Dua beranak rentung nahas
Oleh Norliza Wasilan
2012/03/01
KOTA BHARU: Seorang guru dan anak perempuannya berusia empat tahun rentung apabila kenderaan dinaiki meletup selepas bertembung pacuan empat roda malam kelmarin. Dalam kejadian jam 9.15 malam di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih, di sini, Arminudin Abdullah, 42, yang bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Marissa Alma dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih.
Selepas kemalangan, Arminudin dikatakan keluar dari kenderaan untuk mengeluarkan Marissa Alma dari pintu tempat duduk belakang namun gagal akibat letupan yang akhirnya mengorbankan mereka berdua di tempat kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas, turut terbakar.
“Bagaimanapun, kedua-dua mereka terselamat dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala dua mangsa yang rentung turut dibawa ke hospital yang sama,” katanya di sini, semalam.
Isteri Arminudin, Marzuany Shuhaida Mohd Sukri, 39, yang bertugas di sekolah sama dengan suaminya berkata, arwah keluar dari rumah di Kampung Seri Kulim, Melor, bersama anak sulung jam 7 petang untuk menghantar saudara ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan kemudian mahu bertemu rakannya.
Bagaimanapun, beliau berasa bimbang apabila suaminya dan anak tidak pulang rumah sehingga jam 11 malam.
“Saya cuba telefon arwah banyak kali tetapi tidak dijawab. Saya menghubungi adik ipar dan meminta dia menghubungi hospital namun tidak ada sesiapa maklumkan ada kemalangan.
“Selepas menunggu lama, akhirnya saya dimaklumkan adik ipar jam 5 pagi tadi (semalam) mereka terbabit kemalangan,” katanya yang sebak kehilangan suami dan anaknya.
Jenazah dua beranak itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.
Seorang saksi kejadian warga Myanmar, Razak Abdullah, 30, berkata dia baru selesai menunaikan solat Isyak di madrasah tidak jauh dari lokasi kemalangan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.
Berikutan itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar.
“Saya hanya sempat menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Rangers berikutan api marak dengan cepat,” katanya.
Sumber:SINI
Pesanan:Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t.Al-Fatihah untuk arwah dan anaknya.
Sedihnya..Alfatihah untuk arwah berdua..
ReplyDelete@Huda
ReplyDeleteterima kasih ye prihatin..
Sallam Ida,
ReplyDeleteTakziah buat isteri arwah,
dan al Fatihah buat Arwah.
Maaf Ida hari tu jumpa kat Aktif,
akak tak perasan sebenarnya,
balik rumah baru teringat,
masa tu kelam kabut sangat.
Al fatihah...
ReplyDelete@LIPISLADY
ReplyDeleteye lah kak...ingat lagi cara dia bercakap dengan ida lembut je..
La kak,maknanya akak tak camlah ida waktu tu..patutlah akak nampak macam blur je..takpelah kak..biasalah tu kita pun bukan kerap sangat berjumpa..
@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA
ReplyDeleteterima kasihlah sebab sudi singgah...
ya Allah..sedihnya baca kisah ni.
ReplyDeletesalam takziah.
Ya Allah... sedihnya,... speechless rasanya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama org2 beriman.
ReplyDelete@LydSunshine
ReplyDeletebegitulah hendaknya Amin!!