Tiba-tiba malam tadi kecoh di sekitar perumahan saya bercerita tentang budak kena langgar waktu di kem tersebut.Ceritanya seorang guru menyuruh seorang pelajarnya menghidupkan enjin kereta (panaskan enjin kereta).Entah macam mana kereta tu 'reverse' ke belakang dan melanggar 3 orang pelajar menengah yang masih berkemas di dalam khemah tersebut.Antara salah seorang pelajar tersebut adalah anak jiran lama saya.

Untuk kepastian saya cuba menjenguk kedai makan dia di Hentian Rehat Benta,sah,memang tutup malam tadi.Siti Aisyah Mohd Radzuan cedera tulang selangka dan patah tangan kiri.Sekarang dia berada di Hospital Kuala Lipis,saya masih tidak dapat menjenguknya lagi,kerana suami saya balik lewat jaga budak periksa minggu ni.

Saya doakan semoga semuanya cepat sembuh.Dahlah tu anak sulung perempuan,tiba-tiba pulak terjadi tragedi tidak disangka ni.Pasti keluarganya sedang bersedih lagi ketika ni.

Anak saya telefon lagi malam tadi,beritahu cikgu batalkan perkhemahan tersebut.Sepatutnya hari ni budak sekolah rendah (sekolah anak saya) pula yang berkhemah di sana.Jadi tak jadilah dia berkhemah hari ni.

Untuk berita lanjut boleh baca SINI

Pesanan: Harap cikgu janganlah suruh pelajar buat perkara yang tiada kaitan dengan mereka....

Sunday, December 16, 2012

Sayangnya Siti dengan suaminya

Bila je mendengar suaminya mendapat kemalangan di New Zealand,terus penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza dan kakak iparnya Datin Zaiton berangkat ke New Zealand dari KLIA.Lagi best Siti terpaksa membatalkan konsertnya yang sedang berlansung di Jakarta.

Betul dah tindakan Siti tu.Tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.Saat ni lah nak uji kasih sayang suami isteri.Adakah ikhlas atau berpura-pura.Mujur dalam kemalangan tersebut Datuk K masih terselamat.Masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian dari Allah ini dan sama-sama bermuhasabah diri.



Difahamkan Datuk Khalid menunggang motorsikal berkuasa tinggi untuk bersiar-siar sewaktu kemalangan terjadi.Ini menyebabkan beliau patah bahu,tangan dan kaki.

Untuk berita lanjut baca di SINI

Kalau nak jadi apa-apa...mana-mana pun boleh terjadi....INSAF....

Pesanan:Bila dengar musibah sana-sini...saya insaf seketika dan berusaha memperbaiki diri dengn lebih baik.

Monday, October 01, 2012

Pelajar Maut Tak Sempat Ambil SPM

Sedih bila mendapat khabar berita pelajar di sekolah suami maut dalam kemalangan di Bentong pada hari sabtu lepas(29/9/2012).Kalau dengar cerita,macam-macam versi yang disampaikan. Ada yang sedap didengar ada juga yang tak sedap didengar.Tak perlulah saya sebarkan cerita tersebut.

 Mereka bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ni.Seorang maut,manakala seorang lagi masih koma di hospital.Kebetulan Cikgu Niena mengajar budak-budak tersebut,jadi dia tahu lah serba sedikit tingkah laku pelajarnya itu.Tentu dia amat sedih mendengarnya.Suami pula tak mengajar budak-budak tu,jadi tak berapa kenal sangatlah.

 Menurut versi cerita yang disampaikan,pelajar yang maut tu terburai isi perutnya dan patah kedua-dua kakinya akibat kayu balak yang terhempap ke atasnya.Manakala yang koma di hospital pula mengalami kecederaan teruk di bahagian organ dalaman.Hingga kini masih tidak dapat cerita yang sahih.Sekadar penyampaian dari mulut ke mulut.

