Pernah tak dikalangan kita semua apabila terjadi sesuatu perkara maka perasaan kita mungkin akan menjadi marah,sedih,suka atau nak ketawa kuat-kuat,tetapi ada halangan atau gangguan,maka perasaan itu berlalu begitu sahaja.
Bukan apa,saya ni baru lepas menonton ombak rindu di pawagam dekat Pavilion Kuala Lumpur.Saya sengaja membawa anak bongsu umur setahun setengah,bila tiba part nak sedih,tiba-tiba anak mengganggu pula.Dia kata "umi..uk uk..."(dia beraklah tu).Hancus!!!!
Seronok rupanya menonton cerita ini,Saya ditemani adik,kakak ipar dan seorang lagi kawan adik menonton cerita tersebut gara-gara terpengaruh dengan komen-komen mereka yang sudah menonton.Ada yang kata sediakan tisulah,ada yang menangis beria-ia,ada pulak tu 2-3 kali pergi menonton lagi.
Jadi kami pun mulalah menonton,pada peringkat awal anak saya ok lagi,sebab waktu ni kami sibuk mengunyah 'pop corn' yang dibeli.Lama tu cerita makin sedih,makanan pun hampir habis,anak saya pun mulalah bercakap sorang-sorang.Kemudian ajak saya layan dia bercakaplah.Jadi saya jeling kakak ipar saya,saya kata "ish..bila nak nangis ni?"Padahal dah memang sampai part sedih ni,waktu Izah kena halau dengan mak Haris.Lagu pula syahdu kemain.
Hmm...dapat feel sikit-sikit jer,itupun sebab lagu tu pun dah sedih.Akhirnya sampai habis filem,kami feel gitu-gitu je,taklah sampai menangis,sebab tak tumpukan sepenuhnya pada filem tersebut,Yelah asyik sibuk melayan si kecik.Saya budget budak kecik tu mesti tidur,kalau masuk pawagam.Rupanya tidak.Dia jadi macam jakun sikit.Jalan sana sini,panjat tempat duduk.
Geram je adik dan kakak ipar saya.ye lah mendapat gangguan,tak dapat feel tengok cerita tu.Tak dapatlah nak cerita yang best-best kat rakan sekerjanya,He he he..jangan marah adik dan kakak iparku..Nanti kita tengok lagi ye.Kali ni jangan bawak anak.
Pesanan: Awal perjanjian nak tengok cerita tu semua tak bawa anak,tapi saya bawa juga,sebab sayang nak tinggalkan anak bongsu saya tu.He he he
best nye dpt tgk movie ni :)
ReplyDeletebest ke movie neh? tp novel lg best kot.
ReplyDelete@tihara-kebetulan saya di KL..jadi saya amik kesempatan tengok hujung minggu...
ReplyDelete@Noraim-hmm kalau betul novel lagi best..nak carilah satu..
siannya..diganggu olh ank bongsu tu..sbb tu mood sedih tak mari..he2x..kata ank mama novel dia sedap..hu2x..mama tak tgk lagi movie ni..
ReplyDelete@mama aini-saya dengar diorang cakap novel lagi sedap...ye lah filem boleh buat 2 jam je kan.
ReplyDelete