Wednesday, October 02, 2013

Gara-gara guru menyuruh pelajar panaskan enjin kereta,3 orang pelajar lain kena langgar

Anak saya baru je beritahu minggu lepas sekolah rendahnya akan mengadakan perkhemahan di Kg lalang,Kuala Lipis.Jadi dia minta kebenaran.Kalau dah cikgu yang suruh pergi,pergi je lah.Kata saya pada anak saya tu.

Tiba-tiba malam tadi kecoh di sekitar perumahan saya bercerita tentang budak kena langgar waktu di kem tersebut.Ceritanya seorang guru menyuruh seorang pelajarnya menghidupkan enjin kereta (panaskan enjin kereta).Entah macam mana kereta tu 'reverse' ke belakang dan melanggar 3 orang pelajar menengah yang masih berkemas di dalam khemah tersebut.Antara salah seorang pelajar tersebut adalah anak jiran lama saya.

Untuk kepastian saya cuba menjenguk kedai makan dia di Hentian Rehat Benta,sah,memang tutup malam tadi.Siti Aisyah Mohd Radzuan cedera tulang selangka dan patah tangan kiri.Sekarang dia berada di Hospital Kuala Lipis,saya masih tidak dapat menjenguknya lagi,kerana suami saya balik lewat jaga budak periksa minggu ni.

Saya doakan semoga semuanya cepat sembuh.Dahlah tu anak sulung perempuan,tiba-tiba pulak terjadi tragedi tidak disangka ni.Pasti keluarganya sedang bersedih lagi ketika ni.

Anak saya telefon lagi malam tadi,beritahu cikgu batalkan perkhemahan tersebut.Sepatutnya hari ni budak sekolah rendah (sekolah anak saya) pula yang berkhemah di sana.Jadi tak jadilah dia berkhemah hari ni.

Untuk berita lanjut boleh baca SINI

Pesanan: Harap cikgu janganlah suruh pelajar buat perkara yang tiada kaitan dengan mereka....

18 comments:

  1. Mesti cikgu tu kesalnya tak terkata. Apa nak kata bila dah terjadi kesal pun tak berguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul,cikgu tu jadi trauma dan diberi cuti dulu..

      Delete
  2. Cikgu tu suruh start kete je.. anak murid yang terlebih terer pulak.. itulah jadinya bila tak ikut arahan.. orang lain jadi mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tak ikut arahan che mid,tapi suruh budak pun tak patut kan cikgu tu...

      Delete
  3. Huhu.scarynya..kesian plak mgsa tu..huhu
    Semoga cpt smbuh utk adik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,mujur bukan waktu perkhemahan anak saya...tapi malang tak berbaukan..

      Delete
  4. Budak2 ni dah dapat peluang panaskan enjin keta, pasti teruja nak tekan pedal lak. Haish.

    ReplyDelete
  5. Salam..mcm mcm sekarang ni.Semoga adik adik yang terlibat tu sembuh sepenuhnya dengan cepat dan keluarga juga moga tabah menghadapinya.
    ooohhh...ciku dah join website ni..mehla join web ciku lak..hihi.
    http://tanggadomino.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kita doakan yang terbaik...
      kita folow menfollow ye..

      Delete
  6. ada gak yg kena saman nanti nih ... cuai dalam tugas ...

    ReplyDelete
  7. Tak boleh nak salahkan cikgu tu 100% Niat cikgu tu niat baik taknak student dia panas, lagipun anak murid itu dah umur 16 tahun, dah boleh berfikir secara waras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu tu tak terfikir budak tu akan reverse , niat cikgu tu takut student dia tu tungu lama kat tgh panas

      Delete
  8. betul tu , tak tahu cerita sebenar jangan sedap2 je fitnah . budak tu dh 16 tahun , memang dia yg saja2 nk reverse . cikgu dgn kwn dia dah pesan awal2 ckp jgn bt apa2 , buka econ duduk diam2 je dlm kereta. tpi budk tu degil . so tk boleh nk salahkn ckgu juga , dia pun tak jangka yg budak tu akan reverse kereta tu . sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul2 , budak tu yg gedik nk bwk kereta .

      Delete
  9. So orang lain berhenti lah salahkan sesiapa especially cikgu tu, cikgu tu ibarat ibu bapa, takkan lah senang senang dia nak suruh anak murid dia buat benda yg bukan utk umur dia, berhenti menghukum, menghukum guna mulut & perkataan bukan dapat apa pun

    ReplyDelete
  10. Semoga kita ambil iktibar atas apa yang berlaku

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...