Kita hanya mampu berserah pada Allah agar segalanya selamat.Yang sudah meninggal pula takziah buat keluarga dan semoga didoakan diampunkan dosa-dosa si mati.Semoga rohnya bersama orang-orang beriman.

Berikut sedutan dari akhbar Berita Harian.

Pelajar maut, dua parah nahas motosikal dan lori

Cetak
KUANTAN: Seorang remaja maut maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan motosikal dan sebuah lori di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal Mohamad Zaidi Ahmad, 17, manakala pemboncengnya Mohd Hafifi Jamaludin, 17, dan pemandu lori M. Murugiah, 61, cedera parah.
"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kedua-dua mangsa yang parah itu pula kini dirawat di Hospital Bentong," katanya ketika dihubungi di sini. 

Aziz berkata, ketika kejadian 6.44 pagi itu, motosikal terbabit bertembung dengan lori berkenaan selepas memotong sebuah kenderaan lain.

"Mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sultan Ahmad Shah di sini mati akibat cedera parah di kepala," katanya.

Pemandu lori berkenaan pula cedera parah apabila lorinya terbabas selepas melanggar motosikal itu. - BERNAMA 
Pesanan:Tanamkan sifat sabar dalam memandu,anak-anak ingatlah keluarga yang sedang menanti kepulangan kita di rumah terutama ibubapa kita.Penuh harapan menunggu si anak.

Tuesday, July 24, 2012

Kemalangan di hari ke 2 puasa

Sewaktu pulang dari Kelantan ke Kuala Lipis pada pagi puasa ke 2,kami terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan lori ayam terbalik.Pada mulanya jalan jem menyebabkan kami tertanya-tanya,kerana takkan lah awal pagi jalan jem.Lagipun hari tu hari ahad.Semua dah ke sekolah dan ke tempat kerja bagi negeri Kelantan.Rupanya ada kemalangan.


Ini gambar yang sempat saya ambil.Kelihatan ayam-ayam di dalam bekas tu berjaya diselamatkan.Maklumlah bulan puasa ni permintaan ayam meningkat.Pada ketika ini,sebelum saya lalu betul2 di tempat kejadian,berlaku adegan menyembelih ayam ditepi jalan.Mungkin ayam tu dah nyawa-nyawa ikan,jadi penyembelihan harus disegerakan.

Kelihatan juga ayam-ayam yang mati bergelimpangan.Sedih pula saya tengok ayam-ayam tu mati macam tu je.Kesian tau.Kalau lihat lori tu jadi sampai terbalik,saya memikirkan nasib pemandunya.Kalau baca berita di suratkhabar,pemandunya terselamat.


Cuba bayangkan tayar lori sampai tercabut dek kerana kemalangan yang dasyat itu.Milik siapakah tayar itu?Masih kelihatan lagi ayam-ayam yang mati tidak dapat diselamatkan.

Beritanya sudah keluar di sinar harian

Antara beritanya saya copy sikit:

MACHANG - Seorang wanita mautselepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan ayam di Kilometer 39.5, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, di sini, semalam.

Kemalangan jam 6.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Roos Amizan Ab Rahim, 35, yang memandu kereta Mercedes-Benz maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd Asri Husain,43 dan seorang anak mereka, Nurafifi Fariza, 6, cedera parah.



Yang peliknya,saya tak nampak langsung kereta terbabit.Mungkinkah kereta itu tercampak jatuh ke sebelah sana.Memang kejadian berlaku awal pagi,sedangkan saya sampai sana dalam pukul 8 pagi.Lagipun kami pun nak cepat sampai ke rumah,jadi kami tak berhenti lama melihat tempat kejadian.Inilah yang menyebabkan jalan jem,masing-masing berhentikan kenderaan untuk melihat kemalangan ini.Mangsa pun dah di bawa ke hospital.

Pesanan:Berhati-hatilah bila memandu awal-awal pagi tu.Sebabnya kita dah bangun sahur awal pagi,mungkin mengantuk.

