Semalam kesempatan membawa anak-anak berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur,membawa saya ke Muzium Negara.Muzuim Negara berdekatan dengan Masjid Negara.
Kebetulan ada Jejak Upin dan Ipin disana,itu pun adik saya yang beritahu.Memang kami tak tahu langsung.Jadi anak-anak kemain suka dapat mengembara ke dunia dan ipin.Tiket untuk dewasa RM12,kanak-kanak 6-12 tahun RM6,bawah 5 tahun percuma.Kalau hari sabtu dan ahad ada cabutan bertuah tau!
Rupanya dah lama Upin dan Ipin bermusafir di Muzium Negara,kami je yang tak tahu.Tengok tu dari 26 November hingga 31 Disember 2011 dari jam 9 pagi-5 petang.Ada masa lagi kalau nak bawa anak-anak ke sana.
Melawat di dalam seumpama satu pengembaraan,boleh melihat semua yang berkaitan pembikinan Upin dan Ipin.
Galeri gambar juga tidak ketinggalan ditayangkan kepada umum.Leka benar kami melihat gambar mereka berdua bersama artis-artis popular.
Selain itu juga antara acara-acara menarik adalah soalan kuiz untuk anak-anak dan juga pertandingan pakaian beragamHadiah menarik menanti.Semuanya disediakan oleh pihak mereka.Kelihatan anak saya yang bertudung coklat Ain sedang menyertai antara pertandingan menarik di sana.
Inilah antara artis popular yang Upin dan Ipin sempat bergambar.Siti Nurhaliza.Saya cuma tolong tunjukkan sahaja.he he he
Waktu acara bergambar dengan Upin dan Ipin,keadaan sangat ramai,semua berebut-rebut nak bergambar.Kami ikut ambil je gambar anak-anak biarpun ketika itu anak-anak orang lain juga ada bersama.Memang susah nak bergambar in person.Kasihan anak saya baju kuning tu tak dapar bergambar sebelah,sebab dia kecil.
Dengan Upin pula,anak-anak dan anak-anak buah saya ikut masuk je bergambar,tak kisah punya.Si kecil yang didukung kakaknya kemain takut dengan maskot Upin dan Ipin ni,menjerit-jerit dia kerana takut bila diorang datang dekat.
Susah sangat nak bergambar dengan yang ori,kami bergambar ramai-ramai atas pentas dengan patung kertas.Puas!
Ni tiket masuk,untuk disimpan sebagai kenangan pernah jejak Upin dan Ipin.
Akhir sekali tandatangan khas saya tinggalkan di sini yang disediakan di luar bilik pameran.Tak nampak?, saya sain kat telinga Upin/Ipin tau.
Ha ni close up!Tengok betul-betul.Ummiarissa was here!!!
Pesanan:Hari ni nak bawa anak-anak ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pula,ada tinggal 2-3 hari je lagi di Kuala Lumpur sebelum pulang semula ke Lipis!hu hu hu
Wah bercuti sakan di KL ya.. suka sangat tengok anak-anak sunti bertudung, harap2 sampai besar tetap sempurna menutup aurat..
ReplyDeletebestnya ada ramai anak,mama suka tgk ank2 umi !!..ank mama seorg sahaja..hu2x..
ReplyDelete@che mid-itulah harapan saya juga
ReplyDelete@mama aini- betul ke mama ada seorang jer..takpelah...anak ramai ni banyak cubaan dan dugaan...apa-apa pun saya bersyukur sangat
hihi. rancangan kanak2 pun kita blh join sekali. lgpun upin ipin nehh kartun yg bagus. sesuai utk semua :D
ReplyDelete@Noraim-yang penting buatan Malaysia...
ReplyDelete