Balik malam tu tiada apa-apa lagi sewaktu melalui kawasan tu,esok pagi nak beli sarapan ada pula kemalangan maut di situ.Banyak makan nyawa dah kawasan tu.
Penuntut, bayi maut nahas
2011/12/26
KUALA LIPIS: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar dan meletup di KM23, Jalan Lipis-Benta di sini. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu bersendirian terbunuh di tempat kejadian.
"Bayi lelaki itu, Mohd Farhan Darwiz yang bersama datuk, nenek dan abangnya dalam sebuah lagi kenderaan juga disahkan maut di tempat kemalangan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda dinaiki sebuah keluarga yang datang dari arah Kuala Lumpur," katanya.
Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu Hadino Zafan terbakar sebelum meletup menyebabkan pemuda itu melecur hampir 90 peratus pada bahagian badannya.
Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang hanya dikenali sebagai Mohd Zin sempat mengeluarkan isterinya Hamidah Kasur, 51, dan dua cucu mereka iaitu Mohd Farhan Darwiz serta Mohd Fahmi Danial, 4, sebelum kenderaan itu terbakar.
"Bagaimanapun Mohd Farhan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. - BERNAMA
Kemudian ada lagi pula kebakaran lori keesokan harinya.Tetapi berdekatan dengan Jeram Besu,Raub.Yang ni tak masuk surat khabar rasanya.Sebab pemandu berjaya menyelamatkan diri.
Lalu tepi je dah rasa hangatnya api...
Setelah pihak bomba berjaya memadamkan api....
Inilah dikatakan malang tidak berbau.Tidak diketahui pula punca kebakaran tersebut,saya hanya sempat merakamnya sambil kenderaan bergerak perlahan.
Pesanan:Sentiasa berhati-hati tak kira dimana sahaja.
br sabtu lepas kami bertolak ke klntan..mmg terserempak la dgn 2 buah keta yg hangus terbakar tu..pastu kami kembali ke nilai pada hari selasa pagi..terserempak pula dgn lori yang tgh terbakar kat tepi jalan tu..fuhh.mmg terkejut jgk la.ms tu tgh tido.tiba2 suami kejut..Ya Allah..syukur driver sempat lari kan..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetragisnya! kna extra careful lalu jln2 tsbut n bykkn doa agar djauhi bncana
@MAWAR-sempat juga ye lihat...itulah...takut juga nengok kenderaan yang terbakar hangus macam tu kan...
ReplyDelete@So Shy Lady-betul tu...tapi bila kita berhati-hati ..orang lain pula buat hal...apa-apapun sentiasa baca doa..
al fatihah..
ReplyDelete