Thursday, March 01, 2012

Susulan berita tentang sahabat suami yang rentung

Susulan berita tentang kemalangan tragis melibatkan sahabat suami dan juga bekas jiran kami yang saya paparkan semalam di sini.Kali ini berita memuatkan gambar mereka sekeluarga.


Dua beranak rentung nahas


Oleh Norliza Wasilan

2012/03/01

ARMINUDIN (kiri) dan Marzuany Shuhaida (kanan) bersama anak sulung mereka, Marissa Alma.
ARMINUDIN (kiri) dan Marzuany Shuhaida (kanan) bersama anak sulung mereka, Marissa Alma.

KOTA BHARU: Seorang guru dan anak perempuannya berusia empat tahun rentung apabila kenderaan dinaiki meletup selepas bertembung pacuan empat roda malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 malam di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih, di sini, Arminudin Abdullah, 42, yang bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Marissa Alma dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Selepas kemalangan, Arminudin dikatakan keluar dari kenderaan untuk mengeluarkan Marissa Alma dari pintu tempat duduk belakang namun gagal akibat letupan yang akhirnya mengorbankan mereka berdua di tempat kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas, turut terbakar.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka terselamat dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala dua mangsa yang rentung turut dibawa ke hospital yang sama,” katanya di sini, semalam.

Isteri Arminudin, Marzuany Shuhaida Mohd Sukri, 39, yang bertugas di sekolah sama dengan suaminya berkata, arwah keluar dari rumah di Kampung Seri Kulim, Melor, bersama anak sulung jam 7 petang untuk menghantar saudara ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan kemudian mahu bertemu rakannya.

Bagaimanapun, beliau berasa bimbang apabila suaminya dan anak tidak pulang rumah sehingga jam 11 malam.
“Saya cuba telefon arwah banyak kali tetapi tidak dijawab. Saya menghubungi adik ipar dan meminta dia menghubungi hospital namun tidak ada sesiapa maklumkan ada kemalangan.

“Selepas menunggu lama, akhirnya saya dimaklumkan adik ipar jam 5 pagi tadi (semalam) mereka terbabit kemalangan,” katanya yang sebak kehilangan suami dan anaknya.

Jenazah dua beranak itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.

Seorang saksi kejadian warga Myanmar, Razak Abdullah, 30, berkata dia baru selesai menunaikan solat Isyak di madrasah tidak jauh dari lokasi kemalangan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Berikutan itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar.

“Saya hanya sempat menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Rangers berikutan api marak dengan cepat,” katanya.

Sumber:SINI

Pesanan:Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t.Al-Fatihah untuk arwah dan anaknya.

Wednesday, February 29, 2012

Mangsa Rentung Sahabat Suami Saya

Dua rentung dalam nahas di Pasir Putih


2012/02/29

KOTA BHARU: Seorang dewasa dan kanak-kanak dipercayai mempunyai pertalian darah rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang dan masuk ke lorong sebelah sebelum berlanggar dengan kenderaan lain dan terbakar.

Identiti mangsa nahas 9.15 malam tadi di depan sebuah kilang kitar semula di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih itu tidak dapat dikenalpasti kerana keadaan mayat mereka yang rentung.
Mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mayat mangsa yang terperangkap dalam Toyota Rush itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Katanya, sebuah lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas.


sumber:SINI

Gambar dari berita ntv9

Pagi-pagi saya dikejutkan dengan berita kemalangan ini.Suami saya yang memaklumkan kepada saya tentang hal ini.Memang sangat tragis kemalangan ini.Beliau yang terlibat dalam kemalangan ini adalah sahabat suami saya dan kami juga pernah berjiran seketika dulu.Namun dahulu dia tinggal bersama orang-orang bujang.

Arwah memang baik,sepanjang yang saya kenal sebagai jiran depan rumah saya.Saya jarang berbual dengannya,lagipun dia lelaki.Apabila dia berpindah dari Kuala Lipis ke Kelantan,saya tidak lagi berjumpa dengannya lagi.namun demikian,suami masih bertanya khabar jika dia ke Kelantan.


