Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Wednesday, October 02, 2013

Gara-gara guru menyuruh pelajar panaskan enjin kereta,3 orang pelajar lain kena langgar

Anak saya baru je beritahu minggu lepas sekolah rendahnya akan mengadakan perkhemahan di Kg lalang,Kuala Lipis.Jadi dia minta kebenaran.Kalau dah cikgu yang suruh pergi,pergi je lah.Kata saya pada anak saya tu.

Tiba-tiba malam tadi kecoh di sekitar perumahan saya bercerita tentang budak kena langgar waktu di kem tersebut.Ceritanya seorang guru menyuruh seorang pelajarnya menghidupkan enjin kereta (panaskan enjin kereta).Entah macam mana kereta tu 'reverse' ke belakang dan melanggar 3 orang pelajar menengah yang masih berkemas di dalam khemah tersebut.Antara salah seorang pelajar tersebut adalah anak jiran lama saya.

Untuk kepastian saya cuba menjenguk kedai makan dia di Hentian Rehat Benta,sah,memang tutup malam tadi.Siti Aisyah Mohd Radzuan cedera tulang selangka dan patah tangan kiri.Sekarang dia berada di Hospital Kuala Lipis,saya masih tidak dapat menjenguknya lagi,kerana suami saya balik lewat jaga budak periksa minggu ni.

Saya doakan semoga semuanya cepat sembuh.Dahlah tu anak sulung perempuan,tiba-tiba pulak terjadi tragedi tidak disangka ni.Pasti keluarganya sedang bersedih lagi ketika ni.

Anak saya telefon lagi malam tadi,beritahu cikgu batalkan perkhemahan tersebut.Sepatutnya hari ni budak sekolah rendah (sekolah anak saya) pula yang berkhemah di sana.Jadi tak jadilah dia berkhemah hari ni.

Untuk berita lanjut boleh baca SINI

Pesanan: Harap cikgu janganlah suruh pelajar buat perkara yang tiada kaitan dengan mereka....

Tuesday, November 13, 2012

Berapa biasa kena bayar ni?

Saya biasa tengok tayar kereta orang kena block macam ni.Agak-agak berapa ye kena bayar?Sebab saya tak pernah kena lagi.Ni pun saya ambil gambar kereta orang lain.



Saja lah saya nak tahu berapa.Ada tak dalam Ratus RM?ada kot kan...Tapi tu lah duit ni kalau nak terbang mudah je kan....nak dapat balik kemain payah.Perkara-perkara yang kita rasa remeh ni lah buat duit kita melayang macam tu je kan.Kita kata nak letak kejap je,padahal kita tahu itu bukan kawasan meletak kereta.

Tapi manusia ni kalau tak pernah rasa serik.Hari ni dah kena,esok-esok buat lagi.Macam mencuba nasib je lah.Kalau kena nasib,tak kena bertuah.

Pesanan:Gerun juga tengok cara diorang 'locked' tayar kereta tu kan....ish...ish...ish...Selamat Hari Deepavali untuk kaum India di Malaysia.

Thursday, December 29, 2011

Lagi gambar kereta kemalangan

Berita kemalangan di kawasan berdekatan rumah saya.Tak sampai 5 minit dari kediaman saya.


Balik malam tu tiada apa-apa lagi sewaktu melalui kawasan tu,esok pagi nak beli sarapan ada pula kemalangan maut di situ.Banyak makan nyawa dah kawasan tu.

Penuntut, bayi maut nahas


2011/12/26

KUALA LIPIS: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar dan meletup di KM23, Jalan Lipis-Benta di sini. 

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu bersendirian terbunuh di tempat kejadian.

"Bayi lelaki itu, Mohd Farhan Darwiz yang bersama datuk, nenek dan abangnya dalam sebuah lagi kenderaan juga disahkan maut di tempat kemalangan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Mengulas kejadian itu, Abdul Razak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Hadino Zafan dari arah Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan. 

"Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda dinaiki sebuah keluarga yang datang dari arah Kuala Lumpur," katanya. 

Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu Hadino Zafan terbakar sebelum meletup menyebabkan pemuda itu melecur hampir 90 peratus pada bahagian badannya. 

Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang hanya dikenali sebagai Mohd Zin sempat mengeluarkan isterinya Hamidah Kasur, 51, dan dua cucu mereka iaitu Mohd Farhan Darwiz serta Mohd Fahmi Danial, 4, sebelum kenderaan itu terbakar. 
"Bagaimanapun Mohd Farhan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. - BERNAMA 






Kemudian ada lagi pula kebakaran lori keesokan harinya.Tetapi berdekatan dengan Jeram Besu,Raub.Yang ni tak masuk surat khabar rasanya.Sebab pemandu berjaya menyelamatkan diri.


 Lalu tepi je dah rasa hangatnya api...
Setelah pihak bomba berjaya memadamkan api....


Inilah dikatakan malang tidak berbau.Tidak diketahui pula punca kebakaran tersebut,saya hanya sempat merakamnya sambil kenderaan bergerak perlahan.






Pesanan:Sentiasa berhati-hati tak kira dimana sahaja.

Wednesday, September 07, 2011

Lagi gambar kereta remuk akibat kemalangan..

Baru-baru ni(2hari lepas) di Lipis berdekatan dengan Sekolah Teknik Kuala Lipis,kemalangan yang meragut nyawa berlaku lagi.Ianya berlaku di satu selekoh.Kali ni saya hanya mendengar cerita orang je.Saya pun tidak pasti apakah kenderaan yang terlibat dan berapa ramai yang terlibat.Tetapi yang saya pasti seorang India meninggal dunia.

Semalam juga sewaktu melalui kawasan tanah perkuburan,saya lihat ramai orang India menghantar jenazah ke kuburan.Jadi mungkin inilah mangsanya.

Cuba lihat sahaja kereta ini dan renungkanlah...





Pesanan: Sentiasa berhati-hati,tetapi ingatlah malang tidak berbau.

Monday, December 06, 2010

Laju ke?



Baru je tadi saya ke Kuala Lumpur dengan memandu kereta avanza hitam saya. Suami saya ke Kuala Lumpur menunggang motor. Jadi masa yang saya ambil dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama 2 jam. Cara perkiraannya ialah dari Kuala Lipis ke Raub 30 minit, Raub ke Bentong 30 minit, Bentong ke tol Gombak 30 minit dan tol Gombak ke rumah mak 30 minit.

140 kilometer sejam tu sewaktu berada di Lebuhraya Karak. Itupun jalan lurus.Bukan selalu pun bawa laju-laju (ye ke?). Lagipun kereta tak banyak. Dah pulang semula ke Kuala Lipis pun. Letih betul.



Pesanan: Nanti nak cuba ambil waktu meter dah sampai 160 kilometer sejam pula. Kalau motor 225 kilometer sejam. Salam Maal Hijrah 1432.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...