Monday, March 26, 2012

Tempahan kek coklat lagi

Betulkan.Jika memang telah ditetapkan rezeki itu milik kita,pasti ianya menjadi milik kita.Dalam diam tak diam,lama saya tidak mendapat tempahan sebegini.

Dulu pernah saya menolak satu tempahan seperti ini untuk satu majlis perkahwinan pada awal Januari lalu.Saya menolaknya kerana merasakan tidak mampu melakukan sendirian tatkala saya juga menjaga seorang lagi penambahan anak jagaan yang baru awal tahun ini.


Tetapi pada sebelah petang sebelum cuti sekolah penggal pertama,saya mendapat mesej dari seseorang yang ingin menempah kek coklat ini sebagai buah tangan untuk tetamu yang hadir.Apa yang saya terkejut,dia mendapat tahu mengenai saya daripada kawannya yang mana saya pernah menolak tempahannya dengan baik pada awal Januari lepas.Kawan inilah yang mencadangkan nama saya untuk sahabatnya itu.

Lihat!Saya pernah merasakan kesal kerana menolak rezeki pada awalnya,tetapi saya telah memberikan alasan yang sewajarnya dan menolak dengan cara yang baik.Tidak sangka dia pula memberikan cadangan kepada kawannya agar membuat tempahan dari saya.Terkejut juga pada mulanya.Inilah balasan berbaik sesama manusia,Baik dibalas baik.

Saya bersetuju kali ini kerana,setelah dapat menyesuaikan masa jadi saya merasakan mampu melakukannya.

Tempahan kali ini berjumlah 600 biji mini coklat kukus siap dengan pembungkusnya.Saya meminta bantuan seorang jiran untuk membungkusnya manakala saya menyiapkan adunan dan kukusan.

Alhamdulillah,saya berjaya juga meyiapkan tempahan seperti waktu yang telah dijanjikan.Banyak dugaan dan cabaran dikala meyiapkan tempahan ini.Saya terima dengan redha walaupun saya sedikit tension.

Tetapi apabila difikirkan kembali setiap yang berlaku ada hikmahnya,Pasrah dan redha.

Pesanan: Hobi suka-suka menjadi rezeki keluarga.Alhamdulillah.

37 comments:

  1. Assalammualaikum..saya sekarang sedang berfikir utk membuat bisnes sampingan tp tak tahu nak bisnes apa...susah tak buat kek macam ni?he..he..tak adalah pandai sgt bab memasak ni tp untuk diri sendiri dan anak-anak bolehlah...

    ReplyDelete
  2. Seronok kan kalau ada org hargai bakat kita. :)

    ReplyDelete
  3. @Masidah Mat Nasir
    Waalaikummussalam..eloklah jika berfikir untuk menambahkan pendapatan..kek ni mudah je buatnya..barang pun senang didapati...sebenarnya terpulang kepada Masidahlah nak buat niaga apa..mana yang minat...minat tu penting agar tak bosan nanti..saya pernah bagi resepi kek coklat kukus ni dalam blog saya..cuba cari..

    ReplyDelete
  4. @Baiduri
    letih juga nak menghabiskannya...bab paling cabar sekali ialah kena kira banyak kali..lebih takpe..jangan kurang..

    ReplyDelete
  5. @LydSunshine
    Alhamdulillah...seronok sangat...diriku rasa lebih berharga..he he he

    ReplyDelete
  6. saya hadap sorang pun boelh habis ni. suka sangat.

    ReplyDelete
  7. @Liza Abu Bakar
    banyak tu kak Liza..boleh habis ke?..he he he..meningkatkan berat badan ni...

    ReplyDelete
  8. @Mia Liana
    mini coklat je Mia...bukan size besar pun...he he he

    ReplyDelete
  9. 600 biji banyak tu kak ida..alhamdulillah rezeki..betul tu buat baik dibalas baik..dibalas bganda2 kebaikan..:)

    lama lg nak kawin kak ida..ati tgh dirawat lg nih..ehehe..

    ReplyDelete
  10. rezeki akak sekeluarga tu. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. seronok tgk kek banyak2 dalam bakul tu.. tp yang nak membuatnya penat kan.. kalau dah memang tertulis itu rezeki kita, insyaAllah kita akan mendapatnya.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. bestnye...ummi,bile dapat rase kek coklat buatan ummi ni?pos skit...heee

    ReplyDelete
  13. @Prettywrite
    itulah..kalau nak dekat kawin kot2 boleh order ngan kak ida kek coklat kan...he he he

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah rezeki ni
    sedapnya....

    ReplyDelete
  15. @rieda_ffya
    boleh je kalau nak rasa kalau datang Lipis...boleh singgah rumah...

    ReplyDelete
  16. @cheqna
    betul tu cheqna..inilah yang dikatakan..rezeki jangan ditolak...musuh jangan dicari...

    ReplyDelete
  17. ila mmg salute org yg pandai buat kek. kuih, biskut nie sbb ila tak reti..mmm

    ReplyDelete
  18. byknya dpt tempahan.. alhamdulillah..dpt disiapkan.. dh rezeki ni.. untung kalo pndai masak kan

    ReplyDelete
  19. salam ida..ehem pandainya ida buat kek, sampai dpt tempahan..mama tak berapa pandai..hu2x..

    ReplyDelete
  20. @BABY(MAMA AMANA
    baru belajar juga..banyak kali cuba..baru berani nak jual..

    ReplyDelete
  21. @LYAfrina
    inipun mujur ada jiran tu nak kongsi ilmu...boleh share sama2..

    ReplyDelete
  22. @mama aini
    ala mama ni...bukan buat kek macam kat kedai kek pun..biasa je ni...terima kasihlah pada semua..

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah murah rezeki ....600 ps dgn anak2 lagi... mmg cabaran rasanya...

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah.rezeki..600 biji banyak juga tu..tahniah sbb berjaya jg akhirnya. Nanti bolehlah kembangkan lg bisnes..:)

    ReplyDelete
  25. @ariana
    Insya Allah...ada juga dalam impian ni..

    ReplyDelete
  26. betul tu akak..kalau dah rezeki kita tetap akan jadi rezeki kita..

    ReplyDelete
  27. Salam...memang betul kata dkna tu....tapi kan memang best sangat bila tengok org yg berniaga2 ni....macam best je kan...hehehe

    ReplyDelete
  28. @Fadzli Amir
    he he he..singgah pulak kat sini?baru je singgah blog dia tadi..
    antara rezeki yang mudah adalah dengan berniaga,juallah apa saja mesti ada pembeli..yang penting niat mesti baik..
    terima kasih ye singgah sini..

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah..semuanya rezeki ummi..saya ni pun tgh berjinak2 utk mencari pendapatan sampingan..mudah2an rezeki saya pun murah mcm tu jugak..amin..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...