Nama penuhnya Che Arminudin Bin Abdullah yang telah pergi meninggalkan dunia bersama seorang anaknya.
Takziah kepada keluarga beliau.Al Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pesanan:Ajal Maut di tangan Allah...marilah kita bersama melipatgandakan amalan kita..

Thursday, December 29, 2011

Lagi gambar kereta kemalangan

Berita kemalangan di kawasan berdekatan rumah saya.Tak sampai 5 minit dari kediaman saya.


Balik malam tu tiada apa-apa lagi sewaktu melalui kawasan tu,esok pagi nak beli sarapan ada pula kemalangan maut di situ.Banyak makan nyawa dah kawasan tu.

Penuntut, bayi maut nahas


2011/12/26

KUALA LIPIS: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar dan meletup di KM23, Jalan Lipis-Benta di sini. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu bersendirian terbunuh di tempat kejadian.

"Bayi lelaki itu, Mohd Farhan Darwiz yang bersama datuk, nenek dan abangnya dalam sebuah lagi kenderaan juga disahkan maut di tempat kemalangan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Mengulas kejadian itu, Abdul Razak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Hadino Zafan dari arah Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan. 

"Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda dinaiki sebuah keluarga yang datang dari arah Kuala Lumpur," katanya. 

Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu Hadino Zafan terbakar sebelum meletup menyebabkan pemuda itu melecur hampir 90 peratus pada bahagian badannya. 

Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang hanya dikenali sebagai Mohd Zin sempat mengeluarkan isterinya Hamidah Kasur, 51, dan dua cucu mereka iaitu Mohd Farhan Darwiz serta Mohd Fahmi Danial, 4, sebelum kenderaan itu terbakar. 
"Bagaimanapun Mohd Farhan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. - BERNAMA 






Kemudian ada lagi pula kebakaran lori keesokan harinya.Tetapi berdekatan dengan Jeram Besu,Raub.Yang ni tak masuk surat khabar rasanya.Sebab pemandu berjaya menyelamatkan diri.


 Lalu tepi je dah rasa hangatnya api...
Setelah pihak bomba berjaya memadamkan api....


Inilah dikatakan malang tidak berbau.Tidak diketahui pula punca kebakaran tersebut,saya hanya sempat merakamnya sambil kenderaan bergerak perlahan.






Pesanan:Sentiasa berhati-hati tak kira dimana sahaja.

Wednesday, September 07, 2011

Lagi gambar kereta remuk akibat kemalangan..

Baru-baru ni(2hari lepas) di Lipis berdekatan dengan Sekolah Teknik Kuala Lipis,kemalangan yang meragut nyawa berlaku lagi.Ianya berlaku di satu selekoh.Kali ni saya hanya mendengar cerita orang je.Saya pun tidak pasti apakah kenderaan yang terlibat dan berapa ramai yang terlibat.Tetapi yang saya pasti seorang India meninggal dunia.

Semalam juga sewaktu melalui kawasan tanah perkuburan,saya lihat ramai orang India menghantar jenazah ke kuburan.Jadi mungkin inilah mangsanya.

Cuba lihat sahaja kereta ini dan renungkanlah...





Pesanan: Sentiasa berhati-hati,tetapi ingatlah malang tidak berbau.

Saturday, July 02, 2011

Gambar-gambar kereta remuk akibat kemalangan

Saya baru berpeluang mengambil gambar kenderaan yang kemalangan berdekatan dengan rumah saya.Hanya kereta sahaja yang masih tersadai di balai polis,manakala bas yang turut terbabit sudah ditunda.Berita mengenai kemalangan tersebut sila baca disini.



Kalau beginilah keadaannya,masih adakah peluang untuk mangsa hidup?


Memang hancur teruk kereta ini.


Apalah nasib keluarga mangsa...



Kereta yang sempurna menjadi cacat seumur hidup...


Renung-renungkanlah wahai pemandu semua...

Pesanan: Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...