Anak saya baru je beritahu minggu lepas sekolah rendahnya akan mengadakan perkhemahan di Kg lalang,Kuala Lipis.Jadi dia minta kebenaran.Kalau dah cikgu yang suruh pergi,pergi je lah.Kata saya pada anak saya tu.
Tiba-tiba malam tadi kecoh di sekitar perumahan saya bercerita tentang budak kena langgar waktu di kem tersebut.Ceritanya seorang guru menyuruh seorang pelajarnya menghidupkan enjin kereta (panaskan enjin kereta).Entah macam mana kereta tu 'reverse' ke belakang dan melanggar 3 orang pelajar menengah yang masih berkemas di dalam khemah tersebut.Antara salah seorang pelajar tersebut adalah anak jiran lama saya.
Untuk kepastian saya cuba menjenguk kedai makan dia di Hentian Rehat Benta,sah,memang tutup malam tadi.Siti Aisyah Mohd Radzuan cedera tulang selangka dan patah tangan kiri.Sekarang dia berada di Hospital Kuala Lipis,saya masih tidak dapat menjenguknya lagi,kerana suami saya balik lewat jaga budak periksa minggu ni.
Saya doakan semoga semuanya cepat sembuh.Dahlah tu anak sulung perempuan,tiba-tiba pulak terjadi tragedi tidak disangka ni.Pasti keluarganya sedang bersedih lagi ketika ni.
Anak saya telefon lagi malam tadi,beritahu cikgu batalkan perkhemahan tersebut.Sepatutnya hari ni budak sekolah rendah (sekolah anak saya) pula yang berkhemah di sana.Jadi tak jadilah dia berkhemah hari ni.
Untuk berita lanjut boleh baca SINI
Pesanan: Harap cikgu janganlah suruh pelajar buat perkara yang tiada kaitan dengan mereka....