Betulkan.Jika memang telah ditetapkan rezeki itu milik kita,pasti ianya menjadi milik kita.Dalam diam tak diam,lama saya tidak mendapat tempahan sebegini.
Dulu pernah saya menolak satu tempahan seperti ini untuk satu majlis perkahwinan pada awal Januari lalu.Saya menolaknya kerana merasakan tidak mampu melakukan sendirian tatkala saya juga menjaga seorang lagi penambahan anak jagaan yang baru awal tahun ini.
Tetapi pada sebelah petang sebelum cuti sekolah penggal pertama,saya mendapat mesej dari seseorang yang ingin menempah kek coklat ini sebagai buah tangan untuk tetamu yang hadir.Apa yang saya terkejut,dia mendapat tahu mengenai saya daripada kawannya yang mana saya pernah menolak tempahannya dengan baik pada awal Januari lepas.Kawan inilah yang mencadangkan nama saya untuk sahabatnya itu.
Lihat!Saya pernah merasakan kesal kerana menolak rezeki pada awalnya,tetapi saya telah memberikan alasan yang sewajarnya dan menolak dengan cara yang baik.Tidak sangka dia pula memberikan cadangan kepada kawannya agar membuat tempahan dari saya.Terkejut juga pada mulanya.Inilah balasan berbaik sesama manusia,Baik dibalas baik.
Saya bersetuju kali ini kerana,setelah dapat menyesuaikan masa jadi saya merasakan mampu melakukannya.
Tempahan kali ini berjumlah 600 biji mini coklat kukus siap dengan pembungkusnya.Saya meminta bantuan seorang jiran untuk membungkusnya manakala saya menyiapkan adunan dan kukusan.
Alhamdulillah,saya berjaya juga meyiapkan tempahan seperti waktu yang telah dijanjikan.Banyak dugaan dan cabaran dikala meyiapkan tempahan ini.Saya terima dengan redha walaupun saya sedikit tension.
Tetapi apabila difikirkan kembali setiap yang berlaku ada hikmahnya,Pasrah dan redha.
Pesanan: Hobi suka-suka menjadi rezeki keluarga.Alhamdulillah.
Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts
Monday, March 26, 2012
Thursday, April 22, 2010
My Dream Destination
Sudah lama saya membayangkan diri saya berada di negara matahari terbit iaitu Jepun. Apa yang selalu bermain difikiran saya adalah untuk bermain salji asli yang terdapat di negara tersebut sambil berjalan-jalan makan angin di Tokyo Disneyland.
Selain itu saya juga ingin melihat keadaan sebenar di sana yang selalu saya baca di akhbar yang mengatakan negara tersebut mempunyai rakyat yang cukup berdisplin dalam menepati masa. Saya juga ingin menaiki keretapi yang paling laju di sana. Saya juga teringin membeli '
Apabila tiba di sana nanti saya juga teringin menikmati makanan popular mereka yang dikenali sebagai 'tempura', iaitu sayuran atau makanan laut yang disalut dengan tepung rangup khas buatan mereka. Lebih asli jika menikmatinya di negara asalnya.
Selain itu saya juga ingin melihat keadaan sebenar di sana yang selalu saya baca di akhbar yang mengatakan negara tersebut mempunyai rakyat yang cukup berdisplin dalam menepati masa. Saya juga ingin menaiki keretapi yang paling laju di sana. Saya juga teringin membeli '
kimono ' iaitu pakaian tradisional yang sering dipakai oleh rakyatnya bila meraikan sesuatu. Memakainya juga adalah salah satu impian saya.
Mesti saya akan kelihatan comel kan?
Jepun juga menjadi destinasi impian saya kerana dapat melihat tempat sebenar pengeboman yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Hiroshima. Menurut pembacaan saya, tempat tersebut masih lagi ada dan boleh dilawati oleh sesiapa. Di Jepun juga terdapat banyak sejarah yang boleh saya ketahui termasuk yang membabitkan negara kita Malaysia.
Saya masih teringat sebuah rancangan popular yang saya minati sejak dari kecil lagi iaitu 'Doeraemon',jika saya dapat ke negara Jepun saya ingin melihat sendiri cerita tersebut dalam bahasa Jepun sepenuhnya. Saya juga ingin menikmati makanan yang selalu dimakan oleh watak kartun tersebut iaitu 'Dorayaki' yang mana setahu saya melalui rakan-rakan,makanan tersebut memang ada di jual di Jepun. Bolehlah saya membelinya untuk dirasa juga oleh anak-anak saya. Mereka juga terlalu suka menonton kartun tersebut.Itulah destinasi impaian saya. Bilakah ia akan menjadi kenyataan. boleh jugakmenaiki penerbangan MAS nanti.

Sebelum tu kita layan dulu project alpha season 2 episod 4...
ini adalah episod 5 project alpha season 2
Ini episod 6
Ini episod 7 lak
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Sebelum tu kita layan dulu project alpha season 2 episod 4...
ini adalah episod 5 project alpha season 2
Ini episod 6
Ini episod 7 lak
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

